Bab 6

60 15 0
                                        

Khalis mengelap peluh pada dahinya. Dia mengemas bilik dan menyusun semula barang-barang agar kelihatan lebih kemas lagi. Semua barangan milik Davian sudah dipindahkan pada bilik penyimpanan baju.

Penyimpanan baju keduanya dibahagikan kepada 2 bilik. Satu bilik baju Davian dan satu lagi dengan Khalis. Katanya bagi mengelakkan keduanya bergaduh en bila ganti baju. Entahlah, mungkin memang macam tu kot. Kotlah.

Kalau nak ungkit hal bilik dan katil bagai tu memang sengajalah Encik Arzan buat untuk satu. Tujuan Encik Arzan nak bagi hati anak dia ini terbuka sedikit untuk Khalis. Jangan jahat macam mak dia. Yelah lama dah tertutup en. Jadi kita kena ketuk.

Namun, nada dering telefon berbunyi. Khalis yang lagi sibuk menghentikan kerjanya seketika. Dia melihat satu pesan masuk dari telefon.

"Dari Amara?" Khalis membaca setiap mesej yang dtulis oleh Amara untuknya. Setelah membacnya, dia agak terkejut apabila Amara memberitahu kalau sahabat Puan Ixora menghinanya dari belakang.

Khalis yang tidak kisah meskipun hatinya terluka hanya membalas mesej dari Amara.

"Dahlah, jangan ambil tahu sangat. Biarkan mereka. Mereka nak kata apa katalah. Yang penting hidup kita dengan kita hidup dia dengan dia sendiri." Nasihat Khalis lalu menghantar mesej tersebut. Telefon yang dia pegang diletakkan semula pada atas almari kecil. Fikiranya masih teringat akan mesej Amara. Hatinya hampir sahaja ingin mengutuk tapi hanya ditahan.

"Astaghfirullahal'azim. Astaghfirullahal'azim. Astaghfirullahal'azim. Sabar Khalis, sabar." Gumam hatinya dan mengucap sebanyak tiga kali. Matanya dipejam lalu menarik nafasnya. Usai selesai melakukan penenangan terhadap jiwanya akhirnya dia melanjutkan lagi kerjanya yang tertangguh sebentar tadi.

Setelah beberapa minit berlalu, loceng rumah berbunyi. Seorang tetamu wanita bertudung lagi menunggu dihadapan pagar rumah. Bunyi loceng tersebut terdengar dari dalam rumah. Khalis yang mendengarnya dari atas langsung menjenguk dari jendela.

Wanita yang berpakaian baju berlengan panjang serta skirt panjang menutupi kaki berwarna biru muda berdiri diluar pagar merupakan orang yang diketahuinys.

"Eh, tu bukan Azalea ke?" Loceng kembali berbunyi. Aza yang diluar pagar menunggu dengan tidak sabar. Khalis segera turun untuk membuka pintu. Tangga segera dituruni dengan kadar yang cepat namun berhati-hati.

Pintu depan terkuak besar sehingga dapat melihat Khalis yang lagi membuka penuh dengan penuh senyuman pada raut mukanya. Melihat Khalis dari muka pintu Azalea tersenyum lebar.

"Aza!" Khalis melambai ke arah Aza dan dengan segera Aza membalas lambaiannya kepada Khalis.

"Bestie!" Azalea merupakan seorang sahabat yang satu-satunya dia punya. Azalea atau boleh dipanggil Aza, seorang sahabat yang memang peramah, baik hati dan sebagainya. Kalau nak minta tolong sekalipun pasti dia akan tolong sehabis baik. Tapi kalau bab makanan, lebih baik ksu mengalah aje.

Aza ini dikenal sebagai top 1 dalam kelas. Kepintarannya dalam math perghh membuatkan yang lain insecure. Mana tidaknya kalau ujian markah math dia yang paling tinggi dalam kelas.

Kalau rendah sekalipun 70 markah je yang paling rendah bagi dia. Tapi sangat bersyukurlah dapat lulus en.

Azalea dari dahulu memang teringin sangat nak bertemu dengan sahabatnya. Yelah, sejak Aza kahwin lebih awal dari Khalis membuatkan Aza rindu. Nasib baiklah Aza masih menyimpan nombor si Khalis.

Meskipun begitu Aza juga memiliki banyak kekurangan juga. Setiap manusia diciptakan dengan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, tak payahlah nak bandingkan.

"Aww..lama tak jumpa awak." Aza dan Khalis saling berpelukan. Rindu didalam hati kini terubati.

"Jap, macam mana awak tahu alamat rumah ni? Aku baru pindah kesini kau dah tahu."

Cinta Khalis Riona [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang