-Impian ingin menua bersama,namun takdir kita hanya terhenti di sini-
Bam!
Pintu biliknya dihempas kuat.Terhinggut hinggut Diana menangis hingga akhirnya dia jatuh di hadapan pintu.
Dia ikhlas cintakan Adam.Cintanya buat lelaki itu terlalu dalam namun dikhinati.
"Sakitnya hiks....isk."kesepian malam menambah kesayuan apabila esakan Diana bergema sayu.
Luka kehilangan anak beberapa bulan lepas belum sembuh,ditambah pula dengan luka yang satu ini,dia tak cukup kuat untuk semua ini.
Inikah balasan pengorbanannya selama ini?Inikah balasan dia menepikan ibu bapanya semasa berkahwin dulu?
Pintu yang dikuak dari luar membuatkan Diana pantas berpaling.Susuk tubuh Adam yang berkemeja putih dan agak serabai itu menghiasi pandangannya.
"Sayang..."hampir sahaja Adam menangis melihat keadaan isterinya yang terduduk di hadapan pintu itu.Wajah ayu itu jelas terpampang kesedihannya,mata yang selalu terpancar sinar bahagia itu pula terlihat kedukaannya.
"Kenapa you buat I macam ni?Apa salah I?"sayu suara Diana kedengaran.
"I tak cukup hebat ke sebagai isteri you?"
"I tak cukup cantik ke?"
Bertalu talu soalan itu terbit dari bibir Diana.Dia buntu.Diana buntu cari di mana kurang dirinya,dan di mana lebihnya Malia.
"No darling.You dah cukup hebat di mata I.You dah cukup cantik.I minta maaf.I minta maaf."tangan Diana cuba digapai,namun pantas wanita itu mengelak.Diana terus bangun dan menuju ke arah balkoni.
"Apa salah I?I tanya you Adam,apa salah I sampai you sanggup lukakan hati I?Apa salah I?"Diana masih rendahkan egonya.Bertanya apa kurang dirinya berbanding menyalahkan Adam.
Mana dapat dicari isteri sesempurna ini?
Diana memejam matanya erat.Cuba untuk menenangkan hatinya yang gundah,tapi gagal.Bayangan Adam dan Malia sentiasa menerpa
"Atau sebab I tak mampu layan nafsu you?"
"No!Semua ini bukan macam apa yang you fikirkan Di."cantas Adam laju.Dia menguak rambutnya yang sedikit terjuntai itu dengan kasar.Dia serabut.
"I tak minta apa apa Adam.I cuma minta ruang untuk rawat hati I yang masih terluka.I cuma nak cari diri I yang hilang."lirih Diana.Dia cuba untuk tidak menangis.Namun sukar.Sangat sukar.
"I perlukan you Adam.I perlukan you untuk lalui fasa kehilangan ni.Tapi I faham,you kerja.I boleh mengalah.Tapi ini balasan you untuk I?"selangkah kaki Diana melangkah ke balkoni.Angin malam yang menyapa lembut pipinya tidak sedikitpun mampu merawat hatinya yang kian parah.
"You tak salah.You tak salah apa pun Di...I yang salah...I'm sorry....I'm sorry."tangan Diana digapai lagi.Tersengguk sengguk Adam menangis di hadapan Diana apabila mengenangkan khilafnya.
"Let me go.Kita bercerai."bibir mungil itu bergetar hebat saat mengungkapkan kata kata itu.Ini bukan sesuatu yang diimpikan di dalam sebuah perkahwinan.
YOU ARE READING
MENDUA
Romance☆༻*ੈ✩Karya pertama‧₊˚。 ゚ ꒰ঌ ✦໒꒱ Mendua-Pabila dusta menjadi derita Kisah dua wanita kuat yang diduakan. DIANA INSYIRAH-Melayari bahtera perkahwinan selama empat belas tahun cukup untuk membuatkan dirinya menemui titik kebahagiaan meskipu...