"Khalis ni kenapa belum lagi bagitahu mak ni?" Tanya Puan Arisha yang dah tak sabar menunggu. Khalis pula hanya duduk termenung. Kata perlu berbincang tapi sampai sekarang belum berbincang lagi tentang masalah tu.
Mesej yang dihantar Aza pula tidak dibaca. Ia hanya memandang telefon di atas meja. Aza yang semakin berputus asa akhirnya menelefon Khalis. Namun, Khalis yang lagi patah hati tidak menjawabnya.
Di hatinya dia punya keraguan. Pertama, keraguannya kalau gambar tersebut mungkin gambar sebelum dirinya menikah dengan Davian. Keraguan keduanya, Khalis berpendapat bahawa selama ini Davian keluar tanpa pengetahuannya mungkin keluar ingin bertemu dengan Aza secara diam.
"Khalis..tolonglah jawab.." Tersedu-sedan Aza menginginkan Khalis menjawab panggilan telefonnya. Kadang tak sampai hati Khalis nak buat Aza macam. Khalis nak sangat berbincang dan menceritakan apa yang terjadi yang sebenarnya. Namun, kerana hatinya yang bagaikan hati batu tidak ingin menjawabnya.
Aza yang berusaha memanggil Khalis akhirnya terduduk menangis.
"Ya Allah tolonglah hamba-Mu ini.." Sebak Aza sembari belakangnya bersandar pada dinding.
Di saat situasinya yang saat ini dilarut kesedihan, tiba-tiba Aza mengingat sesuatu yang pernah dikatakan arwah ayahnya ketika melepaskan anak perempuannya kepada Évano.
Sewaktu di majlis perkahwinannya, sebelum perginya Aza bersama Évano, arwah ayahnya pernah berpesan.
"Za, ingat pesan abah ni baik-baik. Aza kalau ada masalah Aza selesaikan masalah tersebut dengan hati yang kental. Jangan menangis dalam masalah tersebut. Jangan larut dalam kesedihan." Arwah ayahnya mengusap lembut muka anaknya. Dengan perasaan berat hati untuk melepaskan anaknya pergi, kucupan singgah di dahi.
Pesan arawah ayahnya akhirnya diingatkan. Aza mengelap air mata yang masih tersisa. Ia pergi dengan membawa diri dan telefon menuju kereta.
"Tak, aku harus kuat. Aku tak boleh menangis. Aza, ingat pesan abah Aza." Aza mengingati dirinya sendiri dengan pesan arwah ayahnya.
Puan Arisha yang dah lama menunggu anaknya untuk memaklumkan kepadanya, akhirnya membuat keputusan sendiri.
"Dah! Aku tak kira. Aku telefon kepada ayah Davian. Jangan sampai kepala aku meletup menahan amarah ni nanti." Telefon yang dipegang dibuka. Mata Puan Arisha mencari icon telefon. Hati yang dah tersakiti menekan nombor Encik Arzan.
Panggilan dari Puan Arisha membuatkan pen yang dipegang diletakkan di atas meja. Encik Arzan yang masih bekerja menghentikan apa yang dikerjakannya. Jari-jemari yang tadinya menari-nari akhirnya direhatkan.
Nama Puan Arisha terlihat jelas. Kebetulan Davian berada di bilik kerja ayahnya sendiri. Air kopi di depan masih terlihat hangat. Panggilan dari Puan Arisha akhirnya dijawab. Baru je mengucap salam Encik Arzan langsung dimarahi.
"Anak awak mana?!" Herdik Puan Arisha. Encik Arzan yang tiba-tiba kena marah pun kehairanan.
"N..ni kenapa?"
"Saya tanya anak awak mana!" Nafas Puan Arisha dapat didengar dari telinga Encik Arzan.
"Anak saya ada dekat sini. Kenapa awak cari dia?" Tanya Encik dengan terpinga-pinga. Mata yang penuh amarah dipejamkan.
"Fuh! Panasnya hati aku!" Tangan dijadikan kipas. Keringat di dahi dilap dengan lengan baju. Kipas yang seperti raksasa tak dapat dirasa anginnya. Encik Arzan yang mendengar ucapannya memandang Davian anak lelakinya sendiri. Davian yang ikut terpinga-pinga pun meletakkan buku di sebelahnya.
"Kenapa ni? Kenapa cari Davian? Ada masalah ke?" Ujar Encik Arzan sembari membesarkan volume telefonnya.
"Ni anak awak dah sakitkan hati anak saya eh! Kalau saya tahu anak awak buat macam ni di belakang anak saya, saya dah lama sumbat anak awak dekat tong biru tau, haaa. Jangan sampai aku simen anak hang nanti." Nafasnya yang pendek ditarik semula. Davian yang tahu ibu mertuanya marah akhirnya bangun dari tempat duduknya. Ia menuju meja sang ayah.
YOU ARE READING
Cinta Khalis Riona [C]
Romansa[Dalam proses mengedit] Khalis Riona, wanita yang bertudung labuh kini menjadi wanita yang memikul tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Khalis hanyalah seorang wanita kampung yang merantau ke dunia bandar. Hidupnya bukanlah seperti anak lainnya...