"You pergi mana semalam?I celik celik mata,you tak ada."soal Amyra lembut pada Hariz yang baru keluar dari gym di rumah agam itu.
"I pergi melawat kawan I semalam honey,dapat tahu dia accident pukul 3 pagi."lancar sekali Hariz berbohong.Memang pelakon kelas pertama.
"Oh kawan you yang mana?Teruk ke?"Amyra tersenyum sendiri.Alahai cik suami,dia ingat semua perempuan bodoh ke apa?Dia ikutkan aje rentak Hariz.
"You tak kenal rasanya,Larson nama dia.I pun baru 5 bulan kenal dia.Tapi dia banyak tolong I waktu di Itali haritu,itu yang I datang jenguk dia.Tak adalah beria sangat,patah kaki dengan tangan je."cerita Hariz sambil mengelap peluh di dahi.Begitu rancak ya,menipu si isteri.
"Jom turun breakfast,honey.I lapar."terus dirangkul pinggang Amyra.Mereka beriringan.
"You turun dulu okey,I nak kejut Aryan kejap,entah bangun ke belum anak teruna you tu."Amyra berjalan ke tingkat 3,menempatkan bilik Aryan.Satu satunya anak dia dan Hariz.
"Aryan!Bangun."diketuk ketuk pintu bilik anaknya.Apabila dibuka,Aryan sedang elok dia menyikat rambut.
"Turun makan Aryan,Papa dah tunggu."ujarnya tegas.Dia jarang berlembut dengan Aryan.Mungkin juga kerana dia sendiri dibesarkan dengan tegas,jadi dia mendidik anak lelaki tunggalnya dengan cara yang sama.
"Mama,minggu depan ni Yan ada basketball tournament.Mama datang boleh?"pinta Aryan lembut.Takut juga sebenarnya,tapi digagahi jua.
"Nanti mama cuba tengok jadual,kalau busy mama cuba kosongkan jadual.Mama tak janji,but Im trying okey."kata kata Amyra membuatkan Aryan menarik nafas lega.
Dia mengekori Amyra ke ruang makan.Ruang makan itu telah pun dipenuhi oleh penghuninya.
"Babah ada hadiah untuk Ary?Seriously?"suara teruja Aryanna memenuhi ruang makan.
Aryanna Alyssa Hazel merupakan kembar kepada Ariq Ariel Hazrael.Merela berdua merupakan anak Diana dan Adam.Aryanna kakak dan Ariq pula adik,hanya selang 10 minit.Tapi Aryanna pula manja terlebih.
"Ada tu memang ada,tapi kena tunggu babah balik kerja dulu.Kalau sekarang tak syok la."Adam menyisip kopi panas yang terhidang.Sesekali dia menyuap nasi goreng pedas ke dalam mulutnya.Sedap!
Siapa lagi yang masak kalau bukan isterinya.
"Sedapnya nasi goreng air tangan orang baru sambut annivesarry semalam.Manis pedas pedas je rasa."puji Fariz dalam nada menyindir.Arsya di sisinya hanya ketawa mendengar telatah suami.
"Padahal nak cakap Kak Di masak sedapkan?I already knew it."ujar Diana bangga sambil menepuk dada.
"Memang sedap sayang."sampuk Adam.
Belum sempat Diana membalas apa apa,suara suara sumbang dari atas mula kedengaran.Seperti bergaduh.Tak perlu bersuara,mereka tahu siapa.
"Eh kau lah ajak aku main game semalam,tak pasal pasal aku terlajak Subuh pagi ni.Memang jana dosa betul duduk dengan kau ni."bebel Luqman sambil menuruni anak tangga.Malas turun pakai lift,nanti dilabel pemalas oleh abangnya,Amir.
"Cakap tu elok sikit,aku elok je bangun Subuh.Kau tu tidur,gempa bumi pun tak sedar."balas Amir balik.Geram dengan tuduhan tak berasas adiknya.
Oh lupa nak perkenalkan.Amir Rizqin merupakan abang kepada Luqman Haqim.Abang...tak adalah abang sangat sebab beza setahun je.Mereka dan Diana memang berkawan sejak kecil lagi,datang London pun sama sama.Memang mereka bertiga dah cukup masak dengan perangai masing masing.
Amir meletakkan briefcasenya di atas kerusi sebelum mencapai kotak susu dan dituang ke dalam gelas.Paginya akan sentiasa dimulakan dengan susu.Sesekali bertembung mata dengan Diana,dia laju melorek senyuman paling manis.
YOU ARE READING
MENDUA
Romance☆༻*ੈ✩Karya pertama‧₊˚。 ゚ ꒰ঌ ✦໒꒱ Mendua-Pabila dusta menjadi derita Kisah dua wanita kuat yang diduakan. DIANA INSYIRAH-Melayari bahtera perkahwinan selama empat belas tahun cukup untuk membuatkan dirinya menemui titik kebahagiaan meskipu...