Bab 32

49 7 0
                                    

"Ya mak. Tak ada apa-apa. Itu semua cerita dahulu punya pasal. Mak jangan risaulah?" Khalis duduk di sofa sembari memegang telefon.

"Habis itu kenapa tak angkat dan balas mesej mak bagai? Khalis ini selalu buat mak risau tahu tak." Khalis berasa bersalah.

"Maafkan Khalis mak. Khalis sakit hati pada suami Khalis sendiri. Jadi Khalis lari dari rumah dan tinggalkan telefon. Sebab itu Khalis tak jawab mesej dan telefon mak."

"Apa?! Khalis lari dari rumah dan tinggalkan telefon?! Khalis, Khalis tahu tal bertapa bahayanya dekat luar sana. Kalau Khalis ada cedera ke apa ke susah mak dekat sini Khalis, ya Allah."

"Khalis tahu mak. Ya, Khalis tahu Khalis saya. Maafkan Khalis eh."

"Mak maafkan Khalis tapi janji jangan buat lagi."

"Janji. Oh ini mak. Khalis ada berita ini."

"Berita apa?"

"Khalis bertemu dengan suami mak dahulu. Suami pertama." Puan Arisha terkedu. Dia tidak dapat mengeluarkan ucapannya. Mulutnya ingin berucap tetapi rasa berat sangat.

"Dia cakap dia masih cintakan mak. Saat dia kahwin lain dia mula melupakan mak. Tetapi sayang seribu kali sayang, isteri keduanya curang di belakang dia. Jadi dia dan isterinya terpaksa bercerai kerana sang isterinya lebih cintakan orang lain."

Puan Arisha masih terkedu.

"Baguslah itu Khalis dah tahu. Baiklah Khalis mak nak pergi ke membersih ini."

"Baik mak! Mak.. Khalis cintakan mak, tahu kan." Suara gelak kecil Puan Arisha terdengar.

"Mak cintakan Khalis juga. Dah, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Telefon dipadam. Khalis hanya tersenyum bahagia.

"Mak ke itu?" Tanya Davian yang masih mencuci pinggan mangkuk.

"Ya, mak. Dia nak tanya kenapa aku tak jawab mesej dan panggilan dia itu aje. Jangan risaulah sangat. Semua dah diselesaikan." Davian hanya tersenyum lalu sambung untuk mencuci semula pinggan mangkuk.





"Ini saya ada buat rancangan. Saya ada rancangan nak bawa awak, Khalis, Davian dan Encik Zul serta anak-anak dia pergi ke apa dia itu yang tempat ada Bungee Jumping, panjat batu semua bagai itu. Alah tak kisah aku."

"Abang nak pergi sana? Tak mahu aku kalau ada Khalis." Ujar Puan Ixora dengan sombongnya.

"Asal pula? Khalis itu kan isteri Davian kena bawa sekalilah. Takkan nak ditinggalkan dia. Ini lagi satu, Nova jangan dibawa eh. Aku tak ada niat nak bawa dia. Kau nak ikut ke tak nak? Takkan nak terperap aje dekat rumah ini?" Kening mengerut. Puan Ixora pula ada pilihan nak pergi.

Tapi itulah, selagi ada Khalis selagi itu dia tak tahu. Bila difikirkan balik seronok juga dekat sana. Sebab banyak aktiviti yang boleh dibuat bersama.

"Ha yelah, aku ikut." Encik Arzan tersenyum bahagia.

"Esok kita pergi. Aku dah beritahu yang lain." Ukiran senyuman di wajah Encik Arzan masih terukir indah. Sungguh bahagia hati Encik Arzan dapat keluar bersama yang lain. Selama ini terperap aje dekat rumah. Rasa nak gila ada lah.

Encik Arzan keluar dari bilik. Dia mencari Amara dan Marta. Dibuka satu-persatu bilik tak juga ditemui. Saat melihat ke belakang rumah dia melihat Marta dan Amara lagi mengelus bulu Emir.

Tanpa ragu-ragu dia langsung menghampiri keduanya.

"Amara, Marta." Amara dan Marta langsung berdiri dan menoleh ke arah Encik Arzan.

"Ya?"

"Ini, esok aku nak pergi jalan-jalan. Kamu berdua dan yang lain boleh tolong jagakan rumah tak? Kalau ada tetamu kata dekat mereka tuan rumah tak ada. Kalau tidak pun boleh buat panggilan atau tinggalkan mesej. Lepas itu kamu berdua tolong beritahu aku. Faham ke?" Tanya Encik Arzan dengan lembut.

"Faham." Sahut Amara dan Marta.

Encik Arzan mengangguk dan berlalu pergi.

"Wey mereka nak pergi mana itu?" Tanya Amara.

"Mana aku tahu. Tanyalah Encik Arzan sendiri." Amara langsung menggelengkan kepala.

