Perjalanan yang begitu lama itu akhirnya membawa mereka ke Malaysia.Rata rata dari mereka sendiri dah lama tak pulang ke tanah air sendiri.
Diana memerhatikan bandaraya Kuala Lumpur yang membangun dengan pesat.Sepanjang 17 tahun dia membesar di Malaysia,tak pernah sekali pun dia menjejakkan kaki di Kuala Lumpur.
Ibu dan ayahnya orang susah.Keinginan Diana selalu terbatas dengan kesusahan orang tua sendiri.Bila dia nak pergi rombongan,ibunya selalu kata yang bila dia dewasa nanti,dia boleh pergi sendiri.Tapi lain pula bila adik atau abangnya yang minta,mesti ayah akan usahakan sungguh sungguh.
Memang itu nasib anak kedua ya?Selalu dipinggirkan dan diabaikan perasaannya.Tapi itu dulu.Sekarang Diana sangat sangat bersyukur dengan apa yang dia ada.Suami yang penyayang dan keluarga yang penuh dengan kasih sayang.
Itu semua sudah cukup sempurna untuk rawat masa kanak kanaknya yang begitu indah.
"Ibu,ini ke tempat ibu membesar dulu?"soal Aryanna sambil matanya liar memerhatikan pemandangan di luarnya.
"Tak lah.Ibu duduk kampung je dulu.KL ni pun ibu tak pernah jejak."
"Babah?Babah pernah datang KL sebelum ni?"perhatiannya dialihkan pada Adam yang leka melihat ipad.
"Ada lah beberapa kali,itu pun teman atuk you tu.Tapi tak jalan jalan pun,sekadar pergi office je."cerita Adam pada Aryanna.
Perjalanan selama hampir sejam dari Sepang itu membawa mereka ke sebuah villa.Kata Tuan Ziyad,villa ini milik Ave's sepenuhnya setelah dia membeli dengan seorang Tan Sri pada tahun lepas.
"Uh!So hot!"belum apa apa lagi Aryanna terlebih dahulu mengeluarkan kaca mata hitamnya.Tak lupa juga sunscreen mahalnya.Habis disapu pada wajah yang putih melepak.
"Panasnya."kali ini giliran Aryan pula merungut.Dikibas kibas wajah putih yang mula bertukar kemerah merahan apabila disinari mentari.Itu lah padahnya lama sangat duduk di negara orang,bila balik negara sendiri mula merungut tak tentu pasal.
"Eh korang ni tahu merungut je kan?Tarik beg ni cepat,kalau tak aku kurung kau orang dekat luar!"bebel Luqman sebelum mencampak bagasi Aryanna dan Aryan.Ikut suka hati dia je!
"Ish Uncle Luluq ni,habis lah barang orang!Dia campak campak je!"dengan rungutan,Aryanna tetap menarik bagasi yang dicampak Luqman tadi.
Mereka semua melangkah masuk ke dalam villa tadi.Villa yang berkonsepkan tradisional Melayu ini mempunyai tarikan tersendiri walaupun dindingnya diperbuat daripada kayu.Dikeliling villa pula terdapat tumbuh tumbuhan herba.Susasana villa ini sangat redup dan menenangkan.
"Sekarang kamu semua boleh la rehat rehat,ataupun nak keluar ke jalan jalan.Esok baru kita mula meeting dengan pihak Foodie Catering tu."kata Tuan Ziyad sebelum berlalu ke bilik tidurnya.Dia perlukan urutan dari kerusi urut Gintell kesayangannya.
"Jom sayang,kita jalan jalan.Luqman,tolong bawa bagasi aku dengan bini aku ni dalam bilik kitaorang."Fariz terus menarik tangan Arsya dan meninggalkan Luqman yang terpinga pinga di ruang tamu.
"Eh asal aku pula!Melampau mamat ni!"rungut Luqman.Alih alih dia menarik sahaja 3 bagasi dan menuju ke lift.Senang,tak payah susah susah turun naik tangga.
_________________
Ralit Diana memerhatikan anaknya yang bermain badminton di laman villa.2 lawan 1,mana nak menangnya si Aryan kalau lawan Aryanna dan Ariq sekali gus.
Gelak tawa Aryanna yang mengekek itu bagaikan alunan irama indah di telinga Diana.Suara anak perempuannya itu sungguh merdu,bila bercakap pun memang sedap.Mungkin mewarisi suara dia kut?
YOU ARE READING
MENDUA
Romance☆༻*ੈ✩Karya pertama‧₊˚。 ゚ ꒰ঌ ✦໒꒱ Mendua-Pabila dusta menjadi derita Kisah dua wanita kuat yang diduakan. DIANA INSYIRAH-Melayari bahtera perkahwinan selama empat belas tahun cukup untuk membuatkan dirinya menemui titik kebahagiaan meskipu...