⋆˚⋆˚࿔ Bab 25𝜗𝜚˚⋆

1.6K 100 9
                                    

"Di,saya bercakap dengan awak ni."nada suara Syairul mula bertukar tegas apabila Diana bertindak memulaukannya.

"Saya dengar."Diana terus mengacau minumannya.Mesin air ditekan dan dia hanya perlu air panas keluar dan penuh hingga suku cawan.

"Kenapa awak macam jauhkan diri dari saya seminggu dua ni?Dengan Elena pun sama.Kesian dia."Syairul masih lagi setia mengikut langkah Diana.Diana kekiri makan dia pun akan kekiri.

"Haah,saya memang jauhkan diri dari awak."balas Diana tenang sambil menghirup kopi panas.Dia menyandar di tabletop.

"Kenapa awak buat macam ni Di?Awak cuba nak siksa hati saya lagi?"

"Awak suami orang Syairul!Bukan orang bujang yang saya boleh rapat sesuka hati!We have boundaries."

Diana melepaskan keluhan berat.Wajah kacak Syairul dipandang.

"Saya ibu tunggal.Sekali saya rapat dengan suami orang,saya akan dilabel perempuan murahan.Saya masih ada maruah diri.Tolong jauhkan diri dari saya."ujar Diana serius.

"Awak cuba bagi saya harapan..Awak cuba untuk buat saya jatuh cinta lagi.Then what....you will leave me again?Awak akan kecewakan saya lagi?Macam tu?"persoalan demi persoalan keluar dari bibir itu.

"Ataupun awak cuma nak balas dendam pada saya."tambah Diana lagi.

"Diandra,saya tak ada niat macam tu pun.Saya rapat dengan awak bukan untuk balas dendam,tapi saya nakkan awak."jelas Syairul.Mahu sahaja dirangkul tubuh Diana dalam pelukan,namun dia masih tahu batasnya.

Diana tersenyum sinis.Dia berpaling memandang Syairul.

"Nakkan saya?Habis isteri awak tu nak campak mana?Saya pernah berada di posisi isteri awak.Sakit sangat bila suami yang kita sayang sanggup mencintai orang lain dalam diam.Saya pernah rasa dan saya tak nak orang lain rasa disebabkan saya."tutur Diana tegas.Dia pernah berada di situasi itu dan takkan membiarkan orang lain merasai perkara yang sama.

"Kan saya dah cakap isteri saya jauh.Awak ada nampak dia kat sini?"soal Syairul bodoh.Atau lebih tepat pura pura bodoh.

"Saya pelik macam mana awak boleh jadi peguam kalau pemikiran macam ni.Isteri jauh tu boleh dijadikan alasan untuk curang ke?"ujar Diana geram.Ringan saja tangannya nak menampar pipi Syairul.Bercakap tak pakai otak langsung!

"Di,saya serius."

"Awak ada nampak muka saya main main ke?Saya taknak dekat awak.Faham?"mata bundarnya dijengilkan.Geram.

"Tapi saya nak awak.Faham?"

"Saya tak nak.T.A.K N.A.K."perkataan tak nak itu ditekan dan kemudian Diana terus melangkah pergi.Tak kuasa nak melayan perangai gatal miang Syairul.

Syairul mengeluh perlahan.Salahnya juga tak berterus terang.Sekarang dah tak tahu nak cakap macam mana.

"Kena reject ke bang?"tegur Hadi sambil menahan tawa.

"Nak kenakan aku lah tu."

"Kau tak rasa ke kau gelojoh Syai?Pastu kau pergi rahsiakan pasal arwah Lai.Kau tak rasa bodoh ke semua benda tu.Kau akan lukakan dia lagi."ujar Hadi sebelum mencapai mug.

"Aku ni dah cukup perlahan Hadi.Aku taknak pressure dia.Tapi kalau aku tak buat macam tu,aku takut aku hilang dia lagi."luah Syairul pula.Cukup sekali dia kehilangan Diana dahulu,cukup perit untuk dia lalui sekali lagi.

"Entahlah.Aku ni tak ada pengalaman bab bab cinta ni."

"Oh,habistu Sofea tu apa?"

"Sofea lah.Crush aku."kata Hadi selamba.Ah dia peduli apa,crush je pun.Bukan girlfriend pun.Dia masih tahu batas.

MENDUAWhere stories live. Discover now