"Zarf, tu tadi siapa?"
"Ha itulah yang Zarf ceritakan dekat ayah hari tu. Si Davian Arzhel dengan isteri dia Khalis Riona." Ayahnya hanya mengangguk dan tersenyum.
"Aku dengar ayah awak kutuk supaya awak mati betul ke?" Tanya Davian. Lagi-lagi pertanyaannya menyayat hati Khalis. Dahlah hati dia masih sakit dengan cakap ayah dia. Davian pula menambahkan sakit hati dia.
"Asal abang tanya?"
"Nak tahu."
"Kita tanya, dia tak nak bagitahu aku. Sekarang ni nak tahu pula." Gumam hati Khalis. Jangan ingat dia wanita lembut dia tak fikir macam tu.
"Tak adalah ayah saya tak suka tengok saya pakai tudung. Tu yang dia marah. Dia memang pantang nak tengok saya."
"Habis tu dia kutuk awak supaya awak mati kenapa?" Amboi, bertubi-tubi soalan ditanya! Kang Khalis tanya sesuatu tak nak pula dia jawab.
"Ingat tak Khalis pernah bagitahu kalau kakak Khalis iaitu Lyra meninggal dunia? Dia meninggal bukan kerana penyakit." Khalis memandang Davian dengan tatapan seriusnya.
"Dia meninggal kerana tak sengaja tertusuk pisau yang ayah saya pegang. Masa tu aku masih kecil lagi. Dan masa tu juga aku disiksa hanya perkara tudung. Padahal itu kewajiban seorang muslim. Awalnya di sidang penghakiman ayah saya ingin dibebaskan, namun berkat Pak cik Kareem dan jiran di sekitar dia disabitkan kesalahan. Dengan semua bukti yang ada, ayah saya dijatuhkan hukuman."
"Macam mana mereka kumpul bukti? Awak kata tiada CCTV pun dalam rumah."
"Sebenarnya, sesudah ayah saya pergi untuk bekerja Pak cik Kareem datang dengan membawa kamera kecil. Awalnya ibu tak setuju pun. Lihat muka yang ikhlas untuk membantu ibu pun bersetuju. Dia memasang kamera-kamera kecil. Ibu sangat berharap dengan ada semuanya ini dapat membantu kami sekeluarga."
Usai bercerita, tak disangka keduanya sudah tiba. Kedatangan Khalis dan anaknya Davian membuatkan hati Encik Arzan bahagia. Kalau nak tanya Puan Ixora hmm tengok muka Khalis dah membuatnya tak ada hati nak bahagia.
"Alhamdulillah, menantu dan anak abah dah sampai." Gembira bagaikan anak kecil menanti kepulangan ibu bapanya.
"Ha duduk duduk duduk." Encik Arzan memandang berkali-kali muka Davian dan Khalis. Keduanya duduk bersebelahan.
"Sejuk hati abah tengok. Meskipun belum akrab sangat tak apalah. Abah berharap sangat kepada Allah untuk menyatukan hati korang berdua." Khalis hanya ketawa kecil.
"Ni abah-"
"Puan Khalis!" Amara melambai ke arah Khalis. Baru je nak memulakan perbualan Amara datang dengan gembira. Marta yang berada di sisinya menegurnya. Khalis pun membalas lambaiannya.
"Maaf Encik Arzan. Otak Amara ni memang agak lain sikit." Ujar Marta. Ejekannya membuat Amara agak tidak terima.
"Tak apalah. Aku memang dah tahu Amara macam tu. Biarkan jelah. Lagipun aku ni tahu kalau Khalis dan Amara ni dah bersahabat." Jelas Encik Arzan yang memahami perasaan Amara ketika itu. Marta pula berusaha memujuknya untuk meninggalkan ruangan. Namun Amara menolak dengan alasan ingin melihat muka Khalis.
"Abah, abah panggil kita berdua ni ada apa?"
"Ish, tak ada apa-apalah."
"Tadi suara abah macam serius sangat semasa berbual dekat telefon."
"Ni kenapa ada 2 orang ni tercegat di sini? Korang tak payah nak masuk campur hal urusan ini." Marah Puan Ixora kepada Marta dan Amara. Mendengar amarah Puan Ixora, Amara tidak puas.
YOU ARE READING
Cinta Khalis Riona [C]
Romance[Dalam proses mengedit] Khalis Riona, wanita yang bertudung labuh kini menjadi wanita yang memikul tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Khalis hanyalah seorang wanita kampung yang merantau ke dunia bandar. Hidupnya bukanlah seperti anak lainnya...