Bab 13: Arham Tareq & Ōvian Vic

50 10 0
                                    

Author
My bad sebab haritu saya tak tengok ada kesilapan dekat bab 12. Jadi jangan risau dah saya tukar lagi. Minta maaf eh sebab ada kesilapan(⁠ ⁠╹⁠▽⁠╹⁠ ⁠). Dan maaf juga kerana lambat sangat nak up. Tapi insya-Allah, saya akan usahakan untuk menerbitnya hari-hari.Okay mari kita sambung.

"Ayah apa khabar?" Tanya Khalis dengan sopannya. Dimata Encik Xavier ia dapat melihat perubahan anaknya. Ia memandang Khalis dengan tidak puas hati. Encik Xavier menggelengkan kepalanya.

"Ayah kenapa geleng kepala? Ada yang salah ke?" Tanya Khalis dengan penuh hairan.

"Kau memang tak dengar cakap." Ujar Encik Xavier kepadanya. Khalis pula hanya memandang ayahnya.

"A-apa yang ayah cakap ni? Khalis dengar cakap ayah kot." Ujar Khalis. Dari hatinya ia tahu ada sesuatu yang membuatkan hati ayahnya menjadi marah.

"Aku tak suka kalau awak pakai tudung semua ni. Aku tak anggap kau anak aku lagi selagi kau tak buka tudung kau." Namun dengan kekuatan yang Khalis ada ia tetap mengekalkannya. Tak kira apa-apa jua yang dilontarkan oleh ayahnya, Khalis tetap dengan keputusannya.

"Khalis tak akan sesekali buka tudung ni. Khalis dah ada keputusan sendiri. Keputusan Khalis muktamad. Khalis tak nak dengar cakap ayah yang suruh Khalis buka tudung. Khalis nak jadikan Khalis ni sentiasa tertutup ayah. Khalis bantah ni bukan bermaksud tak dengar cakap ayah, tak." Encik Xavier menggelengkan kepalanya semula.

"Kau ni memang dari kecil kau melawan cakap aku eh." Khalis tidak tahu apa yang hendak dikatakannya.

"Kau dengar sini. Kalau bukan disebabkan jiran kesayangan kau tu tak telefon polis, dah lama mayat korang bertiga tergeletak di lantai, Khalis. Kalau aku tahu jiran kesayangan kau tu tahu semua ni, aku sanggup kelar leher mereka tau." Khalis terkejut dengan ucapan ayahnya. Begitu menusuk jantungnya.

"Kenapa ayah kejam sangat dengan kami? Ayah tak kesian ke tengok ibu yang sanggup menahan sakit dan derita? Ibu kemas rumah siang dan malam tau. Ayah suka hati menyepahkan rumah. Ibu sakit dia tahan je tau." Khalis akhirnya mengungkapkan perasaan yang selama ini dia pendam.

"Heh. Aku yang mati matian bekerja tu apa? Yang kau dahulu kenapa tak tolong ibu kau pula? Ha?" Khalis menahan amarahnya. Ia berkali-kali menarik nafasnya.

"Memang betul kata jiran. Ayah memang buta terhadap keluarga sendiri. Ayah tak pandang orang lain. Ayah tak tahu bertapa sayangnya kami terhadap ayah. Ayah hanya tahu tengking kita. Setiap malam ibu berdo'a kepada Allah agar Allah membimbing ayah untuk kembali ke jalan sebenar. Ibu setiap hari menggunakan tubuh badannya untuk melindungi aku dan kakak! Kenapa ayah kejam sangat sampai jadi macam ni?" Tanya Khalis dengan mata yang berkaca.

Encik Xavier ketawa.

"Kau!" Encik Xavier bangun dan membaling kerusi penjara. Tapi nasib baiklah ada penghalang di tengah-tengah sehingga tiada kecederaan sedikit pun pada Khalis. Encik Xavier memberontak seperti orang gila. Tangan Encik Xavier dipegang oleh beberapa penjaga.

Air mata Khalis mengalir saat menyaksikan aksi gila ayahnya.

"KAU SEPATUTNYA MATI KHALIS! KAU SEPATUTNYA MATI!" Aksi gila Encik Xavier juga disaksikan oleh dua orang yang mengiring Khalis untuk pergi ke penjara.

"Puan. Puan tak apa-apa ke?" Tanya seorang daripada keduanya. Ia diberi nama Ōvian Vic. Seorang lagi diberi nama Arham Tareq. Khalis hanya menundukkan kepalanya. Air mata tidak henti berjatuhan.

"KAU DAN IBU KAU SAMA JE PERANGAI!" Khalis pergi membawa hatinya yang terluka. Ia pergi meninggalkan ayahnya yang masih berteriak memanggil namanya. Ia keluar langsung masuk ke dalam kereta. Ōvian dan Arham berpandangan antara satu sama lain.

Cinta Khalis Riona [C]Where stories live. Discover now