Cinta...buat manusia jadi gila.
Ya.Amyra akui hal itu.Sebelum ini,dia selalu memperlekehkan ayat itu.Namun selepas dia merasainya sendiri,baru dia tahu.
Beberapa biji ubat itu ditelan.Kemudian botol airnya dicapai dan lantas meneguk air.
"Ish,pahit."komen Amyra sendirian.Dalam hatinya tertanya tanya,kenapalah farmasi mencipta ubat dengan rasa yang pahit.Bagilah rasa manis manis sedikit,barulah orang sakit bersemangat nak makan.Ini tidak,nak bagi orang termuntah bila makan!
Dahulu ketika di London,dia jarang makan ubat yang dibekalkan oleh hospital kepadanya.Bila keadaan mendesak,barulah dia makan.Namun sekarang,setiap hari dia perlu menelannya.Kalau tidak,mulalah fikirannya bercelaru dan dia akan bertindak yang bukan bukan.
2 tahun.2 tahun dia menderita dan cuba menanam kebencian terhadap suami yang jauh nun di barat sana.Namun ternyata gagal.Perasaan sayang dan cintanya kekal utuh berdiri bersama waktu yang terus berjalan.
Selesai mengemas dapur,Amyra bergerak ke ruang tamu.iPhone miliknya dicapai.Dia berkira kira sendiri sama ada mahu menelefon Hadi atau tidak.Tadi Hadi dah berjanji untuk memgambilnya dan membawa dia ke office.Amyra dah janji dengan Diana untuk lunch sama sama hari ini.
Pin..pin...
Bunyi hon diluar mengejutkan Amyra.Lantas dia mencapai beg tangan dan keluar.Siapa lagi yang berani buat bising di kawasan perumahan ini kalau bukan Hadi.
"Lambatnya.Jalan macam siput."komen Hadi sebaik sahaja Amyra masuk ke dalam kereta BMW milik peguam itu.
"Ish.You ni kan ada je.Tak nampak ke kasut I ni tinggi?"kasut setinggi 3 inci itu ditunjuk.Siap pakej berkilat kilat lagi.
"Siapa suruh kau gedik gedik pakai.Selalunya pakai sneakers je."selamba Hadi mengutuk depan depan.
Amyra mencebik bibir.Malas mahu melayan Encik peguam di sebelahnya ini.Cakap memang tak nak kalah!
Berhenti di lampu isyarat,Amyra memerhatikan manusia kacak maut di sebelahnya ini.Masih bersama blazer yang tersarung kemas di tubuh itu.
"You baru balik dari court ke Hadi?"soal Amyra teragak agak.
"Haah."jawab Hadi ringkas.
"Lepas ni you nak pergi mana pula?"
"Jumpa client."
"Dekat mana?"tanya Amyra lagi.
"Seremban."
Amyra mengerutkan dahi.Tiba tiba rasa bersalah.Dia mesti dah menyusahkan Hadi.Terpaksa ambil dan menghantar dia ke pejabat pula.Patutnya Hadi boleh pergi terus ke Seremban.
"I dah susahkan you ke?I minta maaf."laju Amyra menutur kata maaf.Selalunya kata maaf sangat sukar diungkapkan oleh seorang Amyra Sofea.Tapi kali ini berbeza.
"Tak susah Sofea.Aku hanya perlu ambil kau dan hantar kau ke pejabat.Bukan kena redah sungai pun."balas Hadi senada namun matanya tetap fokus kepada pemanduan.
"I dah banyak susahkan you.Lepas ni I rasa I nak beli kereta la.Senang sikit nak bergerak."kata kata itu sebenarnya lebih bertujuan ke arah memancing simpati Hadi.Dah setahun Hadi melarang keras dia memandu.Sampai di Jakarta pun Hadi sanggup upah driver.
Alasannya?Sebab Amyra bawa macam tengah drift.Katanya menempah ajal sendiri.
"Tak payah.Nak beli kereta boleh,tapi biar aku bawa.Kau kalau bawa kereta macam nak berlumba.Kalau dekat litar tak apa,ini jalan raya.Nasib tak jumpa abang JPJ je."Hadi memulakan mukadimahnya.Macam bapak bapak.
YOU ARE READING
MENDUA
Romance☆༻*ੈ✩Karya pertama‧₊˚。 ゚ ꒰ঌ ✦໒꒱ Mendua-Pabila dusta menjadi derita Kisah dua wanita kuat yang diduakan. DIANA INSYIRAH-Melayari bahtera perkahwinan selama empat belas tahun cukup untuk membuatkan dirinya menemui titik kebahagiaan meskipu...