Bab 24: Masa

44 10 0
                                    

Pintu kereta ditutup rapat. Beberapa langkah diambil.

"What are you doing here?!" Tegas Davian dengan keningnya yang mengerut. Aza tidak mampu melihat ke dalam mata Davian. Ia langsung memalingkan wajahnya.

Davian yang tak terima dia diabaikan, ia  mengajukan sekali pertanyaan kepada Aza.

"Aku tanya kau ni! Kau kenapa ada di sini?!" Wajah Aza yang menangis diperlihatkan.

"Aku cari Khalis! Aku cari Khalis nak beritahu perkara sebenar! Hanya perkara gambar tu, aku ke sini!" Marah Aza dengan suara tingginya. Davian mengerti. Ia juga sempat melihat gambar tersebut pada telefon sang ayah.

"Kalau bukan perkara gambar tu sku tak risau macam ni dan aku tak nangis macam ni!"

"..."

Davian tidak bercakap banyak. Pagar rumah langsung dibuka. Aza langsung menyusul dari belakang. Keduanya melangkah dengan laju. Kunci pintu rumah dicari. Saat ditemu, pintu rumah dibuka luas. Namun, di dalamnya Davian tidaj menemui Khalis.

Davian melangkah masuk sebaik sahaja pintu dibuka. Nama Khalis dipanggil.

"Khalis!" Davian memanggil nama Khalis berkali-kali. Ia mencari Khalis dari arah dapur hinggalah halaman rumah belakang. Nak dikatakan, habis semua pelusuk tu dia cari.

Aza pula hanya menggaru kepalanya. Di halaman belakang rumah tiada pula Khalis. Davian pergi lagi ke dalam rumah. Ia mencari bilik ke bilik. Dari bawah hinggalah tingkat 2.

Risau. Jantung Davian berdegup kencang. Hanya ada satu bilik yang belum diperiksa. Davian pergi ke bilik tidur. Ia memeriksa semua bilik namun apa yang dia dapat hanyalah sia-sia.

Davian turun ke bawah. Ia hanya melihat Aza duduk di sofa sembari menangis. Ketika itu juga ia menemui telefon Khalis di atas meja. Ia mendekati meja yang terletak di ruang tamu itu.

"Dia tak bawa telefon dia." Ujar Aza dengan tersedu-sedan. Berkali-kali Aza mengelap air matanya namun tetap sahaja mutiara-mutiara ketulusannya berderaian jatuh.

Telefon Khalis langsung diambil. Saat dibuka, ia melihat foto dirinya dan Khalis yang saat itu makan aiskrim yang dibeli olehnya. Tanpa sepatah kata yang keluar dari mulutnya, keluhannya dapat didengar. Mukanya dipalingkan.

Telefon milik Khalis diseluk ke dalam poket. Encik Arzan yang dah tahu masalah tanpa ragu-ragu mengekori Davian. Hanya sahaja Davian tidak perasan kerana perasaannya dilanda kegusaran.

Davian tahu kalau dirinya juga tidak diberi kesempatan untuk menceritakan hal sebenar kepada Khalis.

"Jadi, Khalis lebih percayakan itulah berbanding mendengar penjelasan mereka dahulu?" Tanya Amara yang hanya memberi nasihat kepadanya.

"Kalau beri penjelasan pun, hati ni masih merasakan dikhianati, Amara." Jelas Khalis sembari menyentuh dadanya yang sakit bagaikan ditusuk dengan jarum di setiap dadanya.

"Well, lebih baik Khalis dengarkan apa yang kawan awak nak cakap. Lebih baik mendengar dahulu daripada terus menuduh." Amara memberi nasihat kepadanya meskipun dirinya tidak akan pernah merasakan rasa sakit orang lain.

Namun, itu tergantung kepada mereka. Nak didengar atau tidak. Kita hanya dapat memberitahu kepada mereka dengan mudah tetapi tidak kepada mereka yang merasakan sakitnya.

Abang Amara datang membawa air dengan dulang. Saat mata Khalis mendongak ia melihat Tareq membawanya.

"Tareq?" Ujar Khalis. Tareq hanya mengangguk sembari tersenyum. Khalis memandang Amara berkali-kali.

"Sepupu." Ujar Amara dengan tersenyum.

"Lain bapa lain ibu. Bukan adik-beradik kandung." Jelas Amara sekali lagi.

Cinta Khalis Riona [C]Where stories live. Discover now