Bab 28

32 8 0
                                    

Khalis dan Amara tercegat. Khalis pula hanya memandang Amara dengan penuh kehairanan. Amara pula memandang Encik Zul.

Ini pertandingan lawan mata ke? Siapa yang dulu pejamkan mata dia kalah ke? Encik Zul hanya tersenyum.

"Uhm...why...are you all just staring at each other? Are we competing?" Tanya Amara yang juga tidak mengerti. Khalis pula hanya mengangkat bahunya.

"Kenapa tak masuk? Nak berdiri dekat sana berjam-jam ke?" Tanya Tareq sembari memecahkan suasana. Suasana yang canggung seketika dipecahkan. Amara mengajak Khalis untuk masuk terlebih dahulu.

Khalis masuk dengan membawa plastik di jari-jemarinya. Khalis memberi senyuman kepada Encik Zul sebaik sahaja melihatnya. Encik Zul membalasnya.

Khalis berlalu pergi bersama Amara. Namun, langkah Amara terhenti. Tareq dengan tangan yang berurat menghulurkan tangannya. Jam berjenama dipakai. Amara dengan perasaan kebingungan memandang Tareq.

Macam tiba saja dia menghulurkan tangan. Amara tidak tahu apa yang dimaksudkannya. Tangannya yang memegang barang diberikan. Dengan pantas Tareq menarik tangannya semula.

Mengerut kening.

"Kad mana?"

"Ohh..kad, kejap." Tangan diseluk ke dalam kocek. Tangan mencari dompet. Dengan riak muka sekali ikut mencari. Setelah mendapatnya, Amara mengeluarkan kad daripada dompetnya. Ia lalu memberinya kepada Tareq.

"Puas?" Amara berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga di ruang tamu. Manakala Khalis mengikuti Amara dari belakang.

Sebelum pergi, Khalis berbalik badan. Khalis berlari kecil. Ia meletakkan beberapa bungkus plastik di atas meja.

"Jemput makan." Mempelawa ketiga mereka untuk makan yang baru dibeli. Khalis hanya melontarkan senyuman. Senyuman akan dibalas senyuman. Khalis kembali mengekori Amara setelah mempelawa mereka untuk makan.

Keduanya berjalan menuju dapur. Zarf duduk di sebelah ayahnya. Satu-persatu sebungkus plastik dibuka. Tareq pula mengambil telefonnya. Tepat masanya, satu mesej datang.

Tanpa berlama ia menekannya. Dengan keluhan yang panjang, ia hanya dapat memejamkan matanya. Zarf yang memerhatikannya lamgsung memalingkan muka.

"Kenapa dengan muka awak?" Tanya abahnya. Telefon ditunjukkan. Zarf yang sedang meneguk air hampir tersedak.

"What! Tinggal 1,500?" Encik Zul ternganga. Duit yang banyak hanya tinggal RM 1,500.

"Dia beli kereta Hilux ke apa? Aku suruh beli makanan dia pergi beli benda lain pula. Jangan-jangan dia beli minyak wangi." Tareq mengeluarkan jangkaannya kepada Amara.

Katanya langsung dibantah.

"Jangan berburuk sangka dahulu. Tak elok. Cuba tanya elok-elok." Ajar abahnya kepada Tareq.

"Tanya elok-elok? Kalau tanya kasar tak boleh?" Zarf menggelengkan kepala. Telefon yang berada di saku berdering. Dengan segera ia bangun.

Nama Davian terpapar pada skrin telefon. Zarf sama sekali tidak mencurigainya. Namun, Zarf hanya menduga bahawa dia hanya ingin tahu keadaan isterinya.

"Assalamualaikum.." Ucapan salam diberikan.

"Waalaikumussalam." Salam disahut.

"Isteri aku...dia okay ke?" Sayu hati Zarf apabila mendengar suara Davian yang bergetar. Zarf tak sampai hati nak buat Davian seperti ini.

"Dia okay je. Dia baru sampai. Tadi dia pergi bersama Amara untuk ke mall. Nantilah aku bawa dia berbincang. Mungkin dia akan setuju untuk jumpa kau esok ke. Kalau dia masih belum nak jumpa kau...aku minta maaflah. Aku tak boleh nak buat apa-apa. Aku hanya boleh bagi nasihat."

Cinta Khalis Riona [C]Where stories live. Discover now