Khalis hanya duduk di sofa tanpa bergerak dan bercakap sedikit pun. Dari tadi dia hanya melihat keluar jendela. Entah apa yang direnungnya sehingga membuat Amara risau.
"Abang Tareq, Amara risaulah dengan dia tu. Dia dari tadi tau duduk dekat sofa. Minum air pun tak nak. Makan pun tak nak." Tareq yang bersandar pada dinding sembari melipatkan tangannya hanya mengeluh. Tareq pun tidak tahu harus bagaimana.
"Awak tanyalah dia ataupun awak bawa dia berjalan keliling rumah ke." Cadang Tareq kepadanya.
"Amara dah tanya macam-macam. Still, dia tak nak. Dia nak duduk je kat situ." Dari kejauhan juga keduanya melihat Khalis mengelap air matanya. Tanpa suara air mutiaranya keluar. Cincin pada jari masih dikenakan. Ditenungnya sahajalah cincin tu.
"Ni, kau lebih tahu tentang dia. Dia suka makan apa?" Tanya Tareq dengan pandangan muka yang ingin tahu.. Amara ni jenis tahu tak tahu. Kadang ada juga sesetengah makanan yang dia tak ingat. Biasalah orang pelupa en.
"Emm..dia suka makan nasi lemak, nasi goreng? Rendang ayam, dan lain lagilah. Aku pun tak ingat tambah lagi tak tahu. Kenapa abang tanya?"
"Nak beli untuk dia?" Tanya Tareq sembari memberikan kad kepadanya. Uuii, tak ada ke nak kahwin dengan Tareq? Dia kaya tau dia ada kad. Amara yang suka menyakat mengangkat kening sebelahnya.
"Berfungsi ke? Mana tahu kalau aku dah sampai dekat kedai nanti takut tak berfungsi pula. Aku tak ada cash kalau diberi kad." Gurau Amara membuatkan hati Tareq geli.
"Patutlah tak ada orang nak pinang awak, rupanya perangai macam ni." Ujar Tareq dengan nada perlahan.
"What?"
"Hmm?" Memandang tanpa rasa bersalah. Tapi ada betulnya juga.
"Abang jangan nak mengata belakang saya eh. Saya ni baran orangnya." Tanpa segan menuding jari ke arah abang sepupunya. Tareq hanya mengangkat kedua tangannya. Kad pada tangan dirampas. Uish marah betul agaknya.
"Jangan guna kad saya untuk awak membeli-belah. Saya hanya suruh awak untuk beli makanan dan minuman untuk dia sahaja." Ujar Tareq kepada Amara.
"..."
"Betul-betul marah ke dia ni?" Tanya Tareq. Namun, bagi Tareq dia tak kisah. Lantak dia nak merajuk ke nak bergaduh Tareq tak kisah.
"Req, Amara nak ke mana?" Tanya Zarf apabila melihat Amara mengajak Khalis keluar.
"Beli makanan dan minuman untuk dia." Sahutnya dan berlalu pergi.
"Req..." Baru je nak menoleh tengok-tengok Tareq dah berlalu pergi, "Belum habis aku cakap dah pergi dah."
Buku masih dibaca.
"Ra, kita nak pergi mana ni?" Tanya Khalis sembari mengelap pipinya.
"Kita pergi shopping!"
"S...shopping? Ra, aku tak bawa duit tau. Telefon pun aku tak bawa." Jawab Khalis kepada Amara.
"Alah, relaxlah. Kita ada..." Kad yang diberikan ditunjukkan.
"Kad?"
"Abang Tareq bagi. So, kita boleh pergi shopping!" Dengan perasaan gembira keduanya menuju kereta. Amara terlompat lompat seperti anak kecil. Muka senyumnya dipasang. Namun begitu, gelagat Amara berhasil membuat Khalis tersenyum.
Kereta berwarna putih Hyundai berada tidak jauh dari keduanya. Amara yang jenis laju berjalan terlebih dahulu sampai. Khalis juga laju berjalan, tapi tak selaju Amara.
Kunci kereta ditekan. Kereta putih King Jalanan digunakan. Takkanlah korang tak kenal King Jalanan. Siapa lagi kalau bukan Myvi.
Pintu kereta berwarna putih tersebut dibuka.
![](https://img.wattpad.com/cover/354257780-288-k118222.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Khalis Riona [C]
RomanceKarya ke-2 Khalis Riona, wanita yang bertudung labuh kini menjadi wanita yang memikul tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Khalis hanyalah seorang wanita kampung yang merantau ke dunia bandar. Hidupnya bukanlah seperti anak lainnya. Dia hanya hi...