⋆˚⋆˚࿔ Bab 14𝜗𝜚˚⋆

794 27 2
                                    

Kaki kecil itu berlari lari anak di lobi apartment itu.Baju tebal yang dipakainya dibetulkan.

"Uh!Sejuknya!"bebel Elena sendiri sebelum memeluk tubuhnya sendiri.Dia hanya mengikuti langkah ayahnya.

"El penat ke?Nak ayah dukung?"soal Syairul yang sedang menarik bagasinya.Dipandang anak gadisnya yang dari tadi tak henti membebel.

"Tak apa ayah.Anak ayah kuat."laju Elena menolak.Nanti tak ada class lah main dukung dukung.Penat penat aje pakai kasut but tinggi 2 inci!

"Ya lah.Jangan kejap lagi mengeluh sakit kaki sudah."jawab Syairul kembali sebelum mereka melangkah masuk ke dalam lift.

"Elit juga ya apartment yang Ija duduk ni."sampuk Mimi pula.Dari tadi dia ternganga melihat sekuriti yang sangat ketat di sini.Nampaknya,suami adiknya bukan orang biasa biasa.

Hadi pula hanya diam.Menyandarkan badannya di dinding lift.Lift itu menuju ke tingkat 14.

Ting!

Sebaik sahaja pintu lift terbuka,Elena terlebih dahulu melangkah keluar.Laju sahaja kaki kecil itu melangkah.

"Sabar sweetie.Jatuh nanti."pesan Syairul.Risau dengan anaknya yang berlari tak ingat dunia.Tak sabar sangat nak jumpa maksu dia.

"Ini ke rumah maksu?"Elena berhenti di salah sebuah rumah yang tertera nombor A-1409.

"Betul la.Cuba El tekan loceng."

Kali ini tangan kecil Elena mencapai loceng dan ditekan berulang kali.Nasib loceng tak tinggi.

Ting tong!

Tak lama kemudian,pintu dibuka dari dalam.Muncul figura Khadeeja di muka pintu.

"Maksu!"jerit Elena lantas berlari mendapatkan Khadeeja yang berdiri di muka pintu.Rindu betul dengan maksu dia.

"Elena..besar dah dia.."sebak pula Khadeeja melihat anak saudaranya yang satu ini.Rambutnya dah panjang hingga ke pinggang.Wajah Elena semakin hari semakin iras dengan arwah kakaknya.Cantik.

"Jemput masuk."Khadeeja senyum tipis pada adik beradik angkatnya.Mereka semua melangkah masuk ke dalam apartment milik Khadeeja.

Mimi sebagai pereka hiasan dalaman itu sedikit ternganga melihat dekorasi apartment yang dihuni Khadeeja itu.Dekorasi berkonspekan kotemporari yang ringkas itu begitu menepati citarasanya.

"Duduklah dulu,suami Ija keluar.Beli barang kejap."pantas Khadeeja mendulang air coklat panas bersama crossoint yang baru dipanaskan dalam oven tadi.

"Ija sihat?"tanya Syairul terlebih dahulu.Dilihat dari fizikal,adik iparnya ini baik baik sahaja.Tetapi...dia nampak perubahan pada Khadeeja.Makin berisi.

"Alhamdulillah sihat."

"Dah berapa bulan?"tanya Mimi sedikit tegas.Dia tak buta lagi tengok perut Khadeeja yang membuncit itu.Sah terang lagi bersuluh,adiknya mengandung.

"Nak masuk 6 bulan."gugup Khadeeja nak menjawab.Dipandang Mimi,namun cepat cepat Mimi mengalihkan pandangan.

Mimi masih marah.Ketika dia memberi tahu yang dia telah pun berkahwin 4 bulan lepas,Mimi lah yang paling kecewa.Mungkin,dia yang paling rapat dengan Khadeeja selama ini,tup tup Khadeeja kahwin senyap senyap tanpa pengetahuan mereka,memang kecewa.

"Bella tak ikut ke?"kali ini giliran Khadeeja pula bertanya,memecah keheningan antara mereka.

"Tak.Bella kan baru je kerja di Singapura.Itu susah nak dapat cuti."jawab Syairul sebelum menyuap crossont ke dalam mulut Hannah Elena.

Hadi pula diam tak berkutik.Malas masuk campur.Dia rasa jauh hati betul dengan Khadeeja.Sanggup mengenepikan keluarga demi lelaki yang baru sahaja dikenali.

MENDUAWhere stories live. Discover now