Bab 14: Terungkap!

61 10 3
                                    

"So, you are his wife?" Khalis mengangguk tersenyum.

"Weey bertuahnya kau. Dahlah dapat laki hensem, kaya lagi, bodynya wow!" Khalis memandang wanita itu dengan tersenyum pahit. Wanita di hadapan Khalis pula memandang irang disebelahnya dengan pandangan tajam.

"Kau kahwin dengan dia sebab dia kayakan?" Tanyanya dengan melontarkan sebuah tuduhan.

"Hah? Mana ada aku kahwin dengan dia sebab kaya. Aku kahwin sebab ayah dia. Tak baik tuduh orang sembarangan."

"Hmm yelah tu. Zaman sekarang ni banyak sangat penipu. Mulut je cakap macam tu tapi sebenarnya memang pun."

"Nova. Mana boleh tuduh orang macam tu."

"Sifah, kau nak bela dia ke?" Tanya Nova kepada sahabatnya yang bernama Sifah.

"Bukan nak bela. Betullah yang Khalis kata tu. Jangan nak tuduh dahulu buktikan belum ada." Nasihat Sifah kepada Nova.

"Sifah!"

"What? Aku just cakap je. Tak baik kita nak tuduh orang tanpa bukti."

"Maaflah kalau saya ada perkataan yang sakitkan hati Cik Nova." Ujar Khalis memohon maaf.

"Excuse me. Saya bukan cik lagi saya puan. Puan Nova Delilah isteri Davian Arzhel." Ujar Nova dengan berlagak. Si Sifah pula memandang Nova dengan geli.

"Eh Nova, aku yang suka dengan Davian pun tak sampai mengaku isteri Davian depan isteri orang tau." Ujar Sifah. Sifah memang tahu perangai sahabatnya itu. Khalis ketika itu masih terdiam.

"Suka hati akulah. Kau sibuk kenapa?"

"Bukan sibuk. Belum sah berkahwin dah anggap diri isteri Davian." Ujar Sifah dengan muka marahnya.

"Sabarlah, jangan bergaduh."

"Kau diam. Eh kau tahu tak ibu Davian tak sukakan engkah tau. Dia lebih suka aku kahwin dengan Davian Arzhel."

"Astaghfirullahalazim, Nova. Dah sekarang ni baik Khalis pergi sekarang." Ujar Sifah kepadanya.

"Eh kau ni kenapa, aku belum habis bercakap dengan dia. Kau jangan sibuk."

"Bukan sibuk kau dah mengganggu rumah tangga orang tahu tak." Khalis bangun dan segera meninggalkan mereka berdua di kedai. Saat bersamaan, Khalis mendapat telefon.

"Assalamualaikum abang."

"Walaikumusalam. Kau buat apa dekat kedai tadi tu?"

"H-ha? Kedai?" Khalis berhenti sejenak. "Macam mana dia boleh tahu aku dekat kedai?"

"Kau toleh kanan." Mata Khalis menoleh ke kanan. Ia melihat Davian tercegat di sisi kereta hitamnya. Di belakang Davian pula ada Arham dan Ōvian. Ōvian hanya melambai ke arah Khalis.

"Khalis!" Nova keluar dengan perasaan marahnya.

"Sudah sudahlah tu." Sembari menahan Nova.

"Kau ni kan aku belum habis bercakap kau dah berlari." Sifah yang menoleh ke kanan dan melihat Davian. Dengan terkejut ia tidak sengaja melepaskan pegangannya.

"Davian?" Nova memandang ke arahnya.

"D-Davian?" Raut wajahnya berubah secara mendadak. Davian menghampiri mereka. Dengan perasan Nova berfikir bahawa Davian mendekatinya.

"Abang kahwin sembunyi ke? Takkan abang kahwin sembunyi. Ayah pun tak bagitahu aku." Gumam hati Khalis. Dengan cekap, Davian memaut tangan Khalis.

"Dah pulang. Nanti lambat sampai rumah." Ujar Davian dengan mengiringi Khalis. Khalis ketika itu agak terkejut.

"Tapi dia?"

Cinta Khalis Riona [C]Where stories live. Discover now