Bab 20: Emir

38 7 0
                                    

"Alolo comelnya!" Suara Khalis terdengar di luar.

"Kucing siapa ni?" Tanya Khalis dengan rasa gembiranya. Davian berdiri sembari tangannya disilangkan. Mata biru muda milik Davian tiada hentinya memandang Khalis.

"Tu kucing milik Encik Arzan. Nama dia Emir. Seorang kucing jantan. Did you know that there are so many different types of cats? Mr. Arzan loves Maine Cone cats, but he chose this one. This cat breed is the Ragdoll cat." Ujar si pembantu. Bulu kening terangkat. Mulut ternganga. Matanya terbeliak.

Usai memberitahu Khalis, ia berlalu pergi meninggalkan Emir, Khalis dan Davian. Khalis mengangkat tinggi si Emir sehingga mata Emir bertembung dengan mata hazel Khalis.

"Ragdoll cat!"

Emir mempunyai bulu yang berwarna putih dan kelabu. Emir suka berkeliaran ke sana ke sini. Kadang suka naik atas bumbung. Emir kalau dipanggil namanya suka pura-pura tak tahu. Macam manusia jugalah, pura-pura tak dengar tapi sebenarnya telinga tu telinga lintah.

"Pandai ayah pilih kucing eh. Ayah lebih suka kucing berbulu lebat." Khalis mencium Emir berkali-kali. Ia juga mengendong Emir seperti anaknya sendiri walaupun belim dianugerahkan cahaya mata. Davian yang juga pencinta kucing hanya duduk diam. Matanya melirik tajam.

"Beruntung sangat kau Emir. Kau dapat dikucup dan dipeluk tanpa henti." Aik, biasanya tak cemburu pun dengan Khalis. Dah berubah sepenuhnya ke? Si paling berubah.

Emir mengiau. Emir lepas dari pelukan Khalis. Ia menuju Davian yang lagi berdiri di belakang Khalis. Khalis yang duduk mencangkung menoleh ke belakang.

"Abang? Abang tak suka kucing ke?" Nafas dihembuskan. Emir diangkat. Davian memandang ke dalam mata Emir yang tidak bersalah. Emir yang diangkat pun hanya memandang Davian.

"Suka eh dipeluk dan dikucup berkali oleh isteri orang? Patutlah masih single." Oh...nampaknya ada manusia yang lagi cemburu dengan kucing nampaknya ye. Terlalu cemburu ke sampai kata macam tu dekat kucing sendiri?

"Abang ni dah kenapa ni?" Mata menuju Khalis. Namun, selang beberapa minit matanya kembali tertumpu kepada kucing di hadapannya.

"Wanita itu hanya untukku sahaja bukan untukmu wahai Emir si kucing jantan. Kau hanyalah kucing yang bebas dipegang namun wanita itu tidak ada kebebasan untuk dipegang kerana wanita itu telah bersuami wahai kucing jantan." Emir hanya mengiau lagi. Amboi, ini tersangat cemburu ni. Sampaikan kucing dia nasihatkan.

"Dia cemburu ke? First time aku tengok dia ni cemburu dengan haiwan. Selama ini selamba je dia. Tak kisah pun pasal aku." Gumam hati Khalis. Khalis tanpa ragu-ragu lagi merampas Emir dari pegangan suaminya. Khalis pergi dengan mengendong kucing Encik Arzan.

Davian yang melihatnya hanya tercegat. Ia tidak dapat mengeluarkan sepatah dua kata untuk isterinya. Kebetulan tingkah laku kedua suami isteri itu dilihat oleh ayah mereka sendiri. Memori yang sekilas di ingatan Encik Arzan seketika dilupakan. Yah, meskipun ada tersisa sedikit yang belum dihapus. Dah macam pembersih dekat telefon dah fikiran Encik Arzan ni.

Encik Arzan berdiri di hadapan jendela. Matanya memandang Khalis dan Davian. Kebahagiaan hatinya tidak dapat diungkapkan. Yelah, mana tak bahagianya kalau si anak lelaki mula terima si isterinya. Gelagat keduanya ada membuatkan hati Encik Desmond geli. Ada juga membuatkan hatinya tersenyum bahagia.

Puas Encik Arzan memandang tak pasal-pasal Encik Arzan melamun. Dia melamun suatu hari nanti akan ada cucu. Encik Arzan dapat bergembira dan bermain dengan cucunya.

"Assalamualaikum atuk! Atuk oo atuk. Kami datang nak bermain dengan atuk." Fuh, betapa bergembiranya Encik Desmond ketika itu. Namun, Encik Arzan tidak dapat berharap banyak. Kerana sungguh ia tidak tahu bila ajalnya akan menjemput dirinya.

Sedang sedap melamun eh bunyi telefon membuatkannya tersadar kembali.

