Hari ini hari terakhir Hariz dan Ija berada di Bali sebelum mereka berangkat pulang semula ke London esok pagi.
Dan kehidupan mereka berdua,Khadeeja akui sangat bahagia.Kalau boleh dia tak mahu meninggalkan Bali.Sayang rasanya dengan semua memori yang ada di sini.
"Ija,jom jalan jalan.Kita pergi shopping nak?"ajak Hariz.Dari tadi dia melihat isteri keduanya itu asyik termenung.
"JOM!Ija tak sabar nak habiskan duit Hariz.Muahahaha"Khadeeja ketawa riang meskipun badannya agak letih.Memandangkan semalam mereka dari pagi berjalan di sekitar Bali.Melihat tarian dan budaya orang di sini sudah mampu membuatkan Khadeeja tersenyum manis.
Tambah tambah Hariz memaut tangannya sentiasa.Terasa bahagia dan selamat.Alangkah indahnya,jika perasaan ini boleh dinikmati selamanya.Itu cuma angan angan Khadeeja.
Mereka ke sebuah tempat membeli belah yang biasanya menjadi tumpuan para pelancong.
"Tempat apa ni Ija?Penuh orang.Kita pergi tempat lain lah ya?"Hariz mula diserang panik melihat orang ramain yang mengerumuni deretan kedai itu.
"Alah dekat sinilah barang murah.Jomlah.Tengok tu kain songket cantiknya!"Khadeeja terus menarik tangan Hariz kearah kain songket yang tergantung itu.
"Aduh Ija sakit bahu Hariz kena rempuh!"Demi sang isteri,Hariz hanya merelakan bahunya dirempuh oleh orang berbangsa Afrika tadi.Badannya boleh tahan besar.Bagai nak patah bahunya dilanggar!
"Cantiknya!Ija nak yang ni boleh?"pinta Khadeeja lalu mengerlipkan mata beberapa kali.
"Ambilah Khadeeja.Asalkan Ija cepat habis membeli belah.Hariz dah tak tahan ni."Hariz mula rimas.Dia tidak suka situasi begini.Dia pantas menghulurkan kad kreditnya.
"Okey Ija pergi bayar dulu."kata Khadeeja riang.
3 jam kemudian..
Hariz bagaikan hendak tercirit duduk dalam kawasan orang ramai begitu.Dari kecil dia tak suka berada di tempat orang ramai.Sehinggalah dia bekerja.Pekerjaannya memaksa dia duduk di khalayak ramai.
"Hariz marah ya?Sorrylah Ija tak pernah datang sini.And ini pun kali terakhir.Lepasni tak merasa dah datang ke Indonesia.Huhu"Khadeeja mula mengatur ayat ayat power yang boleh meruntun jiwa Hariz.
"Tak marah pun.Ija beli lah apa Ija suka.Lagipun di London Ija jarang keluar kan?"kata Hariz tiada intonasi.
"Ija tak minat keluar sorang sorang.Biasanya Ija selalu ditemani.Kecuali kalau Ija nak sendirian.Itu lain ceritalah."cerita Khadeeja.Apabila terluang masa,mereka biasanya bercerita tentang diri mereka.Ibarat baru saling mengenali antara satu sama lain.
"Ija selalu keluar dengan siapa sebelum kahwin?"soal Hariz ingin tahu.
"Eskan."
"Hah?Lelaki?Biar betul Puan Khadeeja oii.?"Hariz seakan tak percaya.Rasanya Khadeeja jarang bergaul dengan mana mana lelaki.
"Eskandar tu Ija dah lama kenal lah.Since form 1.He my bestie tau."
"Hariz tak larang kalau Ija nak kawan dengan siapa siapa pun.Asalkan Ija tahu jaga batas Ija."ujar Hariz seraya memegang erat tangan Khadeeja.
"Terima kasih percayakan Ija."ujar Khadeeja.
"Kasihmu diterima sayangku."balas Hariz lalu mereka sama sama tertawa bahagia.
__________________
Pada malam ini,mereka sekali lagi menikmati paranorma indah pantai di Bali pada waktu malam.
Tetapi kali ini lebih berlainan dari malam pertama mereka di sini.Malam ini lebih indah meskipun langit gelap gelita.Hanya disinari lampu neon yang bergantungan di celah celah pokok.
YOU ARE READING
MENDUA
Romance☆༻*ੈ✩Karya pertama‧₊˚。 ゚ ꒰ঌ ✦໒꒱ Mendua-Pabila dusta menjadi derita Kisah dua wanita kuat yang diduakan. DIANA INSYIRAH-Melayari bahtera perkahwinan selama empat belas tahun cukup untuk membuatkan dirinya menemui titik kebahagiaan meskipu...