"Kenapa pandang macam tu?"
Masya Allah cantik. Satu ungkapan memuji keindahan terlepas dalam hati.
Bertemankan cahaya lampu kereta buram Niyaz meroka wajah cantik milik seorang wanita yang sedang duduk merapatkan lutut ke dada. Mereka berada di bawah pohon yang sudah lama mati. Hanya Niyaz dan wanita yang sedang meminjam pakaian miliknya itu sahaja sedangkan Airen dan krew Mistik Nusantara yang lain sedang berbincang sedikit jauh dari mereka.
Niyaz tidak tahu apa mereka lakukan, dia hanya disuruh menemani wanita itu di sini tetapi lain pula jadinya. Bukan setakat menemani malah hatinya terusik dengan wanita itu hingga dalamannya berisik sedari tadi.
Alis terbentuk cantik, bibir mongel teroles gincu coklat cair, pipi makin lama makin kemerahan. Semuanya sempurna bagi Niyaz.
She's my type. Akui dia.
Makin lama Niyaz makin hanyut. Dia berusaha menahan kelopak dari berkedip.
Kata seorang influencer di muka buku, jika memandang perkara yang berbaur maksiat hendaklah dialihkan pandangan tika masuk pandangan kedua dan kerana itu Niyaz tidak mahu berkedip.
Dia mahu manfaat peluang yang ada untuk mengamati dan merakam keindahan ciptaan Tuhan dan sematkan dalam memori sepuas-puasnya terlebih dahulu.
Kau sesat.
Niyaz merendamkan hati yang mula memberontak.
Tundukkan pandangan. Hati mengarah.
Sekejap. Pandang kejap je, bukannya buat apa pun. Otak menyokong.
Alang-alang dah berdosa tu tengok je la. Bisikan asing menjengah.
Niyaz tahu dia salah. Cuma... dia tiada daya menahan bisikan halus yang menghasut.
"Encik?" Dia tidak selesa. Lelaki yang berjongkok di hadapannya aneh.
Entah apa yang lelaki itu tenungkan sampaikan ia tidak berkedip sama sekali. Setiap gerak-geri seakan dihakimi. Kalau lah iris lelaki itu boleh memancar sinaran laser, dah berlubang dahi gamaknya.
"Kotor sangat ke muka aku?" gumam wanita itu.
Dia tarik hujung lengan sweater melepasi jari-jemari lalu mengusap muka. Membersihkan muka yang comot kerana mascara yang dipakai berkemungkinan luntur atau menghapus kotoran yang terpalit masa dia meronta di lantai.
Mungkin itu asbab lelaki itu pandangnya tanpa lepas.
Bila dah rasa bersih. Dia melambai, meraih perhatian lelaki itu. "Muka saya dah tak kotor ke?"
Pelupuk tertutup seiring lambaian.
Niyaz mendongak ke langit gelap, menyimpan memori baik-baik. "Cantik," puji Niyaz dengan nada yang cukup rendah.
"Apa?" berkerut dahinya, salah dengarkah?
Niyaz alihkan fokus ke batang pohon di belakang tubuh wanita itu. "Cantik. Kau cantik," ulang Niyaz lagi.
Dia tersedak liur.
Terlakar garis merah di pipi. Tak semena-mena tangan menarik posisi hood menutupi dahi.
Sedar wanita itu tak senang laku, Niyaz garu belakang lehernya. "Aku salah cakap eh?" Dia rasa ungkapan dia biasa sahaja, kenapa begitu sekali reaksinya?
Lain pula dengan wanita itu. Kata-kata spontan yang dilontarkan oleh lelaki itu buatkan dia jengkel.
"Kenapa marah? Aku salah ya?" Niyaz buntu.
YOU ARE READING
C| MANUSKRIP
Horror[PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] Kerana sebuah manuskrip mereka dincar oleh makhluk tak kasat mata yang mahukan keadilan akan kematiannya. Seorang memanggil. Seorang mencari. Dan dia pula... telah lama menanti manusia serakah yang mahu menentang dan...