Bab 19: Masa lalu 4: Encik Arzan

38 9 0
                                    

Seorang anak lelaki meringkuk kesakitan. Semua tubuhnya lebam. Tubuhnya penuh dengan luka. Luka sebatan terlihat jelas dari tubuhnya. Tubuhnya kurus kering. Perutnya tiada isinya. Dia makan dengan seadanya. Kadang tidak diberi, kadang dipaksa makan kotoran dan kadang dipaksa makan haiwan mentah.

Sungguh manusia tidak berhati perut!

"Awak sakit ke?" Tanya seorang perempuan dihadapannya.

"Arzan...awak sakit ke? Kalau sakit meh sini akak ubatkan." Ujarnya dengan lembut. Arzan tidak menjawab. Ia hanya memandang tempat lain. Perempuan dihadapannya perlahan-lahan mengubati luka dan lebam di tubuhnya.

"Pasti sakitkan?" Mengusap lembut kepala Arzan.

"Kalau tahu kenapa akak tak tolong pun Arzan?" Mendengar kata Arzan, hatinya tersentuh. Ia tidak mampu menolong Arzan ketika disiksa keluarga kandungnya sendiri. Dia hanya mampu menyaksikan semuanya.

"Zan, ketika besar nanti, tolong maafkan akak dan abang Arzan. Akak dan abang tak dapat tolong Arzan ketika disiksa macam ni. Kami berdua hanya duduk diam menyaksikan semuanya. Dan..." Air matanya berderai jatuh. Tak tertahan rasa sakit apabila melihat adik bongsunya disiksa habis-habisan, dipaksa makan daging mentah bahkan dipaksa makan kotoran.

"Dan jangan berdendam." Maaf memang dimaafkan. Namun, apa yang dilakukan meninggalkan kesan trauma. Arzan dapat merasakan tulusnya permintaan maaf sang kakaknya. Dia bahkan dapat merasakan air mata kakaknya jatuh di tangannya.

Arzan sempat berfikir kalau lebih baik tidak memaafkan mereka yang telah menyakitinya. Namun, perbuatan tulus dari kakaknya membuatkan Arzan mengubah fikirannya. Terlihat anak yang nakal namun mengerti. Terlihat anak yang tidak berguna namun lebih mengerti perasaan orang.

"Akak..." Panggil Arzan sembari matanya menatap syiling rumah, "Boleh tak suatu hari nanti akak bukakan pintu rumah untuk adik membebaskan diri?" Kakaknya yang menangis tiba-tiba berhenti.

"A..adik? Apa maksud adik?" Ujarnya dengan panik.

"Tak adalah. Adik nak akak buka pintu rumah. Adik ingin keluar dari rumah yang bagaikan penjara ini. Adik nak bebas. Adik nak lari jauh." Ucapan adiknya membuatkan kakaknya mengerti apa yang dimaksudkan. Arzan ingin kakaknya membukakan pintu rumah depan untuknya agar dapat lari dari rumah yang bagaikan penjara baginya. Dia ingin lari jauh daripada keluarganya sendiri.

Kakaknya hanya tersenyum pahit.

"Akak! Ayah dan ibu dah datang!" Kakaknya langsung mengemas semua barang yang digunakan untuk merawat Arzan. Riak muka abang Arzan sedikit gugup.

"Zan, jangan beritahu ibu dan ayah tau kita berdua merawat adik." Ujar abangnya yang memegang pemegang pintu. Kakak Arzan langsung naik dengan cepat. Segera pintu di bilik ditutup semula. Kunci yang digunakan diletakkan semula pada asalnya.

"Jangan tunjuk muka gugup awak." Ujar kakak perempuan Arzan. Segera abang Arzan memasang muka senyum seolah-olah tiada apa yang berada.

"Kami berdua dah balik." Pintu rumah langsung dibuka. Kedua orang tua itu disambut dengan penuh senyuman.

"Aik angah, kenapa peluh bagai ni?" Akibat risau macam inilah jadinya.

"Ohh ni, angah bersenam dekat bilik tadi. Sebab tu angah berpeluh." Orang tua mereka langsung tersenyum.

"Ni abang. Tolong tengokkan si anak bongok tu. Manalah tahu hidup lagi ke tidak. Tapi alang-alang pergi ke sana nah bawa ni sekali." Sambil memberi dua roti kepada suaminya. Suaminya yang menuruti perintah isteri pun melakukan hal yang sama.

Pintu bilik dibuka. Ia melihat dengan mata kepalanya Arzan sedang memandang tembok. Dia sedang melukis sesuatu di dinding.

"Oi budak! Nah ni makanan awak. Awak makanlah puas-puas." Makanan roti itu pun dilemparkan begitu sahaja. Arzan tidak menoleh ke belakang sedikit.

Cinta Khalis Riona [C]Where stories live. Discover now