Bab 9: Siapa mereka ini?

54 12 0
                                    

Kicauan burung mulai terdengar. Motorsikal dan kenderaan lainnya terdengar jelas dari rumah

Masakan dari Khalis asapnya terkepul. Aroma masakan dapat dihidu dari atas. Davian sibuk mengemas bajunya. Necktie yang digunakan berwarna hitam sesuai dengan bajunya.

Nada deringan telefon mengalihkan perhatiannya. Ia mengangkat telefon. Nama sahabatnya terpapar pada skrin telefon.

"Yoo wassup! Where are you?"

"Kau tunggulah beberapa minit. Tak lama je aku datang."

"Cepat bro. Jangan lambat. Aku tahu kau kahwin dengan wanita cantik. Jangan nak beromantik dahulu. Selesaikan kerja." Davian yang memang tak kesah hanya layan je kerenah sahabatnya.

"Kapa çeneni! (Diam!)"

"Yeah yeah yeah. Hurry up." Telefon dipadamkan. Keluar dari bilik dengan membawa kasutnya sendiri. Beg dipegang dan langsung menuruni anak tangga.

"Abang? Abang makanlah dahulu. Isi perut dahulu takut nanti abang kerja dengan perut kosong." Davian tanpa berkata duduk di meja.

Khalis dengan segera menghidangkan masakannya. Khalis dengan rambut tocangnya diikat sanggul. Anak rambutnya masih belum terikat betul.

Mata Davian memandang pakaian Khalis.

"Dia nak pergi mana pakai baju lawa-lawa." Hati bergumam. Malu nak bertanya. Kalau bertanya nanti reaksi Khalis memang tak dapat nak coverlah.

"Makanlah dahulu. Khalis nak cari kunci rumah." Mengelap tangannya yang basah pada kain lap.

"Kunci rumah ada dekat atas almari TV."

"O-oh..okay." Menggaru kepala.

"Dia ada sakit ke hari ni?" Tanya hati Khalis. Dirinya tak henti-henti bergumam. Davian pula penuh selera makan. Deringan telefon Khalis terdengar.

Suapan terakhir terhenti. Jari jemari mengetik dengan laju. Nak intip tapi takut ketahuan oleh Khalis en.

Davian bangun dari kerusi. Khalis pula masih sibuk dengan telefonnya. Davian bergerak untuk mengambil air. Tapi nyatanya dia nak tengok apa Khalis buat je sebenarnya, bukan nak ambil air pun.

Ketawa kecil terdengar.

"Asal hati ni terasa cemburu dan sakit pula." Memegang dadanya dengab tangan kiri. Tangan kanan kotor takkan nak kotorkan baju kerja en.

Khalis yang memang dari awal dirinya diperhatikan langsung memandang Davian. Mata Davian dengan sigap mengalihkan pandangannya.

"Abang tengok Khalis ke?" Tanya Khalis dengan berani. Air yang diteguk hampir tersembur. Davian terbatuk ketika mendengarnya. Ia bangun lagi dari kerusinya dan menuju sinki.

"Apa masalah dia ni?" Khalis meletakkan telefonnya diatas sofa. Terus dibaling mat, tak kira rosak ke tidak biar je. Yang penting laki kita selamat.

"Okay ke?" Tanya Khalis yang dilanda kerisauan. Davian mengangguk. Ia melangkah sedikit jaraknya berdiri. Khalis yang perasan juga melangkah 1 meter kebelakang.

"Abang? Abang okay ke?" Davian tidak menyahut. Ia pergi meninggalkan Khalis di dapur. Khalis pula hanya menggaru kepalanya. Kedua bahu diangkat.

Khalis berjalan dengan laju menuju sofa. Beg dan telefonnya diambil. Sebaik sahaja Davian keluar, Khalis ikut pergi bersamanya. Ia mengunci rumah.

Kereta hitam BMW menunggu di luar.

"Aa..abang Khalis pergi keluar dulu eh. Khalis nak pergi ke pasar bersama sahabat Khalis." Kedua tangan dimasukkan didalm poket.

Cinta Khalis Riona [C]Where stories live. Discover now