Bab 29

31 7 0
                                    

Petang pun tiba. Kira-kira pukul 4:50 petang. Hari yang ditunggu-tunggu hanya untuk melihat matahari terbenam. Langit yang membiru akan diwarnai dengan pelbagai warna.

Khalis diajak untuk keluar dengan iringan Amara dan abang sepupunya Tareq dan Zarf. Sebelum pergi Khalis memakai baju labuh, tudung labuh, stokin dan handsocks. Tudung, stokin dan pakaian dipinjam dari Amara kecuali handsocks yang ia bawa sendiri.

Ibunya pernah berpesan untuk sentiasa menutup bahagian tubuh dan pergelangan tangannya. Amara yang melihat juga agak kagum. Ia kagum dengan didikan keluarganya. Khalis yang dari tadi dipandangnya menoleh ke arahnya.

"Kenapa pandang aku macam tu?" Amara hanya memberi thumbs up kepadanya. Ketawa kecil terdengar.

"Saya ada handsock lebih kalau mahu." Pelawa Khalis kepadanya. Tangan diseluk ke dalam saku. Ia langsung memberikan handsocks yang lebih kepada Amara.

Pada awalnya ia ragu-ragu untuk menerima namun setelahnya diambil dan langsung memakainya.

"Saya selalu ingat pesan ibu bahawa tak kira kita baik ke tak, iman belum kuat ke tak..pakaian mesti labuh dan tertutup. Jangan terlalu menampilkan diri." Amara angguk beberapa kali. Dia menerima pesan dari Khalis.

Dari luar pintu, kebetulan Encik Zul mendengar perbualan keduanya. Bukan mencuri mendengar tapi terdengar.

Walaupun tiada siapa yang nampak, senyumannya terukir indah di wajahnya. Kini dia dibawa arus dalam ingatan yang sudah lama. Namun, bayangan wanita itu masih segar di dalam ingatan. Dia tidak tahu adakah masih segar atau tidak wajahnya di fikiran wanita tersebut.

Imbas kembali..

"Dah pakai apa yang saya suruh?" Wanita di hadapannya mengangguk. Untuk memastikan adakah memang sudah dia pakai, dia memeriksa dengan berjalan mendekati dia.

"Mari sini saya tengok dahulu." Wanita itu pun menyetujuinya. Encik Zul memusing wanita itu.

"Handsock sudah, stokin sudah...tudung labuh menutup dada sudah dan pakaian pun sudah. Okay ngam. Dah jom kita keluar." Menghulurkan tangannya. Tangan dirinya dan wanita tersebut dipegang.

Sekarang, dia kembali lagi pada masa sekarang. Walaupun hanya sepintas lalu itu pun sudah mengingatkannya kepada masa lalu.

Tujuan sebenar Encik Zul bukan nak mendengar perbualan Amara dan Khalis tapi sebenarnya nak pergi ke ruang tamu. Encik Zul berjalan menunduk dan melangkah dengan laju. Perlahan-lahan Encik Zul menuruni anak tangga.

Zarf dan Tareq masih duduk di ruangan sofa. Keduanya sedang menunggu Khalis dan Amara.

"Abah, abah tak ikut sekali ke pergi?" Tanya Zarf kepadanya.

"Rasa nak pergi itu ada tapi kaki ni ha..malas sangat nak berjalan." Akui Encik Zul demgan jujur kepada anaknya.

"Lama betul si Amara ni. Nak pergi ke tak nak dia ni?" Tareq melihat jam di tangannya.

"Sabarlah sikit, Tareq." Ujar abang sulungnya. Sikap sabar Tareq ni macam setipis tisu.

"Hmm.." Tapak kaki seseorang yang sedang berlari terdengar.

"Wacha! Dah jom kita pergi jalan-jalan tepi pantai!" Ujar Amara dengan teruja. Terujanya bukan main sekali. Siap melompat saat sudah berada di anak tangga kedua.

"..."

"Dia kena sambar petir ke?" Tanya Tareq seperti tidak sopan.

"Eh! Mana ada. Tak baik cakap macam tu. Ni Khalis yang buat aku jadi macam ni tahu. Hargalah sedikit pengorbanan dia." Khalis turun dari tangga sembari tersipu malu.

Cinta Khalis Riona [C]Where stories live. Discover now