Bab 27

37 9 0
                                    

"Asal muka abah dengan Khalis agak sama eh?" Tanya Zarf kepadanya.








"Kau belum puas ke beli sesuatu?" Khalis memandang Amara dengan kening mengerut dan mulut terbuka sedikit.

"Well," Amara mengangkat barang yang dibelinya. Matanya memandang plastik-plastik di tangannya. Matanya kembali memandang Khalis. Khalis pula hanya mendongakkan kepala.

"Kaki aku penat nak jalan-jalan lagi. Takkan kau nak biarkan aku duduk di atas lantai nanti? Kalau kau nak beli lagi, aku tak nak ikut. Aku nak duduk. Aku tunggu kau di sini."

Mulut Amara dimuncungkan. Ia menyeluk tangan ke dalam poket.

Kad yang diberikan Tareq direnung. Agaknya nak buat macam mana dengan kad ini? Amara berfikir keras seakan-akan benda tu sulit untuknya. Khalis pula hanya menatapnya.

Agaknya, berapa lama untuk Amara berfikir eh? Takkan nak berfikir 24 jam dekat sana. Mall tu pun dah tutup. Nak terkurung di situ ke?

Kad yang dipegang dibelek-belek olehnya. Matanya melilau mencari sesuatu. Dalam mall tu banyak tempat. Pelbagai ragam pula. Lama sangat mendongak akhirnya leher menjadi sakit.

"Amboi, lama sangat kau berfikir! Kalau dah tak ada apa nak dibeli baik kita pulang je kan elok."

"..." Terkelu. Dia ni jenis memang susah nak buat pilihan. Sebenarnya ada yang nak dibeli olehnya tapi dia sendiri tak tahu apa benda agaknya itu. Kalau nak pusing satu mall tu. Baik tak payah.

Kaki tak dapat nak melangkah nanti. Dahlah tinggi, besar pula tu.

"Betul juga tu. Jomlah kita pulang. Dah tak ada barang yang aku beli."

"Kalaulah aku baran, dah lama kau makan selipar. Punya lama aku tunggu kau untuk jawab."

Pusing. Sungguh pusing. Khalis langsung berdiri melangkahkan kaki untuk keluar dari mall. Saat berjalan Khalis terkelu. Matanya memandang tangga. Nak turun guna eskalator tapi fikiran Khalis melayang entah kemana.

Kejap fikir terjatuh, terjepit, baju tersangkut dan banyak lagi. Overthinking.

"Kenapa tercegat di sini? Kenapa tak turun lagi?" Tanya Amara yang tidak tahu kalau Khalis takut eskalator. Mengeluh. Kening mengerut.

Mata Khalis dipandang. Khalis pula tak berhenti-henti memandang tangga dan eskalator. Nak guna tangga kaki sakit turun ke bawah. Nak guna eskalator takut pula.

Amara langsung mengerti. Ia menghulurkan tangannya. Heran.

"Tak nak? Aku nak pegang kau ni untuk guna eskalator." Air liur ditelan. Mata berkedip tanpa henti.

"Usah takut." Tangan masih dihulurkan. Nafas ditarik dalam. Tangan dah gementar. Tak boleh dikawal agaknya ye. Amara menggenggam erat tangan Khalis dan berharap itu sudah cukup untuk melegakan kegelisahannya.

"Awak nak tahu sesuatu tak?" Keduanya berjalan perlahan sementara Amara ingin menceritakan sesuatu.

"Saya ada satu kisah. Saya pun dahulu takut eskalator. Saya harap awak tak macam sayalah." Sambungnya.

"Apa dia? Ceritalah."








Ketika itu masih berumur 11 tahun masih kanak-kanak lagi. Aku dibawa ke sebuah mall. Mallnya juga sama tinggi dengan mall sekarang. Aku dibawa untuk berkeliling.

Cinta Khalis Riona [C]Where stories live. Discover now