Bab 2

98 14 0
                                    

Tepat pada masa lalunya. Khalis Riona gadis comel yang sedang memakai gaun berwarna kuning sedang menuju rumahnya untuk pulang.

Dari raut wajahnya sahaja ia kelihatan sangat gembira. Di mulutnya pula sedang mengunyah kuih-muih yang ia beli di kedai. Setiap orang yang bertemu dengannya selalu dia sapa. Gadis yang berusia 9 tahun ini memang ramah dengan orang di sekitarnya.

"Ai Riona. Asal ini berjalan seorang diri ini? Mak ayah mana?" Tanya seorang jiran. Gula-gula masih di mulutnya. Dia memegang gula-gulanya agar tidak jatuh ketika bercakap.

"Ada mak cik. Ada dekat rumah. Riona keluar nak pergi ke kedai. Beli kuih, beli garam, beli aaa.." Riona menggaru kepalanya. Jiran yang sabar menunggu jawapannya hanya tergelak kecil melihat kecomelannya.

"Assalamualaikum Riona!" Sapa suami si jiran sebaik sahaja melihat Khalis Riona di kawasan persekitaran rumahnya. Dia melambai ke arah Riona. Tanpa segan Riona membalasnya.

"Waalaikumussalam," sahut Riona dengan penuh senyuman manisnya.

"Awak pergi mana seorang diri ini?" ujar lelaki itu kepada Riona

"Aku pergi ke kedai untuk membeli sesuatu." Lelaki itu mengangguk.

"Bahaya tahu tak pergi seorang diri tanpa ada yang temankan. Kenapa tak ajak makcik kamu ini untuk temankan," ujarnya sembari jarinya menunjuk ke arah isterinya, Shamma Tasnim.

"Tak apalah. Lagi pun kedai tak jauh mana. Tambah lagi ada rumah-rumah jiran kita dan mereka boleh tengokkan saya," jawab Riona dengan penuh senyuman sembari menunjuk barang yang ia beli. Entah mengapa senyuman manis membuatkan hati suami jirannya meleleh.

"Ohh, nanti pulang secepat mungkin. Jangan merayau-rayau." Riona mengganguk. Dia melambaikan tangan tanda selamat tinggal. Sejuk pula hati pak cik Kareem Hazar ini. Pak cik Kareem pun melambaikan tangannya.

Namun, sebaik sahaja tidak melihat kelibat Riona hati mak cik Shamma Tasnim dan pak cik Kareem Hazar menjadi gusar. Meskipun rumah Khalis bukanlah jauh mana tetapi hati mereka berdua tetap sahaja gelisah akan sesuatu.

"Hati saya risau pula." Memegang dadanya dan merasakan jantungnya berdegup kencang. Si isteri pula faham apa yang dimaksudkan suaminya.













Sesampainya di rumah, keadaan rumah menjadi sepi seperti tiada orang sekali didalamnya. Sebaik membuka pintu semua perkakas di bilik habis berterabur di lantai. Piring dan gelas pecah. Kaca yang pecah di lantai sangat bahaya untuk diinjak apatah lagi gadis kecil seperti Khalis.

"Ibu?" Mata melilau mencari kelibatnya. Seorang wanita ditendang sehingga jatuh dengan sangat keras.

"Ibu!" Suara seorang wanita muda pula terdengar juga dari dalam. Ia menangis teresak. Khalis yang menyaksikannya hanya tercegat di muka pintu.

"Mak? Akak?" Panggil seorang gadis yang tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi. Mata seorang lelaki memandang Khalis dengan tajam. Ia mengeluarkan tali pinggang yang telah digenggamnya.

"Abang! Abang! Abang!" Seorang wanita itu memegang kaki lelaki yang dipanggil sebagai "ayah".

"Lepaskan kaki aku!" Mata Khalis hanya dapat menyaksikan kekacauan di rumahnya. Kakaknya berusaha untuk melindungi ibunya yang tidak berdaya. Ibunya pula berusaha menghentikan langkah kaki suaminya.

"Abang..abang jangan sakitkan dia! Dia budak-budak lagi abang." Rayu seorang ibu demi melindungi anaknya. Kakak Khalis pula memandang ayah tirinya dengan tidak puas hati.

"Eh perempuan gila. Kau lepaskan aku sekarang. Kau jangan sampai aku lempang kau balik." Ancamnya jikalau ibu Khalis tidak melepaskan kakinya. Khalis pula tidak mahu mendiamkan dirinya.

Cinta Khalis Riona [C]Where stories live. Discover now