⋆˚࿔ Bab 23 𝜗𝜚˚⋆

1.4K 56 2
                                    

2 tahun kemudian....

Orang kata,luka yang parah pasti akan sembuh juga lama lama.Namun tidak bagi Diana.Rasa sakit itu tetap ada walaupun dua tahun peristiwa itu telah berlalu.

Dia trauma.

Tapi pada masa yang sama,dia sunyi.Diusia sebegini,dia perlukan teman.Teman untuk bercerita,teman untuk berkongsi segala masalah yang dihadapi.Atau lebih tepat,dia perlukan seorang suami.

Bukan tak ada yang mendekati,namun dia yang memilih untuk menjauh.Dia perlukan seseorang,tetapi dia takut untuk jatuh cinta lagi.

Itu yang Diana rasa.Jadi bagi mengurangkan rasa sunyi,dia memilih untuk berjalan jalan di kompleks membeli belah.

Membeli belah menjadi terapi buatnya sejak kebelakangan ini.Walaupun duit terbang,tapi tak apalah,janji dia gembira.

Cukup untuk dia rasa gembira walaupun hanya untuk sementara.

Seketika,Diana leka memilih baju kurung yang dijual di butik Woure's.Semuanya cantik cantik belaka.Kejap kejap dia berpusing melihat cermin yang berada di belakang sambil mengacukan beberapa pasang baju pada tubuhnya.

Dia bukannya apa,hanya mahu mencari sepasang baju kurung untuk menghadiri majlis pertunangan salah seorang dari bekas rakan pejabatnya.Tapi bila dah nampak semunya cantik,dia mula buntu.Sudahlah seorang diri.

Tipikal perempuan,memang susah nak buat keputusan untuk pilih yang mana.

Kemudian,mata bundar Diana tertarik pula pada baju kebaya yang berkain pario.Baju kebaya itu turut dihiasi lace pada hujung lengannya.Dia pantas mencapai dan mengacukan pada tubuhnya.

"Hmm...lawa."desis hatinya sendiri.

"Cantiknya aunty!"suara becok yang kedengaran hampir dengannya membuatkan Diana berpaling.Matanya terus menangkap susuk tubuh seorang kanak kanak yang berada di belakangnya.

"Cantik.."itu adalah first impression Diana terhadap kanak kanak itu.Muka putih persis anak cina itu benar benar menarik perhatiannya.

Anak cina ke budak di hadapannya ini?Tapi kedengaran bahasa Melayunya begitu fasih dan paling penting,matanya bundar dan bewarna hazel.Mengingatkan Diana pada seseorang.

"Ya Aunty,saya tahu saya cantik,tapi jangan tengok saya atas bawah macam tu."tegur Elena selamba sebelum mendekati Diana.

"Aunty ni bukan ke aunty yang saya terlanggar kat Mekkah 3 bulan yang lepas?Saya kenal mata aunty!"becok mulut Elena berkata kata sambil bercekak pinggang memandang Elena.Beg tangan turut tidak dilupakan.

"Awak budak yang langgar saya waktu ambil air zam zam itu ya?"soal Diana kembali.Dia kurang ingat wajah kanak kanak itu dek terlalu ramai orang waktu itu.

"Betul la tu.Orang Arab tu tolak saya.Dah la besar!Kesian saya yang kecik ni."terus memuncung mulutnya sambil mengomel.

Diana ketawa kecil.Anak siapalah yang berada di hadapannya ini,sudahlah cantik,lawak pula tu.

"Apa nama aunty?"soal Elena dan dia terus mengekori Diana mengelilingi display rack itu.

"Diana Insyirah.You can call me Aunty Di."

"Nama awak pula apa?"soal Diana pada Elena yang berada di sisinya.Sesekali matanya melilau pandang sekeliling kedai.Tak ada siapa siapa melainkan dia dan Elena.Jadi ke mana perginya ibu bapa kanak kanak di hadapannya ini?

"Nama saya Hannah Elena.Elena bukan Helena!"nada suara itu berbunyi tegas.Elena pantas mengukir senyuman dan menghulurkan tangan.

Diana tergamam apabila melihat sepasang lesung pipit yang terukir cantik apabila ulas bibir itu melorek senyum.

MENDUAWhere stories live. Discover now