"Uish terlalu tinggi akh melamun sampai tak ingat dunia." Ujar Encik Arzan seorang diri. Seorang diri bercakap jadilah. Telefon di atas meja diangkat. Nama Arisha Fendra ibu Khalis terpapar. Tanpa ragu, Encik Arzan menjawab panggilannya.

"Assalamualaikum." Ucap salam Puan Arisha.

"Walaikumusalam Arisha." Jawab Encik Arzan terhadap ucapan salam kepada Encik Desmond.

"Bagaimana keadaan awak dan isteri di sana?" Tanha Puan Arisha sebelum memberitahu alasannya kenapa menelefon Encik Arzan.

"Alhamdulillah sihat. Isteri saya juga sihat. Arisha sihat juga ke? Kenapa telefon? Ada masalah?"

"Alhamdulillah sihat juga. Eh tak ada masalah. Saya telefon ni nak tanya tentang ke mana Khalis pergi? Bukan apa saya ni tengah risau sebab dari tadi saya telefon Khalis tak diangkag telefonnya." Jawab Puan Arisha dengan nada risaunya sembari menyampaikan alasannya.

Mata Encik Arzan tertuju ke arah Khalis dan Davian.

"Khalis, dia tak pergi mana-mana. Dia di taman situ ha. Dia bermain dengan Emir. Davian pula ada di samping dia tengah tengok je si isteri dia tu bermain."

"Bermain dengan Emir?" Seketika fikiran Puan Arisha jauh tersasar.

"A-anak s-saya ada lelaki lain ke?" Tanya Puan Arisha yang salah faham. Hm, lagipun Encik Arzan tak sebut Emir ni siapa kan. Haa, kan dah salah faham.

"Eh bukan..bukan. Maksud saya Emir si kucing jantan." Bila mendengarnya, lega pula hati Puan Arisha.

"Ingatkan anak saya kahwin lagi. Terkejut pula saya." Encik Arzan dan Puan Arisha tak henti-henti ketawa.

"Kalau tak ada apa-apa saya tutup teleofn eh. Ada banyak kerja yang belum dibuat tertunda sebab risau dekat Khalis ni seorang je."

"Haha, yelah. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Telefon pun ditutup. Puan Arisha yang risau pun terasa sedikit rasa leganya.

"Ni anak boleh bersenam jantung dengan dia ni. Kalau lama-lama macam ni boleh sakit jantung aku." Kepala digelengkan.

"Sifah kau kenapa tadi? Asal kau cakap macam tu dekat aku?" Tanya Nova yang duduk sambil telefonnya diletakkan di telinga.

"Tak ada apa-apa Nova. Aku mungkin tersasul cakap."

"Tersasul cakap you kata? Eh you, I dah lama kenal you tau. You akan tersasul cakap when you marah! That's it. You marah dekat I ke?"

"Mana ada aku marah dekat awak ni Nova. Aku dah cakap kan aku tersasul cakap."

"I tak percayalah kalau you tersasul cakap." Banyak tempat dah Nova berpindah. Sekejap di sofa, sekejap di tilam, sekejap duduk di tempat riasan, banyak dah tempat dia duduk.

"Nova, Nova, Nova. Aku dah mengantuk sekarang ni aku nak tidur. Okay! Assalamualaikum." Telefon terus ditutup. Nova yang marah hanya menggenggam tangannya.

"What's wrong with her! Ughh!"

Pintu diketuk. Tanpa adanya jawapan, Puan Ixora masuk membuka pintu. Encik Arzan hanya menutup mata dan menghela nafasnya. Mukanya menoleh ke belakang. Muka cemberut isterinya dilihat.

"Kenapa ni?"

"Kenapa abang kata macam tu?! Abang, saya tak terima abang cakap macam tu dekat Nova. Dia tu perempuan baik tau."

"Macam mana awak tahu?" Tanya Encik Arzan meskipun ia tiada niat hendak bersangka buruk.

"Dia bagitau I!" Tangan diletakkan di poket seluar.

"Syaitan sahaja dapat menggunakan tipu daya apalagi manusia, Ixora." Wajah dinginnya diperlihatkan. Matanya seperti siren eyes. Hatinya memang marah namun dipendamkan.

"Abang, hati saya ni sakit tau dengar abang cakap macam tu. Memang saya nak Davian kahwin dengan Nova." Ujar Puan Ixora yang memanaskan lagi keadaan. Dahlah tak diterima dipaksa lagi.

"Suka hati awaklah Ixora. Saya takkan setuju pun. Walaupun apa pun yang terjadi Khalis tetap nombor 1. Tiada siapa setelah Khalis." Tegas Encik Arzan kepada isterinya. Encik Arzan yang tak nak bergaduh pun meninggalkan isterinya di bilik. Singkat kata takkan memanjangkan lagi masalah.

Cinta Khalis Riona [C]Where stories live. Discover now