06| Mistik Nusantara 2

1.2K 61 28
                                    

"Hawa tak best lah, kita tukar tempat jom."

Niyaz yang juga mahu meninggalkan dapur bersama-sama mereka seakan tidak diperbolehkan pergi. Kakinya diserang rasa pegal serta tidak bisa digerakkan sama sekali, seolah dipegang agar kekal terpacak di situ. Mulutnya yang terlopong berusaha mencengah itu juga tidak mengeluarkan sebarang suara dan tertahan di dalamnya.

"Kita akan explore tingkat atas pula."

Tunggu!

Semakin lama semakin menghilang susuk mereka dalam kegelapan dan meninggalkan Niyaz yang dihujani keringat asin di pelipis bersama organ berotot yang makin berkerja keras seakan dia baru tamat larian pecut.

takut? Ya siapa je tak takut kalau ditinggalkan seorang diri di tempat seram macam ni namun pemuda itu berusaha mengapungkan diri dari terus tenggelam dalam lautan keresahan yang ia sendiri ciptakan.

Berusaha menenangkan diri, Niyaz memejam mata seketika dan mengerakkan bibir membaca ayat-ayat suci sementara tangan mencuba menarik kakinya. Sekali percubaan, cengkaman ghaib pada kaki berjaya dilepaskan.

Tak menunggu lama Niyaz putar arah ke gerbang masuk dan ingin menyaingi langkah mereka tetapi tak sampai semeter jauhnya dia dari dapur puaka itu dia terundur ke belakang hingga tubuhnya melanggar dinding.

"Astaghfirullah al-Azim."

Niyaz mengucek mata berkali-kali memastikan yang ia lihat bukan ilusi.

Dari kejauhan, samar-samar satu bebola api terapung di permukaan.

Pandangan yang makin jelas itu berjaya merubah suasana hatinya kepada lebih kelam.

"Astaga," bisik Niyaz.

Bola api yang asalnya mengelitari di ruang hadapan maju ke arahnya seakan menyedari ada insan dapat melihat akan kewujudannya.

"Ya Allah, tak lawak." Niyaz menjerit.

Kepala yang terapung. Organ yang bergantung. Bibir terkoyak luas mengeluarkan titisan darah.

Sumpah tak kelakar! Hantu ni hantu yang Khafi nampak tadi.

Kaki yang gagal menampung tubuh memaksa Niyaz menumpukkan badan pada kedua lutut.

"Niyaz kenapa?" Seseorang mendekat.

Mata yang berkunang-kunang, digerjip memastikan insan yang berlari mendapatkan ia itu Shah, bukan makhluk jadian.

"Niyaz okay tak ni?" soal Shah risau.

Mengabaikan pertanyaan Shah, Niyaz menurunkan penutup mulut hingga ke bawah dagu sambil rongga menghirup udara sebanyak-banyaknya walaupun setiap hela nafas terasa begitu sulit. Seolah-olah udara yang dihirup tersekat di saluran penafasan dan tidak sampai ke paru-paru.

"Ada... yang... nak... masuk... Shah." Belakang badan terutama di kawasan leher dan belikat mula terasa panas.

"Sekarang ke?"

"Mana...Along?" Niyaz perlukan Naail sekarang. Hanya Naail dapat menarik makhluk yang makin gigih mencuba menerobos pertahanan senipis kulit bawangnya. Dia tak mahu mereka masuk ke dalam tubuhnya. Dia tak mahu jadi perantara hari ini.

"Niyaz sabar dulu jangan masuk la-"

Suara Shah tenggelam timbul. Begitu juga tubuh yang terasa bagai dilambung ombak hingga paksinya tidak lagi kukuh. Bagaikan kertas dituip angin, Niyaz melayang-layang tetapi Shah sigap menahan.

"Niyaz oii Niyaz." Shah memanggil-manggil.

Niyaz menggeleng mengawal kewarasan akal yang kian memudar. Setiap serat otot terasa seperti disedut oleh energi negatif hingga dia mula mati rasa dan kesemutan menjalar dari hujung jari kaki hingga ke pangkal leher. "Aku... dah tak boleh tahan," adu Niyaz.

C| MANUSKRIPWhere stories live. Discover now