"Alhamdulillah kita dah sampai dekat kedai." Ucapan kesyukuran tak dilupakan. Untung juga mereka berdua ni dapat parking tepat di hadapan kedai. Jadi tak payahlah susah-susah nak berjalan kaki kan.
Mall yang besar dan tinggi memang tak dinafikanlah. Barangnya juga banyak cantik. Tambahan lagi harga berbaloi. Mall yang berwarna kelabu dengan cermin yang bersih memang banyak yang pergi.
Pintu kaca automatik terbuka. Saat masuk sejuknya bagaikan berada di bawah berjuta penghawa dingin. Khalis yang baru melangkah kaki badannya menjadi sejuk. Nasib tak jadi ais kan.
Melihat ada kedai menjual makanan dan minuman tangan Khalis yang mulus ditarik. Betapa bahagianya Amara melihat makanan yang bergitu lazat. Tareq bagi kad beli makanan dan minuman untuk Khalis tapi Amara lain pula.
"Khalis nak yang mana satu?" Tanya Amara dengan penuh semangat. Khalis pula tidak tahu nak memilih. Semuanya nampak sedap sangat!
"Khalis!" Sempat lagi dia termenung eh.
"Eumm... Khalis tak tahulah nak pilih apa. Amara nak pilih yang mana satu?" Tanya Khalis kepadanya.
"Kalau Amaralah, Amara nak ambil satu jenis satu semua." Mulut ternganga. Terkejutnya bukan main lagi.
"Seriuslah? Tak baik membazir tau kalau kita beli banyak tapi tak dimakan."
"Hehehe...tak adalah. Takkan Amara nak ambil semua jenis makanan ni. Kang perut saya buncit nanti." Khalis hanya ketawa kecil.
"Assalamualaikum.." suara lelaki di luar rumah.
"Waalaikumussalam." Pintu dibuka. Lelaki yang berjambang halus terlihat di muka pintu.
"Lama betul abah dekat penjara. Biasanya orang tak boleh lama-lama dekat penjara." Ujar Zarf kepada ayahnya. Belum melangkahkan kaki untuk masuk dah dicurigai oleh anaknya sendiri.
"Itu rahsia." Jawab abahnya dengan singkat. Kasut yang dibuka diletakkan pada rak. Kereta yang menghantarnya balik pergi sebaik sahaja memastikan ayah Zarf selamat.
Stokin pada kaki belum dibuka. Abahnya terlebih dahulu merebahkan badannya. Sofa yang empuk dan selesa memang ngam dengan badannya. Kalau nak disingkatkan, macam tak ada tulang macam tu.
Nak baring je kerja. Biasalah penat kan. Dahlah single father. Tapi alhamdulillah anak dah besar semua, dah tahu mandiri. Insya-Allah anaknya akan dapat jodoh en.
Nak ditanya isteri ke mana. Dia dah bercerai dengan isteri dia. Yang lebih beruntungnya lagi hak asuh jatuh di tangan abahnya.
"Zarf, Tareq mana?" Tanya abahnya yang sudah terlentang di atas sofa.
"Ada dekat hujung bilik tu ha." Abahnya hanya mengangguk. Sebelum nak pejamkan mata, abah dia ada rasa sesuatu yang hilang. Sampai mengerut kening fikir, apa agaknya yang hilang.
Zarf bangun dari sofa. Dia pergi menuju ayahnya. Muka ayahnya ditatap. Tak boleh tatap dari depan, kita tatap dari sisi. Kalau tak boleh juga tatap dari atas kepala.
Dah banyak dah Zarf alih ke sana sini. Apa yang dia nak tak ada pun dia nampak. Si abah dia pula yang ada rasa sesuatu mengelilinginya dari tadi, dibukanya mata.
Tengok-tengok, Zarf berada tepat di matanya.
"Allahuakbar!" Zarf menjauhkan muka dia. Keningnya mengerut. Entah apa yang dicarinya kita pun tak tahulah. Nasib baik abah dia tak kena serangan jantung tadi.
Abah dia tak boleh tak bangun ni. Kalau nak tutup mata takut-takut Zarf semakin gila nanti. Entah-entah, dekat atas meja dia akan tatap abah dia nanti. Takut tak ada tapi kena serangan jantung itu adalah.
YOU ARE READING
Cinta Khalis Riona [C]
Romance[Dalam proses mengedit] Khalis Riona, wanita yang bertudung labuh kini menjadi wanita yang memikul tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Khalis hanyalah seorang wanita kampung yang merantau ke dunia bandar. Hidupnya bukanlah seperti anak lainnya...