Selang beberapa minit kemudian. Encik Zul dan Arzan seperti kehilangan jiwa keduanya. Keduanya hanya merenung tanah. Air liur ditelan. Nafas pula belum diatur sepenuhnya.
Mata Encik Zul memandang ke arah satu rumah besar dengan dihiasi pelbagai jenis hantu-hantu. Encik Zul kemudian memandang Encik Arzan. Encik Arzan pula memandang Encik Zul. Otak keduanya seperti sedang bersambung antara satu sama lain.
Belum puas lagi ke nak menguatkan jantung?
Di lain sisi, Tareq dan Zarf sekarang menjadi pasangan untuk terjun dari bangunan ataupun disebut sebagai Bungee Jumping. Zarf yang memang kalah dengan pemikirannya menolak segala hal negatif.
"Jangan lupa mengucap banyak-banyak," ujar Davian. Kedengaran seperti mengejek tetapi sebenarnya hanya peringatan. Zarf hanya mengangguk.
"Bismillahirrahmanirrahim. Harap-harap aku pulang nanti dengan jiwa masih ditubuh," ucap Zarf. Pekerja yang bekerja di stesyen tersebut hanya dapat gelak.
"Dah siap?" Tareq mengangguk yakin. Kaki Zarf pula terketar-ketar.
"Tenanglah. Kalau tak selamat pun apa boleh buat kan." Zarf memandang Tareq dengan serius.
"Kau elok-elok sikitlah ketika bercakap. Mulut kau itu tak pasal-pasal aku stapler nanti."
"Ha yelah. Insya-Allah kita berdua pulang dengan selamat."
"Ha macam itu. Kan sedap didengar."
Namun setelahnya.
Zarf hanya mampu terduduk di lantai. Nak berdiri pun kaki masih menggigil.
"Zarf? Oi zarf?" Panggil Davian sembari menepuk-nepuk bahu Zarf.
"Zarf?"
"Ha?" Zarf memandang Davian dengan muka menyesal.
"Kau okay tak?" Zarf mengangguk okay. Tareq yang hanya berdiri memandangnya berlalu pergi. Muka tak rasa bersalah memang macam itu.
"Nak diminta papah ke?" Tanya Davian sembari keningnya mengerut. Zarf menggelengkan kepala. Dia bangun dan cuba berjalan walaupun masih menggigil.
"Menyesal sangat nampaknya." Ujar Khalis lalu memandang Davian. Davian mengangguk setuju.
Tubuhnya dibaringkan di atas rumput. Mata memandang awan. Usai bergaul dengan kambing akhirnya berehat juga. Pak cik Samad juga ikut hairan dengan kelakuan Amara.
"Amara boleh berbahasa lembu juga ke?" Amara memandang pak cik Samad.
"Bahasa lembu? Eh senang aje. Cakap aje moo moo moo sudah. Lembu itu faham ke tidak yang penting kita ini yang gila. Sebab apa? Sebab kita manusia boleh bercakap haiwan mana boleh."
Betul juga kata si Amara ini kan?
"Jadi selama ini kau gilalah?" Tanya pakcik Samad.
"Adalah sikit-sikit. Kalau gila sampai limit dia itu ha jangan lupa dihantar ke hospital sakit jiwa ye pak cik Samad." Pak cik Samad terkekeh-kekeh ketawa.
Amara dan pak cik Samad berbual seperti anak dengan bapa. Keduanya saling mendengar cerita antara satu sama lain.
"Masa itu umur pak cik ...kalau tak silap saya....umur 12 atau 11 macam itu. Sekolah pak cik dahulu dia ada bukit sedikit. Ketika turun kena berhati-hati dan jangan berlari. Macam pak cik dahulu. Pernah suatu hari pakcik berlari fuh..tak ada brek. Langsung! Kaki dengan jari terluka. Orang-orang yang berada di sekeliling pun pandang pakcik. Dan pak cik pun hanya duduk diam ajelah buat tak terjadi apa-apa."
Amara ternganga. Amara memandang pak cik Samad dengan serius.
Saat sedang asyik bercerita seorang pekerja lelaki menghampiri pak cik Samad dan Amara.
YOU ARE READING
Cinta Khalis Riona [C]
Romance[Dalam proses mengedit] Khalis Riona, wanita yang bertudung labuh kini menjadi wanita yang memikul tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Khalis hanyalah seorang wanita kampung yang merantau ke dunia bandar. Hidupnya bukanlah seperti anak lainnya...