Bab 11: Why are you crying?

56 10 0
                                    

Khalis bukannya pulang dahulu. Ia malah berbelanja di kedai-kedai. Barang dapur dia beli. Tangan penuh dengan barangan.

"Alah sikit je ni." Ujar Khalis. Khalis mengangkat barangnya lalu dibawa tempat menunggu bas. Kebetulan juga, pemandu driver Davian mesej kepadanya.

"Aku nak kata apa eh? Nanti takut laki tu marah sayalah pula." Gumam hati Khalis. Ia takut jikalau suaminya menjemput dirinya dengan raut muka yang penuh amarah.

"Tak apalah. Saya dah naik teksi dah ni." Bohong Khalis.

"Aik? Naik teksi? Habis yang depan ni siapa?" Tanya orang pemandu tersebut di dalam kereta yang tidak jauh daripada pondok menunggu bas. Mereka hanya melihat Khalis duduk di tempat menunggu bas.

Hanya Khalis yang tak perasan. Ia tidak tahu kalau dirinya sudah diperhatikan dari jauh.

"Maaf puan. Habis ni siapa?" Tanya orang pemandu tersebut. Gambarnya menunggu bas dilihat olehnya. Mata Khalis melilau. Saat matanya tepat dihadapan, ia melihat sebuah kereta hitam dengan tinted hitam ia baru sedar.

Cermin kereta diturunkan. Tangan melambai kearah Khalis. Telefon yang dipegang Khalis perlahan-lahan diturunkan. Matanya berkedip berkali-kali.

"Ada Davian ke dalam kereta?" Tanya Khalis melalui mesej. Namun, jawapan dari pemandu tersebut membuatkan Khalis lega.

"Fuhh, nasib tak ada dia dalam situ. Kalau ada, habislah aku." Khalis memegang kepalanya. Bunyi hon terdengar. Kereta hitam tepat di tempat Khalis menunggu bas.

"Siapa ni?" Tanya hati Khalis. Cermin kereta diturunkan. Terlihat seorang lelaki tampan dengan kaca mata hitam memandang kearahnya.

"Abang?"

"Masuk." Saat diberi arahan untuk masuk Khalis tidak membantah sama sekali. Ia langsung menurut. Barang diletakkan didalan kereta. Baru je nak masuk kedalam kereta...

"Asal duduk belakang? Duduk depan sini." Ujar Davian dengan nada yang agak kasar. Mata Khalis hanya dapat memandangnya namun mulutnya tidak dapat mengungkapkan sesuatu.

Khalis menutup pintu belakang dan berpindah ke pintu hadapan.

"Ya Allah selamatkan hambamu ini." Gumam hati Khalis. Ia duduk. Pintu ditutup. Kereta bergerak. Pemandu peribadi Davian pun mengekori dari arah belakang. Khalis hanya duduk menyempit pada bahagian pintu.

Tangannya hanya bergemetar memegang telefon. Saat di lampu merah, Davian mengambil sesuatu di belakang kerusi keretanya. Sebuah beg kertas diberikan kepadanya.

"A-apa ni?" Tanya Khalis dengan lembut.

"Bukalah. Kalau tak buka macam mana nak tahu." Jawab Davian. Saat dibuka ia mengeluarkan satu tudung berwarna hitam. Khalis terkejut akan tindakannya.

Davian pula tidak memandangnya. Ia hanya memandang kearah depan.

"A-abang. Apa maksud ni?" Tanya Khalis dengan gagap.

"Kalau nak keluar guna ni semua. Tutup bahagian tubuh." Ujar Davian dengan singkat. Walaupun singkat dan agak tidak jelas apa yang diertikannya, Khalis faham apa yang dimaksudkannya.

"Kalau nak keluar jangan lupa pakai pakaian ni. Kekalkan pakaian labuh kau dan tertutup kau. Hanya sahaja kau tambah guna tudung di kepala." Hati Davian luar biasa berdebar hingga perkataan yang diucapnya agak berbelit. Khalis tersenyum lebar akan ucapannya itu.

"Terima kasih." Ujar Khalis sembari memandang tudung yang ia pegang. Davian yang memandangnya pula hanya terdiam. Hon dari belakang terdengar. Davian terkejut sehingga apa yang ia fikirkan hilang.

Cinta Khalis Riona [C]Where stories live. Discover now