12| Manuskrip

906 61 13
                                    

Satu patah perkataan ia taip, hampir kesemua frasa yang telah digarap ia padam. Alanna merenung skrin yang memaparkan halaman kosong di aplikasi Words sepertimana kosong tak berguna otak puitis miliknya. Dia menemui jalan buntu. Ketandusan idea hingga setiap diksi yang digunakan terasa begitu jelak dan tidak menarik.

Tetikus dihentak-hentak ke meja, bengang dengan diri sendiri. Apa yang diharapkan tidak sesuai jangkaan.

Idea-idea baharu yang dia jangka dapat bergerak berterusan bak air yang mengalir tanpa putus rupa-rupanya dihadang oleh sebuah bongkah besar di pertengahan jalan. Proses penulisan yang seharusnya berjalan lancar menjadi begitu sukar. Segala bayangan yang terlakar indah fikiran, hancur berkepingan apabila ia mahu gubah dalam rangkaian kata, sukar untuk dicantumkan dan akhirnya jalan cerita tersekat di bab yang kesepuluh sejak 4 jam yang lepas.

Lagi dan lagi tanpa ragu Alanna melepaskan rintihan yang menggambarkan betapa kusut keadaan yang dia hadapi. Tetikus digeserkan, kursor bergerak ke tanda pangkah dan aplikasi Words ditutup begitu sahaja tanpa menyimpan hasil kerja terlebih dahulu.

Usaha ambil angin di luar yang konon dapat menaikkan semangat menulis berakhir sia-sia. Ingin menyiapkan satu perenggan pun sukar. Misi gagal!

Writer block bodoh!

Alanna rasa mahu mengamuk, membanting komputer riba, menghentak kepala yang tak memberi kerjasama dan menjerit sekuat hati melepaskan amarah yang terbuku tetapi mengenangkan dia masih lagi berada di D'Umai, apa yang boleh dia lakukakn hanya mampu memendam rasa.

Dengan rasa berat, dia tutup komputer riba. Perjuangan menaip hari ini dia tamatkan. Kertas-kertas berselerakan atas meja dikemas lalu diselitkan dalam fail, begitu juga dengan pen berwarna yang bersepah, dia sumbat dalam bekas pensil. Kemudian campak dalam beg sandang. meninggalkan sebuah buku nota dan sebatang pen sahaja.

Siap mengemas, secawan Latte yang masih berasap tipis Alanna angkat dan rapatkan ke bibir. Menyisip minuman berkafien lagi biarpun kepala mulai berdenyut, tekak loya dan menolak minuman itu dari terus memasuki perut.

Namun Alanna tidak peduli. Yang dia mahukan adalah mengurangkan rasa sesak yang begitu menyeksa. Dan ini cawan kelima dia yang baru sahaja dihantar oleh Si Barista sendiri, Shah. Terkejut dia, tak sangka dia boleh jumpa dua orang dari sekumpulan lelaki yang membantunya dan Airen di Teratak Kejora tempoh lalu.

Air diteguk hingga separuh dan Alanna letak cawan atas piring semula. Lengan baju disingkap ingin melihat jam analog yang membelit lengan kanan. Masih berbaki 20 minit sebelum kafe yang menjadi rumah tumpangannya berhenti operasi buat sementara dan dia harus bersabar menanti seseorang. Seseorang yang dia incar biarpun hati berbelah bahagi.

Entah. Alanna sendiri bingung dengan apa yang merasuk diri hingga dia mahu lakukan sesuatu di luar nalar. Bukan ini yang dia mahukan tetapi dia terjepit.

Mahu atau tak, Alanna perlukan seseorang yang boleh membantunya menyelesaikan masalah yang membelenggu.

Hanya dia.

Hanya Jiwa harapan terakhir Alanna.

Dan untuk itu dia perlu buang malu dan ego demi sebuah manuskrip yang akan dapat memuaskan pembacanya dan sekaligus menambah popularitinya.

Alanna merenung laman direct messages Instagram.

Alanna merenung laman direct messages Instagram

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C| MANUSKRIPWhere stories live. Discover now