Bab 10: Hati dan cinta

57 12 0
                                    

"Nama aku Nova Delilah. Umur? Masih mudalah. Aku suka masak, mengemas rumah dan sebagainya. Aku boleh lakukan apa sahaja." Jawabnya kepada Puan Ixora. Puan Ixora mengangguk sembari tersenyum lebar.

Ia seperti memuji dirinya sendiri. Sahabat Puan Ixora pula memuji Nova.

"Cantik nama. Dahlah kaya-raya pula tu. Pandai jaga tubuh dan kulit lagi. Memang menantu idaman saya macam ni." Ujar Puan Ixora dengan senang hati.

Nova dan yang lain hanya tersenyum girang.

"Oh ni makcik, saya ada belikan sesuatu untuk Davian. Kalau makcik pergi rumah dia makcik bagi ni kepada Davian boleh?" Tanya Nova dengan lembut. Ia memberikan sesuatu kepada Puan Ixora.

"Aik, kenapa tak beri kepada dia dengan tangan kau sendiri? Bertemu muka kan lebih elok." Nova menggaru kepalanya.

"Malulah." Sahabat Puan Ixora yang lain menegur Nova.

"Jangan malu sangat. Kau bagi je dekat dia depan muka." Ujar seorang sahabat Puan Ixora. Mereka mengangguk setuju.

"Ingat batas Nova. Kau dan Davian hanyalah sahabat dan tidak lebih. Lagipun anak aku Davian sudah sah menjadi suami orang." Ujar Encik Arzan kepada mereka. Semua terdiam. Mata menoleh kearah Encik Arzan. Encik Arzan yang lagi berpakaian baju kemeja hitam berlengan panjang berdiri dengan tatapan yang tajam.

"Aku tak kisah kau nak bagi apa dekat anak aku. Tapi ingat, jangan sampai perbuatan awak merosakkan rumah tangga mereka. Aku faham niat awak memang baik pun. Awak memang ikhlas nak bagi sesuatu dekat Davian. Namun, batas tetap batas. Jangan terlalu dengar kata mereka. Jangan terlalu jatuh kedalam lubang ucapan mereka yang mungkin boleh menjebakmu dalam masalah yang besar, Nova."

Hati Nova agak tersinggung. Namun dengan pantas Encik Arzan meminta maaf kepadanya jikalau ucapannya menyakitkan perasaannya.

"Dahlah jangan dengar sangat cakap orang tua tu. Orang tua tu tak tahu apa-apa." Potong Puan Ixora. Nova bagaikan dihasut.

"Lis, ibu awak apa khabar? Dia sihat ke?" Tanya Aza.

"Jangan risau ibu aku sihat je. Dia ada telefon dekat aku tanya khabar. Tapi en, aku rindulah dekat mak aku." Khalis termenung.

"Asal kau tak minta dekat laki kau untuk pergi menjenguk mak kau. Manalah tahu dia izinkan awak." Ujar Aza kepada Khalis. Khalis melipatkan tangannya.

Aza yang tahu kehidupan Khalis hanya berdiam diri. Ia tahu bagaimana sukarnya menghadapi cabaran itu.

"Tak apalah. Jangan sedih sangat. Saya kan ada. Vano pun ada untuk kau. Aku faham apa yang engkau rasakan meskipun aku tak tahu bagaimana rasanya diposisi awak." Jelas Aza kepada Khalis.

"Pening. Aku tak minta lebih pun untuk itu. Aku nak minta apa yang aku harapkan je." Aza mengangguk faham. Aza kembali menasihati sahabatnya. Aza takut Khalis akan kehilangan kawalannya.

"Dahlah jangan fikir banyak sangat. Jom kita pergi ke jalan-jalan." Ajak Aza. Keduanya berjalan sambil berpegangan tangan.

Syarikat milik Encik Arzan diambil alih oleh anak sulungnya. Keadaan didalamnya sungguh sejuk. Namun, ada sesetengah pekerja akan membuka jendela di tepi mereka untuk mengurangkan kesejukan.

Kadangkala, penghawa dingin akan dipadam dan digantikan menggunakan kipas syiling. Meja yang penuh dengan kertas didatangi tetamu rakan sekerja.

Davian mempersilakan sahabatnya itu duduk di sofa. Ia yang bagaikan tuan rumah, bangun lalu menghidangkan air dan makanan diatas meja.

Sahabat di depannya meneguk air.

"Kau okay ke?" Tanya sahabatnya itu. Ia memandang wajah Davian seperti kepenatan.

Cinta Khalis Riona [C]Where stories live. Discover now