⋆˚⋆˚࿔ Bab 8𝜗𝜚˚⋆

731 31 3
                                    

"You nak pergi mana?Dah petang ni."soal Amyra apabila memandang si suami yang sedang bersiap siap.

"I nak keluar kejap.Ada hal."balas Hariz sebelum menyikat rapi rambut coklatnya.

Baru je Khadeeja hantar mesej,katanya nak makan durian.Puas dia fikir,mana nak cari durian di Kota London ini.Tapi rasanya ada je di pasar raya.Sesetengah pasar raya ada juak durian yang diimport dari negara negara Asia.Tak sampai hati nak tolak permintaan Khadeeja.

"Hal apa yang lagi penting daripada I?"soalan itu berbaur sinis.Amyra mengalihkan pandangannya ke arah lain.Hatinya terluka lagi.

Mesti Hariz nak jumpa isteri kedua dia.Langsung tak fikir dirinya yang kurang sihat ni.

"Honey,I pergi kejap je.Kejap je.Im promise before maghrib I will come back to you.Okey honey."pujuk Hariz lembut.Dihadiahkan kucupan di pipi isterinya.

"Janji eh,balik awal!Dah la tak ada orang ni."

"Ya honey.Im promise.Now,you must rest.I love you.I love baby too."Hariz berlalu pergi dan meninggalkan Amyra seorang.Seorang diri.

Dalam rumah agam itu,hanya dia seorang yang ada.Diana sekeluarga memang tak ada.Arsya dan Fariz mengikuti Tuan Ziyad ke Jordan.Amir dan Luqman keluar.Pembantu rumah pula kalau hari Sabtu,memang diberi pelepasan keluar berpeleseran.Yang ada cuma pengawal di pintu pagar.

Amyra melelapkan mata.Memandangkan bila dia mengandung,dia mudah penat.Jadi senang nak tidur.Dia tak sabar nak jumpa Aryan yang akan balik esok.Tak sabar nak peluk cium anak sulungnya itu.

_________________

"Abang nak tidur sini ke?"tanya Khadeeja apabia Hariz sama sama baring di sebelahnya.

"Tak lah.Saja nak teman Ija tidur.Nanti abang balik.Kak Myra sorang dekat rumah tu."ditarik gebar menutupi isterinya.Lampu tidur dimatikan.

"Awalnya tidur."

"Ija kena tidur awal.Esok nak kerjakan?Tak boleh penat penat."dibawa Khadeeja dalam pelukannya.Erat.

"Tak boleh ke abang tidur sini.Malam ni je."rayu Khadeeja.Rasa nak berkepit je sekarang ni.

"Tak boleh la sayang.Abang dah janji dengan Kak Myra.Lagipun dia tak sihat mana tu."Hariz cuba berlembut.

"Alaa bolehla.Sekejap je.Subuh esok abang balik okey."pujuk Khadeeja lagi.Dia mencebik bibir.

"Bolehla abang."

"Bolehla."digoncang goncang tangan Hariz.Hariz mengeluh.Susahnya.

Tapi bila difikirkan balik,Amyra boleh melakukan semuanya sendirian.Dia wanita hebat.Tapi Khadeeja,masih baru,semua benda perlukan pertolongannya.

"Okeylah.Tapi abang kena call Kak Myra dulu.Phone abang dalam kereta.Abang pergi ambil kejap."baru dia nak bangun,Khadeeja menahannya.

"Ala tak payah la.Esok esok abang balik juga.Teman la Ija tidur.Ija ngantuk ni."Khadeeja menarik kembali tangan Hariz.

"Ya lah."pasrah Hariz.Dia harap Amyra baik baik sahaja di rumah.

"Cepat dodoikan Ija.Ija nak dengar suara abang."pinta Khadeeja manja.

Hariz hanya menurut.Dipeluk tubuh Khadeeja lalu didodoikan isterinya itu.Sehingga mereka sama sama terlelap.

MENDUAWhere stories live. Discover now