Bab 22: Mesej 2: Rumah tangga

36 8 0
                                    

Puan Arisha menanyakan soalan bertubi-tubi kepada Khalis. Khalis yang tak mampu menjawabnya hanya terdiam.

"Khalis! Awak dengar tak cakap mak ni?"

"Ye, Khalis dengar."

"Beritahu mak! Apa yang suami Khalis buat? Khalis jangan nak menyorokkan masalah tahu tak! Mak tak suka." Kemarahan Puan Arisha memuncak.

"Mak, mak janganlah marah dahulu. Mana tahu tu gambar diedit ke."

"Eh macam mana tak marah kalau anak saya dibuat macam ni. Apa lagi perempuan tu sahabat Khalis tau. Dia dah lama berkenal dengan mak dan Khalis juga!" Marah Puan Arisha kepada anak perempuannya.

"Mak, kita tanya dahulu mana tahu tu berita tak sahih. Kita jangan ambil keputusan cepat sangat." Sahut Khalis yang cuba menenangkan hati ibunya yang sedang panas.

"Jangan nak cabar mak eh. Kalau mak tahu berita tu sahih rumah yang batu-bata tu boleh roboh habis berkecai tau."

"Mak, mak..bawa bertenang mak. Kita bincang elok-elok."

"Mana boleh bincang elok-elok kalau macam? Dia bukan sahaja sakitkan hati Khalis tau, dia juga sakitkan hati mak. Kalau dia sakitkan hati Khalis sudah tentu hati mak juga sakit!" Khalis mendengar bebelan ibunya memegang kepala. Nak bincang elok-elok tapi hati bagaikan dipecahkan.

"Mak, macam nilah. Saya akan telefon ayah tentang perkara ni. Mak disana jangan susah hati dahulu, ye. Serahkan kepada Khalis." Helaan nafas Puan Arisha didengar. Anggota tubuh badan Puan Arisha tak boleh nak duduk diam. Ia dari tadi kehulu kehilir.

"Khalis yakin nak selesaikan ni seorang je, ha? Khalis ingat, Khalis jangan bagi berita buruk dekat telinga mak. Kalau berita tu betul kaki ni boleh terbang merayap dekat muka mereka."

"Ye, Khalis yakin. Dah ibu jangan marah sangat. Kang ibu marah tak pasal-pasal aku pula yang kena tibai nanti." Hati Puan Arisha masih belum reda. Dada yang panas dipegang. Berkali-kali nafas dihembuskan agar kemarahannya tidak memuncak. Khalis pula hanya termenung. Panggilan telefon belum pula dipadamkan.

"Kalau Khalis dah selesai semua perbincangan tu, jangan lupa bagitahu mak. Dah mak nak buat kerja luar! Sana sini belum siap. Hati mak dahlah panas! Dekat sini pun panas juga!" Aihh, marah betul Puan Arisha ni.

"Mak.." panggil Khalis dengan lembut. "Mak jangan marah. Khalis pun pening juga ni. Dah, biar Khalis yang urus semua ni." Ujar Khalis dengan tingkat keyakinannya.

"Hm!" Uih, singkat sangat yang dibalasnya. Betul-betul marah ni.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam." Noh, ambil kau. Terus dipadam telefon mat.

"Aik, marah sangat mak ni." Ujar Khalis sembari melihat telefonnya. Namun setelah itu, ia kembali berfikir. Foto yang dihantar ibunya kembali ditenung. Foto Davian dengan dengan seorang perempuan sedang berfoto bersama dengan senyuman yang indah menawan.

"Tak mungkin kot. Aku tak nak bersangka buruk kepadanya. Lebih baik aku pergi ke rumah ayah atau..kita telefon je?" Hmm, sempat pula si Khalis ni membuat pilihan. Nak bertemu langsung dengan Encik Arzan ataupun tidak bermain difikirannya.

Dan pada akhirnya, Khalis memutuskan untuk tidak pergi bertemu dengan ayahnya. Ia hanya duduk di sofa dan termenung tanpa menyelesaikan dan menyelidiki masalah dia. Dia lebih suka pendam semuanya daripada menyelesaikannya?




Awal pagi sebelumnya.

"Allahuakbar sakitnya punggung." Punggungnya dipegang sembari bangun dari tempat duduknya.

Cinta Khalis Riona [C]Where stories live. Discover now