Bab 31

41 7 0
                                    

Di pagi seterusnya, mereka berkumpul di rumah Davian dan Khalis. Khalis duduk di sebelah Davian. Aza pula duduk di sebelah Évano.

"Assalamualaikum," Ucap salam dari Encik Arzan.

"Walaikumusalam." Semua serentak menyebut salam kepada Encik Arzan.

"Aik, Zul. Di sini juga ke?" Tanya Encik Arzan apabila melihat Encik Zulfiqar.

"Ye, saya di sini pun nak dengar juga," Jawab Encik Zul kepada Encik Arzan. Encik Arzan duduk di sebelah Encik Zul. Encik Arzan memandang Khalis. Khalis bangun dan salam kepada abahnya. Encik Arzan mencium kening Khalis.

Khalis tersenyum dan duduk semula di sisi Davian. Mereka pun memulakan perbincangan. Davian mula membuka perbualan. Davian juga menceritakan apa yang sebenarnya terjadi. Dia menceritakan bahawa gambar yang dihantar merupakan 100% gambar sebelum berkenal dengan Khalis.

Semua orang sibuk mendengar tetapi tidak kepada Amara. Yelah, dia rasa itu bukan masalah dia jadi hmm kerja dia makan aje. Makan nombor 1 katanya. Tapi bila dia sendiri kena timpa, nak jelaskan pun susah sebab menangis.

Berbalik lagi kepada perbincangan mereka. Aza juga memberitahu kepada suaminya dan Khalis bahawa dirinya dan Davian memang dah tak ada hubungan apa-apa. Mesej pun tak ada. Bercakap antara satu sama lain pun tak ada. Nak kata telefon lagi tak ada. Tak berinteraksi sesama sendiri.

Setiap apa yang dikatakan Aza dan Davian membuatkan Khalis fikir panjang. Ada juga di celah hatinya dia tidak percaya. Tetapi ketidakpercayaannya dijatuhkan setelah Encik Arzan berucap. Encik Arzan juga menerangkan pasal Nova. Nova pun tak ada kaitan pun dengan Davian.

Nova dan Davian hanyalah sebatas teman di sekolah. Tetapi ketika sudah besar Nova datang balik lagi. Entah apa motifnya kita pun tak tahu. Datang bawa manfaat atau datang membawa sesuatu yang ingin membuat rumah tangga orang runtuh?

Setelah berceloteh panjang, Khalis segera bangun dan duduk menghadap suaminya, Davian. Mukanya sudah jatuh air mata. Tangan suaminya dipegang.

"Abang, Khalis nak minta maaf. Khalis tahu Khalis salah. Khalis tak dengar penjelasan abang. Saya nak minta maaf." Tangan kiri mengelap air mata. Davian yang entah mengapa tiba-tiba berubah memaut kepala isterinya dan menciumnya di kening.

"Dah, jangan nangis lagi. Bangun." Khalis enggan.

"Saya nak minta maaf seikhlasnya kepada abang."

"Saya dah maafkan. Bangun." Akhirnya Khalis bangun dan duduk semula di tempatnya. Khalis memandang Aza. Khalis bangun dan memeluk.

"Bestie, saya nak minta maaf. Saya...saya tahu saya salah. Aku minta maaf." Aza tergelak sedikit. Walaupun begitu Aza senyum.

"Eh, tak apalah. Jangan nangis. Bestie kamu ini sudah maafkan. Jangan risau."

"Jangan marah." Aza tergelak sedikit.

"Tak ada saya marah."

"Nombor aku masih ada kan?" Aza tidak daoat menahan gelaknya. Mereka yang ada pun ikut gelak.

"Masih ada. Jangan risau." Khalis angguk.

"Cie, sudah kembali lagi. Habis itu tinggal aku." Ujar Amara.

"Dia sudah berkahwin takkan nak tinggalkan suami dia. Kau kata aje kau cemburu sebab single kan," jawab Zarf.

"Eleh. Dia kata orang dia sendiri single." Savage! Semua gelak. Jangan main-main dengan mulut Amara ini. Sekali kena sakit terus hati. Memang tak ada lesen. Main terjah aje. Tapi bila Amara kena dia menangis pula. Ha, macam itulah dia.

Masalah kira selesailah. Satu-persatu mereka pulang ke rumah.

"Jaga diri elok-elok." Ujar Zarf kepada Khalis. Khalis hanya angguk dan tersenyum. Tareq pula hanya angguk dan tersenyum.

Cinta Khalis Riona [C]Where stories live. Discover now