Kita hanya untuk sementara,bukan selamanya.....
"Di pasti dengan keputusan yang Di buat ni?"soal Tuan Ziyad serius sambil memandang menantunya.
"Di yakin Papa."tekad Diana.Dia yakin dengan keputusan yang dibuat kali ini.Walaupun sukar,dia tak rela disakiti.
"Ermm lagi satu Papa,Di nak cakap pasal position Di dalam Ave's.Hari tu papa ada cakap nak nagi jawatan Ceo pada Di kan?"
"Iya.Lepas apa yang Adam buat tu,memang papa nak percepatkan proses pertukaran.Papa tak mahu reputasi syarikat terjejas."jelas Tuan Ziyad.Sebenarnya dari dulu lagi dia ingin menyerahkan jawatan Ketua Pengawai Esekutif itu pada Diana memandangkan menantunya itu juga sama sama menaikkan Ave's.Tak adil rasanya jika Adam sahaja yang mengisi jawatan itu.Diana hanya bersetuju,tapi dia meminta ruang dan masa hingga anak anaknya menginjak dewasa memandangkan kerja sebagai CEO bukanlah mudah.
"Di bukanlah nak mengada ngada.Tapi Di mohon papa beri Di sedikit ruang.Di nak pergi dari Ave's buat seketika.Sekarang ni Di rasa penat sangat sangat dan untuk teruskan,Di rasa Di tak mampu.Di harap papa faham."dengan teratur,Diana menyusun kata.Dia risau hati bapa mertuanya terguris kerana tindakan diri sendiri.
Riak wajah Tuan Ziyad sedikit berubah.Tidak sangka Diana mengambil keputusan yang begitu drastik.
Dimaniskan wajah kemudian bibir mengukir senyum pada menantu kesayangan,"Papa faham.Kalau papa ditempat kamu,belum tentu papa sekuat kamu untuk terima apa yang jadi.Papa minta maaf sebab Adam tak mampu jadi suami yang terbaik untuk Di.Papa malu sangat dengan Di,Di terlalu sempurna untuk anak papa yang banyak kurangnya."suara itu sedikit mengendur pada hujungnya.
Diana mula hiba.Dia datang mendekati Tuan Ziyad.Dia duduk di atas lantai marmar manakala Tuan Ziyad di atas sofa.Dipandang wajah yang seakan ingin menangis itu.
"Papa tak salah apa apa.Di sepatutnya minta maaf,Di tak dapat jadi menantu yang baik untuk papa.Dan Di patut berterima kasih dekat papa sebab papa sudi beri kasih sayang seorang ayah yang Di hilang selama berbelas tahun lamanya.Terima kasih pa.."tangan Tuan Ziyad dicapai lalu dikucup lembut.Sungguh dia sebak apabila mengenangkan setiap kebaikan yang Tuan Ziyad buat padanya.Tuan Ziyad melayannya dengan baik sepanjang 14 tahun perkahwinannya bersama Adam.
"Di bukan menantu papa,tapi Di adalah anak papa.Di anak perempuan papa."tutur Tuan Ziyad ikhlas.
"Papa ni,nak buat Di nangislah."terus Diana mengelap mutiara jernih yang mengalir di pipi.Sejak dua menjak ini,jiwa wanitanya mudah sungguh tersentuh.
Mungkin dia terlalu kerap terluka.
Diana kemudiannya bangun dan melabuhkan punggung di sebelah Tuan Ziyad.
"Papa rasa apa yang Di buat ni salah ke?Salah ke Di pentingkan diri sendiri buat kali ni?"Diana mula keliru.Kata kata dari orang sekeliling sangat mempengaruhinya.
"Di buat demi kebahagian Di.Apa salahnya?Memang Islam tak galakkan penceraian,tapi Di mampu ke hidup berpoligami?Di mampu ke tahan perasaan cemburu dengan Malia?"soalan Tuan Ziyad yang bertalu talu itu membuatkan Diana terkedu.
Dia sering memikirkan orang lain.Perasaan dia diabaikan demi menjaga hati orang lain.
"Ibu dengan ayah tentang habis habisan bila Di beritahu nak bercerai."ujar Diana senada.Bila memikirkan hal itu,hatinya jadi gusar.Dia tak mahu hubungan dia dan ibu ayahnya bertukar keruh kembali.
Tuan Ziyad mengeluh perlahan.Kemudian pandangannya jatuh pada anak menantunya itu.
Diana terlalu polos untuk ibu ayahnya.
YOU ARE READING
MENDUA
Romance☆༻*ੈ✩Karya pertama‧₊˚。 ゚ ꒰ঌ ✦໒꒱ Mendua-Pabila dusta menjadi derita Kisah dua wanita kuat yang diduakan. DIANA INSYIRAH-Melayari bahtera perkahwinan selama empat belas tahun cukup untuk membuatkan dirinya menemui titik kebahagiaan meskipu...