Bab 30

41 9 0
                                    

Jadi selama ini dugaannya betul?












"WHAT! THAT'S IMPOSSIBLE!" Pekik Amara yang tidak percaya dengan apa. Matanya tidak boleh berkedip. Apa yang didengarnya sebentar tadi seakan berada di dunia mimpi yang tidak nyata.

Zarf yang duduk di tengah antara Amara dan Tareq tak berhenti-henti memandang ayahnya dan Khalis. Baru hari ini tangan Tareq tidak memegang buku lagi. Dia bahkan dilanda kebingungan. Keningnya mengerut.

"KHALIS! BETUL KE INI?!" Pekik Amara lagi. Zarf yang duduk di sebelahnya hanya menutup telinga.

"Jangan memekik sakit telinga aku." Khalis terdiam memandang Encik Zul. Kelima mereka berkumpul di ruang tamu. Masakan yang dimasak ditutup. Mereka bertiga Zarf, Amara dan Tareq berkumpul minta penjelasan.

Lama mereka menunggu. Encik Zul dan Khalis hanya mendiamkan diri. Amara yang menunggu lama jawapan daripada Khalis bangun dan langsung duduk disebelahnya.

"Are this real? Hello." Menampar pipinya sendiri.

"I'm not dreaming right?" Menampar semula pipinya sehingga merah. Dengan pantas Amara memandang Khalis yang tertunduk.

"Jap, kau kenal ayah aku dah lama ke?"

"Aku juga pada awalnya tak tahu siapa Encik Zul ini. Aku hanya sekarang baru mengenalnya," jawab Khalis kepada Zarf. Tareq menopang dagu.

"Abah?" Encik Zul tidak dapat mengeluarkan kata-katanya. Dia hanya memandang wajah Khalis yang lagi menundukkan diri.

"Awak anak dia?" Tanya Encik Zul dengan lembut. Suaranya bergetar. Khalis memandang ke arah matanya sembari mengangguk. Warna mata Encik Zul sama dengan warna mata dirinya.

"Hold on. Wanita yang ada di telefon abah...bukan ke isteri pertama abah ke? Jadi.." Zarf mula menuding ke arah abahnya lalu bertukar dan mula menuding Khalis. Keningnya sampai mengerut.

Zarf memegang tangan Tareq. Tareq dengan personalitinya yang tidak mahu disentuh segera menepis. Saat dalam keadaan kebingungan Zarf tidak dapat merasakan kesakitan. Malahan makin dilanda kebingungan lagi.

"Zarf, Zarf. Dia..."

"Same father... different mother!" Jawab Amara yang sangat beria. Tareq semakin pusing mendengarnya.

"Different mother? Tapi dia juga berbeza ayah." Lah? Apa semua ini?

"Ya Allah Tareq boleh tak jangan pusingkan lagi keadaan. Kita semua dah pusing."

"Betullah aku kata. Tiada yang salah pun." Tareq melipatkan tangannya sembari matanya ditutup.

"Buat apa nak pusing kita tanya pada ayah engkau dan Khalis." Sampuk Amara dengan cepat. Betul juga apa kata Amara ini. Kalau mereka ada kenapa nak pusing-pusing cari cerita?

"Abah ceritalah sedikit apa semua ini? Kita ni...macam..haiya. Sakit kepala abah," mohon Zarf untuk meminta penjelasan yang benar dan sejujur-jujurnya.

"Haahlah. Ceritalah serba sedikit. Tapi janganlah sedikit sangat. Khalis, kau anak dia ke?" Memandang Encik Zul. Khalis menggelengkan kepalanya.

"Aku anak Xavier Zain. Lagipun, setahu aku, aku belum lahir lagi dekat dunia."

"Abang Zarf, umur kau berapa?"

"28 tahun"

"Abang Tareq kau umur berapa?"

"25"

"Lis, akak kau umur berapa?"

"28 tahun"

"Hm... berdasarkan penelitian aku...kalian semua tidak sama ayah dan juga tidak sama ibu kecuali akak Khalis sahaja. Aku rasa akak Khalis sahaja yang betul-betul darah daging Encik Zul." Semua mengangguk setuju.

Cinta Khalis Riona [C]Where stories live. Discover now