⋆˚࿔ Bab 18 𝜗𝜚˚⋆

589 17 3
                                    

                   Pantas masa berlari,hari ini,genap 3 bulan keluarga elit Ave's berada di Malaysia.Hari ini juga Hariz dan Khadeeja menyambut kelahiran anak sulung mereka.

Hannah Enara binti Hariz Daniel.

Sebaris nama yang Khadeeja pilih untuk anak perempuannya.

Bayi yang nyenyak tidur di dalam babycot itu Hariz cuit pipinya.Geram dengan kecomelan anak sendiri.Pipi yang putih kemerah merahan dan bibir mungil itu benar benar menarik perhatian.Teringin benar dia untuk melihat anak ini membuka mata.

Perlahan lahan Hariz mendukung Enara yang mula merengek itu.Bibirnya mula mengalun azan dan iqamat.

Semoga anak perempuannya ini terlindung dari segala kejahatan dan binasa yang ada di muka bumi ini.

Bibir Khadeeja mengoyak senyum apabila melihat adegan itu.Mimpi buruknya tak jadi kenyataan.Hariz ada untuk Enara.Anaknya akan membesar dengan kasih sayang seorang ayah.

Rengekan halus tadi kedengaran semakin kuat.Hariz pantas membawa Enara kepada Khadeeja yang menyandar di katil.

"Abang rasa Nara laparlah."Enara mula bertukar tangan.Khadeeja mencium lembut Enara yang sedang menangis itu sebelum disusukan.

Hariz memerhatikan dua beranak itu.Tak sangka dia jadi ayah untuk sekali lagi.Siap pakej dapat anak perempuan pula tu.

Hariz mengambil tempat di sisi Khadeeja.Mujur sahaja katil itu besar.Sesekali membahang juga wajah Khadeeja yang sedang menyusukan Enara itu apabila Hariz bertindak mencium anak mereka.

"Terima kasih sayang."kali ini bibir Hariz mendarat di pipi Khadeeja yang merona merah itu.Khadeeja hanya senyum.

"Sama sama."

"Oh ya,sayang dah bagitahu Along dengan yang lain?Senang kalau dorang nak melawat,abang set masa.Takut terserempak dengan keluarga kita pula."Hariz memandang Khadeeja meminta kepastian.Keluarganya boleh buat kemuculan bila bila masa.Tambah tambah si Arsya Myrabella,pantang dengan ada baby.

"Ija dah bagitahu,tadi Mimi kata dorang semua dah on the way.Semangat betul dorang."Khadeeja tertawa kecil membayangkan reaksi keluarga angkatnya itu.

Tiba tiba pintu ditolak kasar.Serentak mereka berdua memandang ke arah pintu masuk.Rasanya bilik vvip ini dikawal ketat,tak ada sebarangan orang yang boleh masuk tanpa mengetuk terlebih dahulu,hatta doktor sekalipun.

"Mommy gorgeous is here!"lantang suara Mimi kedengaran sambil mengusung sebuah hamper barangan bayi yang begitu besar.Di belakang Mimi ada Elena yang tersengih diikuti Hadi dan Syairul.

"Maaflah Daniel,Mimi ni ha bersemangat betul bila dengar Ija bersalin pagi tadi.Terus dikerah kitaorang semua bangun awal dan bersiap."ujar Syairul serba salah.Ini semua Mimi punya pasal!

"Comelnya baby Nara."Enara yang berada dalam dukungan Khadeeja dicuit cuit oleh Elena.Dia sama naik je dengan Mimi,dua dua excited!

"Maksu dah ada baby,lepas ni dia malas layan kau yang otak senget ni."kata Hadi sebelum ketawa jahat.Suka mengenakan Elena yang mula mencemberutkan wajah.

"Eii,bencilah uncle Didi ni!Ayah tengok uncle ni!"Elena menghentakkan kaki tanda protes.Dia menjeling Hadi masih ketawa.

"Eleh benci orang,pastu nak aiskrim minta orang belanja juga."kata kata Hadi itu membuatkan Elena membulatkan mata bundarnya.

"Jom uncle!Aiskrim!"ajak Elena.Terus dia mendekati Hadi dan memegang erat tangan lelaki itu.

Ah sudah!Menyesal sebut pasal aiskrim!Getus Hadi sendiri sambil memandang jengkel ke arah Elena yang menayang lesung pipit.

MENDUAWhere stories live. Discover now