Novel ini hanyalah rekaan semata-mata. Novel ini tidak diadaptasi dari kisah nyata. Semua tokoh yang ada hanyalah tokoh khayalan dan tokoh buatan. Bahkan nama yang digunakan juga tiada sangkut paut dengan nama di dunia nyata.
Kepada readers yang dihormati, saya sebagai author sangat berbesar hati atas sokongan korang semua. Terima kasih atas support yang tiada hentinya. Mohon diperbetulkan jika ada kesilapan. Mohon ditegur jika ada kesalahan. Jikalau boleh mohon ditegur dengan cara baik dan tidak menyakiti sesiapa pun.
Selamat membaca! Mulakan harimu dengan Bismillahirrahmanirrahim.
ℭ𝔦𝔫𝔱𝔞 𝔎𝔥𝔞𝔩𝔦𝔰 ℜ𝔦𝔬𝔫𝔞
Cinta yang seharusnya dibalas dengan kasih sayang. Apa juanya jika cintanya dibalas dengan penuh kebencian. Jalan yang sulit, harus diterjah. Jalan yang sempit, harus dihadapi kerana tiada kata patah balik untuk melakukannya semula.
Suasan di rumah penuh dengan pergaduhan. Keduanya bertengkar kerana hal-hal tertentu.
"Kenapa abang bencikan Khalis? Kalau Khalis ada buat kesilapan maafkan Khalis. Abang-"
"Eh baik kau diamlah! Sebelum aku lempang kau." Memotong kata isterinya. Sayu memandang Khalis yang tidak tahu mengapa dirinya seperti tidak diterima di keluarga Davian Arzhel yang kaya-raya.
Davian Arzhel seorang lelaki yang tinggi. Tidak selalu tersenyum di hadapan isterinya. Selalu menengking tanpa sebab. Warna matanya yang berwarna biru selalu menjadi sorotan para wanita. Dengan fesyen rambutnya yang berwarna kelabu juga menjadi tarikan wanita lainnya.
Sayang sekali, Davian Arzhel yang masih bergelar suami tidak mengakui itu. Dia mengganggap dirinya masih bujang dan tidak pernah memiliki isteri yang diberi nama Khalis Riona.
"Kalau ye pun aku salah, aku rasa kita boleh baiki semuanya." Khalis cuba memegang tangan suaminya.
Davian dengan pantas menarik tangannya. Jari telunjuk berada tepat di hadapan Khalis.
"Kau jangan berani nak sentuh aku eh." Khalis larilah sebelum kena tibai. Namun hati Khalis menolak mentang. Biarpun dia akan dilempang, Khalis tetap ingin tahu kebenarannya, mengapa dirinya diperlakukan seperti tidak ada hati.
"Kau ingat aku ni sudi sangat ke nak kahwin dengan kau? Ha!" Menengking Khalis. Davian menghampiri isterinya. Khalis pula berjalan ke belakang. Satu demi satu perkataan keluar dari mulut suaminya.
Kedua matanya bertembung dengan mata biru Davian. Lembah yang indah tetap sahaja dibasahi. Tangan sudah menggigil ketakutan. Matanya memandang Davian penuh dengan ketakutan.
"Aku nak tanya abang sekali lagi. Apa sebab abang bencikan Khalis?" Menggigil suaranya ketika berucap.
"Sebab kau miskin, tak kaya-raya, rumah kayu." Jawab seorang wanita tua dari belakang. Mata hazel milik Khalis memandang wajah si wanita itu.
Khalis menganggap ibu mertuanya, Puan Ixora menyukai dirinya namun itu semua disebaliknya.
"Dahlah ibu kau busuk tak pernah pakai perfume ke? Eh kalau ikutkan hati aku, salam dengan mak engkau aku tak mahu tau." Memang jelas dari awal keluarga Davian tidak menyukai Khalis.
Tapi adakah semua orang di keluarga Davian tidak menyukainya? Atau segelintir mereka?
"Walaupun engkau tu anggun aku malu tengok menantu miskin macam engkau. Tengok sahabat aku, elok aje mereka mendapat menantu cantik dan kaya."
YOU ARE READING
Cinta Khalis Riona [C]
Romance[Dalam proses mengedit] Khalis Riona, wanita yang bertudung labuh kini menjadi wanita yang memikul tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Khalis hanyalah seorang wanita kampung yang merantau ke dunia bandar. Hidupnya bukanlah seperti anak lainnya...