"Tak baik masuk campur."

"Tahu pun." Amara hanya ketawa kecil. Amara hanya menggaru kepalanya. Amara dan Marta memberitahu pembantu yang lainnya. Itu semua kerana arahan daripada Encik Arzan.

Semua pekerja mengangguk faham termasuk juga dengan pengawal keselamatan. Marta dan Amara bertemu lagi dan berharap semua pekerja sudah mengetahuinya. Keduanya merehatkan diri di pondok.

Amara tengah fikir apa yang dibuatnya esok. Yelah, esok Encik Arzan tak ada. Tambah pula Khalis pun dah balik. Abang sepupunya Tareq pun esok tak bekerja. Kalau nak harapkan Marta pun, ish...memekik saja kerjanya. Sudahlah Amara terperap sajalah dekat sana.

Amara membuka telefonnya. Amara sedikit mengeluh.  Dia mencari nama seseorang. Saat sudah dijumpai dia bangun dan berdiru tidak jauh dari Marta. Jari-jemarinya bukan maun laju lagi mengetik.








Bunyi notifikasi mesej berbunyi. Perhatiannya tertumpu ke arah telefon. Tangan yang mulus mengambil telefon tersebut lalu membacanya.

"Pergi bercuti?" Keningnya mengerut.

"Asal mak cik tak beritahu aku pula? Jangan-jangan Encik Arzan yang tak suruh." Ujar Nova dengan penuh kesal. Saat difikirkan balik senyuman jahatnya terukir di wajah.

"Tak apalah. Biarkan sahaja. Lagi pun bukan aku kisah sangat kan." Nova menggelengkan kepalanya. Telefonnya diletakkan di tepi.

Tertikus digerakkan. Di skrin laptop dia menekan 'Ya' menggunakan tertikus. Entah mengapa tiba-tiba senyuman yang terukir sebentar tadi menghilang secara mendadak.

"Apahal ini? Takkan tak boleh." Ujar Nova sembari mengerutkan keningnya. Nova berkali-kali menekan tombol 'Ya' namun berkali-kali itu dia gagal.

Dia mengambil telefonnya dan membuka galeri. Dia menekan salah satu daripada foto tersebut.

"Lah, betullah ini. Apa yang salah?" Ujar Nova dengan berkali-kali memandang ke arah skrin laptop dan telefonnya. Tak ke patah ke leher itu nanti?

Berkali-kali dicoba berkali-kali itu tetap salah. Nova hanya mengeluh. Meja dipukul. Kening dipicit. Belakang disandarkan ke kerusi. Mata puka tertumpu ke arah skrin laptop.






Zarf asyik bermain telefon. Kaki disilangkan. Badan pula masih pakai baju kerja. Tareq yang langkah kakinya kadang-kala didengar kadang-kala tidak hanya perhatikan sahaja Zarf dari belakang. Zarf pula hati rasa seran sejuk. Teragak-agak nak toleh ke tak.

Kepala Zarf perlahan-lahan toleh ke belakang. Tareq yang dibelakang hanya tengok aje. Apa benda agaknya yang buat Zarf dari tadi tersengih-sengih.

"Allahuakbar, Tareq." Mata Tareq memandang Zarf dengan muka macam tak bersalah.

"Apa benda yang buat kau tersengih-sengih seorang diri? Mesej perempuan ke? Tak baik mesej perempuan bukan mahram.."

"Astaghfirullahal'azim. Tak baik husnuzon. Kau dari tadi berdiri dekat belakang aku tak akan tak nampak apa yang aku nampak."

"Pala otak kau, aku nampak ke tidak. Engkau agak-agaklah kau guna privacy screen protector. Kau ingat aku ini nampak sangat, ha? Macam ultra telefon bagai itu?"

Ambik kau Zarf. Zarf hanya ternganga.

"Elok-eloklah sikit bercakap. Janganlah macam orang nak makan manusia."

"Aku dengar Encik Arzan nak bawa kita pergi Bungee Jumping bagai itu, betul ke?" Zarf mengangguk betul.

"Encik Arzan nak belanja katanya. Tak tahulah sangat. Esoklah kita lihat apa aktiviti yang kita buat." Tareq mengangguk faham. Setelahnya, dia pergi meninggalkan Zarf.










Di malam hari. Davian duduk di atas katil dengan bukunya. Memang tak nak lari dari buku. Khalis pula masuk ke dalam bilik dan langsung merebahkan tubuh badannya.

Davian memandangnya dan tersenyum. Buku yang dipegang diletakkan di tepi. Lampu katil pula dipadam dan matanya langsung ditutup.

Malam yang sangat indah. Bintang-bintang di langit juga berkelipan.

Cinta Khalis Riona [C]Where stories live. Discover now