"Mama sayang Yan sangat sangat."dikucup dahi Aryan penuh kelembutan.Sesalnya bergunung gunung kerana tak dapat berikan yang terbaik buat Aryan.
Aryan lantas tersedar.Dia dapat rasakan mamanya menitiskan air mata.
"Mama nangis?"tanya Aryan lembut.Pantas dia bangun dan menghadap mamanya yang dah bersiap macam nak keluar.
"Mama nak Yan tahu,mama sayang Yan.Mama kena pergi.."itu keputusan yang paling sukar untuk dia buat.Tapi demi hati yang terluka,dia turutkan jua.
"Mama nak pergi mana?Mama nak tinggalkan Yan seorang diri?Yan taknak mama baru.."
"Buat masa sekarang ni,Yan tinggal dengan ibu dan babah ya.Mama tak boleh bawa Yan lagi.Mama taknak anak mama terluka.Nanti bila semua dah okey,mama tak sedih lagi,mama ambil Yan."diusap kepala anaknya.Dia berat hati untuk tinggalkan Aryan.
"Mama kena pergi juga ke?I need you.."
"Mama dah lambat ni.I have to go."lantas tubuh Aryan didakap erat.Dia percayakan Diana dan Adam untuk jagakan Aryan buat dia.
"Till we meet again my son.I love you."ujar Amyra lembut sebelum dia menutup pintu bilik Aryan.Bagasi besar dihadapan bilik Aryan ditarik menuju ke lift utama.Dia tak mahu lengahkan masa.Risau tersempak dengan Hariz.
Telefon bimbitnya dibuka dan dia mendail nombor Stephen.
"Saya dah ada kat depan Madam."pesanan suara Stephen membuatkan Amyra melepaskan nafas lega.Dengan penuh gaya,dia meninggalkan St Fernanda.
Berat kakinya untuk meninggalkan rumah agam St Fernanda.Penuh dengan kenangan bersama orang tercinta.
Tapi ini adalah sebuah pengorbanan.Meninggalkan keluarga,meninggalkan kerjayanya demi kebahagiaan diri sendiri.
"Madam yakin?"suara Stephen mematikan lamunan Amyra.Amyra diam sejenak.Memerhatikan rumah agam yang berdiri gah dihadapannya.
"I am very sure this is the right decision that I already made.Im sure even it's really hurts."
Amyra perlukan ruang.Biarlah untuk seketika waktu,Hariz bersama isteri mudanya.Lagipun mereka sedang menanti anak pertama.Suatu hari nanti,takdir pasti pertemukan mereka.Dan waktu itu,dia akan meminta perpisahan.
"Im late Stephen.Move."arah Amyra.Kereta Tesla itu bergerak perlahan lahan meninggalkan St Fernanda menuju ke Heathrow Airport.
Sebaik sahaja tiba di lapangan terbang,Stephen terlebih dahulu keluar dan menawarkan diri untuk membawa bagasi Amyra.Dia sendiri taktahu bosnya nak ke mana dengan bagasi besar.
"Awak boleh hantar saya sampai sini je."kaki Amyra berhenti di hadapan sebuah lounge mewah.Stephen hanya mengangguk tanda mengerti.
"Saya harap Madam baik baik sahaja lepas ni..Saya dekat sini sentiasa doakan yang terbaik untuk Madam."Stephen menunduk hormat pada Amyra.Dia bekerja bukan setahun dua.Tapi dah 5 tahun dia bersama Amyra.
"Terima kasih.Saya banyak terhutang budi dengan awak.You know,you are the most trusted person.I owe you.Saya pergi dulu."Amyra juga menunduk tanda hormat pada Stephen.Dia melihat jamnya.Penerbangannya lagi 1 jam 15 minit.
Segala galanya bakal berakhir.Mungkin dia takkan jejakkan kaki lagi ke kota ini?Mana tahu?
____________________
"Kamu ni kenapa Hariz?Macam hilang bini.Cuba duduk!"arah Tuan Ziyad apabila melihat susuk tubuh Hariz yang mundar mandir bersama iphonenya di tangan.Kejap kejap buat panggilan.
YOU ARE READING
MENDUA
Romance☆༻*ੈ✩Karya pertama‧₊˚。 ゚ ꒰ঌ ✦໒꒱ Mendua-Pabila dusta menjadi derita Kisah dua wanita kuat yang diduakan. DIANA INSYIRAH-Melayari bahtera perkahwinan selama empat belas tahun cukup untuk membuatkan dirinya menemui titik kebahagiaan meskipu...