Pintu rumah dibuka. Kaki melangkah masuk. Melihat sofa, tubuh langsung direbahkan. Empuknya hampir membuat diri terlena.
"Abang nak air?" Bag baru dilepaskan. Davian yang sudah merebahkan tubuhnya hanya mengangguk. Kaki Khalis melangkah ke dapur. Gelas yang tersusun rapi diambil. Air sirap diambil dari rak. Sebelum dituangnya, baik kita tenung dahulu kan. Gelas ditenung, botol ditenung, semuanya ditenung tak ada masalah. Bukan apa, Khalis ni bukan pandai sangat buat air sirap. Dalam erti kata lain, dia tak tahu yabg air sirap tu manis ke tawar ke. Biasalah orang yang tak nak rasa dahulu langsung dihidang macam tu.
Nasihat ibunya terbayang difikirannya.
"Lis, kalau buat air dicuba dahulu tau. Takut air yang dibuat tu manis sangat dan tawar sangat. Bukan apa, kalau manis sangat uih kencing manis tetamu tu nanti. Trauma mereka nak datang nanti." Mendengar apa yang diucapkan oleh ibunya terdengar lawak, sehingga keduanya ketawa terkekeh-kekeh.
Nasihat yang terbayang difikirannya membuatkan Khalis mengulang apa yang disebut.
"Kita cuba dahulu...kita cuba dahulu.." perkataan tersebut diulang terus-menerus sehinggalah air tersebut dihidangkan kepada Davian.
Tubuh yang sudah direbahkan, dipaksa bangun. Air yang dipegang Khalis diambil.
"Bismillahirrahmanirrahim." Air diteguk sehinggalah tiada setitis air pun di dalamnya. Khalis tercegat sembari menunggu komen. Davian yang dipandang terlalu lama menoleh ke arahnya.
"Asal kau pandang aku macam tu?" Keningnya mengerut.
"Macam mana air yang saya buat?" Gelas yang tiada isinya diangkat. Davian bagaikan juri. Khalis pula bagaikan peserta yang menunggu keputusan dari sang juri.
"Hmm, tak terlalu tawar sangat. Bagi saya....ngamlah." Senyuman lebar terpancar dimuka. Lesung pipit terlihat jelas.
Puan Ixora Rona
"Macam mana nak buat Davian ni jatuh cinta pada Nova? Nova tu lebih baik dari Khalis." Puan Ixora berfikir keras caranya yang paling ampuh untuk dilakukannya. Memang si orang tua ni nak rumah tangga anak sendiri runtuh. Orang lain nak rumah tangga anak kukuh, dia lain pula.
"Hm, Khalis dah tahu yang Davian ni dah punya tunang. Tapi..dia tak tahu siapa tunang dia dahulu." Senyuman sinisnya diperlihatkan. Mata yang penuh keinginan dirinya sendiri membuatkan hatinya mengeras seperti batu.
Telefon mahal disebelah tangan kanannya diambil. Sebelum membukanya, Puan Ixora menoleh ke belakang untuk memastikan tiada suaminya yang melihat. Namun, untuk keamanan ia bangun dan mengunci pintu.
Kata laluan telefon dibuka. Jarinya menekan icon telefon. Ia mencari nama dengan siapa yang hendak ia hubungi. Setelah dapat, ia tanpa ragu membuat panggilan.
"Assalamualaikum Nova. Awak sedang buat apa tu." Punggungnya duduk di atas katil. Kakinya disilangkan.
"Waalaikumussalam puan. Nova sedang baringlah. Kenapa puan?"
"Eh tak payalah panggil puan bagai. Panggil mak." Ucapan Puan Ixora membuatkan Nova bangun dari katilnya.
"Mak?"
"Haah. Lain kali jangan panggil puan lagi. Panggil mak je, okay?" Dengan perasaan takjubnya, Nova mengiyakan sahaja.
"Ni tujuan mak telefon ni nak bagitahu sesuatu. Tapi sebelum tu, Nova cintakan Davian tak?"
"Of courselah Nova cintakan dia. Dia hensem, gagah, body dia penuh dengan otot pergh idaman saya tu mak." Mendengarnya Puan Ixora ketawa terkekeh-kekeh.
"Haa, kalau macam tu mak ada sesuatu yang boleh buat Khalis ni lebih percayakan cerita dahulu." Nova sedikit kehairanan. Ia tidak faham apa yang cuba disampaikan Puan Ixora.
YOU ARE READING
Cinta Khalis Riona [C]
Romance[Dalam proses mengedit] Khalis Riona, wanita yang bertudung labuh kini menjadi wanita yang memikul tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Khalis hanyalah seorang wanita kampung yang merantau ke dunia bandar. Hidupnya bukanlah seperti anak lainnya...