Bab 15: Masa lalu 3: Davian Arzhel

52 10 0
                                    

"Assalamualaikum ibu! Ibu oo ibu."

"Walaikumusalam. Ibu dekat dapur ni ha." Berlari layaknya kanak-kanak lain. Tapi comel bila Vano berlari dengan membawa bag dia tu.

"Anak mama dah balik." Mencium keningnya sembari hidungnya pula mencium sesuatu, "Eh busuknya. Main apa tadi sampai busuk macam ni?" Anak lelakinya mencium bau badannya sendiri. Vano berkali-kali memandang ibunya.

"Tak ada pun." Suami yang melihat gelagat anak dan isteri menyandarkan bahunya di dinding. Mulut kecilnya menjadi muncung. Mulalah menunjukkan muka cemberutnya di hadapan ibunya.

"Alololo kesiannya anak ibu. Alah, ibu minta maaf." Anak kecil, Vanorez Hugo memalingkan mukanya. Azalea ketawa melihat kerenah anaknya yang tak habis-habis merajuk. Lelaki tapi merajuk. Manja kali dia alololo.

"Eleh, itu pun nak merajuk. Tak gentle. Tengok abah ni." Sambil menepuk dada menunjukkan kegagahannya. Raut wajah Vano menunjukkan rasa tidak puas hati. Dah tua pun tak nak mengalah, ish ish ish.

"Eleh, abah cakap macam tu ingat Vano tak ingat apa yang abah takutkan. Sewaktu kita korek tanah untuk tanam sayur ibu, kenapa abah lari bila nampak cacing. Itu pun takut ke?" Tercengang Évano mendengarnya, "Lepas tu abah bila tengok cacing tak sengaja abah pegang, abah berlari macam budak-budak. Berlari belakang ibu dan peluk. Eh manja kali."

Ha, makan tu ucapan anak sendiri. Dia ingat Vano dah lupa dengan kejadian yang tak sengaja di hadapan anaknya. Rupanya peristiwa tersebut masih segar diingatan anaknya.

"Eleh, bila kalah ungkit masa lalu abah. Kang, abah ungkit aib kau nanti macam mana? Abah beritahu Khalis." Ha, tak ungkit masa lalu guna Khalis sebagai pelindung pula.

"Tak takut!" Aza hanya layan je kerenah suami dan anak. Niat nak beri malu depan Khalis tapi anak kata tak takut pula.

"Bila dah macam tu nanti bergaduh tak lama lagi. Bila bergaduh libatkan saya pula." Mencuci pinggan mangkuk yang sempat tertunda. Ulah anak dan bapa masih tak berhenti-henti perang mulut. Aza yang cuci pinggan mangkuk semakin lama semakin sakit kepala pula.

"At least, saya pemenang hati mama!" Teriak Vano untuk mengakhiri perperangan dengan ayahnya. Évano terkedu.

"Afaa? Pemenang hati?" Évano menghampiri anaknya sembari melipat lengan baju.

"Mula dah." Gumam Aza.

"Eleh kau tu lahir daripada rahim ibu kau tau. Sebelum kau lahir, akulah raja penakluk hati dia. Sedap betul kau kata yang kau ni pemenang hati dia." Tak berkedip mata memandang ayahnya sendiri. Muka marahnya diperlihat. Évano berjalan menuju Aza. Baru je nak dekat dah dihalang.

"Eh. Kau siapa nak halang aku?"

"Anak abah." Uih, kata si anak memang tak salah tapi konsepnya bukan macam tu. Habis satu rumah kecoh hanya kerana ulah dari suami dan anak.

"Ya Allah, kalau boleh aku smackdown aku smackdown keduanya. Naik pula darah aku." Memejamkan mata sembari berkata, "BOTH OF YOU STOP IT!" Ha, habis korang berdua. Keluar terus suara garangnya. Sudip yang dipegang diangkat.

"Uih, sabarlah sayang. Takkan dengan anak kita sekali nak kau pukul guna sudip tu."

"Ibu, ayah cakap jangan marah nanti cepat tua." Mata berwarna hijau menatap tajam ke arah Vano.

"Bila ayah cakap macam tu?" Gigi atas dan bawah bertemu. Seketika Évano gelisah. Ha, hati-hati harimau yang sedang tidur dah marah. Lagi nak kejutkan.

"Bila ibu marah haritu." Ucapan empat ayat namun dah membuatkan hati Aza meletup. Kalau nak BBQ uish terus masak daging tu.

Cinta Khalis Riona [C]Where stories live. Discover now