Bab 4

62 15 0
                                    

Tubuh masih menekup bantal. Tirai pula sudah diikat. Bunyi vacuum dari luar bilik membuatkan Khalis membuka matanya. Mata yang berwarna hazel masih mengantuk. Tangan mencari-cari telefon yang dia letak diatas laci.

Bangun tetapi punggung masih duduk diatas katil. Tak perasan ada orang pula didalam biliknya.

"Ini kenapa ni? Kenapa simpan pakaian aku dalam beg?" Tanya Khalis dengan hairan. Pekerja perempuan itu pun tersenyum lebar.

"Nanti, Puan Khalis dan Tuan Davian pergi ke rumah yang satu lagi. Rumah tu untuk puan dan Tuan Davian." Terkejut Khalis mendengarnya. Sejak bila Khalis dan Davian ni beli rumah en.

Tambahan lagi si Khalis ini belum lagi meneroka rumah ayahnya kan.

"Jap. Si..siapa yang beli rumah itu?" Dari raut wajah Khalis yang kehairanan membuatkan pekerja perempuan itu ketawa kecil.

"Tak..rumah tu dah lama dah Encik Arzan beli. Tapi rumah tu khas untuk anaknya Tuan Davian bila dah kahwin." Jelasnya dengan singkat. Meskipun masih tak faham Khalis hanya mengangguk.

"Maaflah puan kalau saya tak ketuk dan terus masuk ke dalam bilik puan. Rasa tak sopan pula. Lagipun puaj masih tidur tadi. Saya tak nak ganggu masa tidur puan," jelasnya dengan rasa bersalah.

"Eh tak apa. Jangan risau sangatlah." Khalis tersenyum kepads pekerja perempuan itu. Dengan secara tiba-tiba seseorang masuk tanpa mengetuk pintu.

"Selamat pagi dunia yang penuh ketidakadilan dan sebagainya!" Perempuan yang berbual dengan Khalis terkejut memandang ke arah perempuan yang satunya lagi.

Perempuan yang mengemas pakaian Khalis memandang rakan sekerjanya itu dengan tatapan tajam. Perempuan yang baru sahaja masuk itu hairan.

"Kenapa awak pandang aku macam itu?" Tanyanya dengan matanya tak berhenti berkedip.

"Apa awak buat ni?" Hairan. Dia tak buat kesalahan apapun kenapa dia nak marah kan?

"Apa aku buat dekat sini? Datang sinilah nak jenguk."

"Ketuk pintu sebelum masuk!" Orangnya masih tercegat di muka pintu. Perempuan itu hanya tersenyum tanpa rasa bersalah.

"Sempat lagi kau tersenyum ye." Hanger diambil dan hendak dibaling ke arahnya. Khalis yang masih duduk di atas katilnya hanya terkekeh-kekeh.

"Utamakan adab."

"Baik boss." Pagi-pagi buta dah bergaduh dah. Khalis terkekeh-kekeh lagi.

"Tak apalah. Biarkan." Marta menoleh kearah Khalis. Ya, perempuan yang mengemas pakaian Khalis ialah perempuan bernama Marta. Dia hanya dapat tersenyum malu. Rakannya yang masih tercegat di pintu hanya ternganga tapi penuh dengan senyuman.

"Hai puan. Sebelum itu puan mesti tak tahu lagi nama saya kan? Ha, nama saya Amara Ria. Saya sahabat Marta." Senyuman manis terukir di wajahnya. Marta memandangnya dengan tatapan tajam.

"Amara!" Amara terpinga-pinga. Dia hanya menyapa je kot tak akan salah kan? Mata Marta yang tajam membuatkan Amara sedikit ketakutan.

"Dia ingat sahabat dia ke berkenalan macam tu." Gumam hati Marta. Marta banyak pengalaman jadi pekerja macam ini. Berdasarkan ilmu yang dia dapat, dia tidak dibenarkan untuk melayani orang seperti keluarga Encik Arzan dengan cara dia melayani kerenah sahabatnya. Kononnya.

Tapi sebenarnya diperbolehkan. Namun mungkin ada sesetengah orang yang jengkel jika seseorang pekerja berbuat bergitu kan.

Namun, tindakan Khalis tidak seperti orang lain. Dia tetap melayani semua orang dengan adil.

"Nice to meet you Amara." Khalis pula menyapanya dengan senyuman. Ketika senyum mata Khalis pun ikut tersenyum. Senyumannya membuatkan Amara terpegun dengan kecantikannya. Malah, jika Khalis memakai pakaian seperti berada di kerajaan perghh lawa oo.

Cinta Khalis Riona [C]Where stories live. Discover now