⋆˚⋆˚࿔ Bab 9𝜗𝜚˚⋆

797 38 2
                                    

"Sebenarnya,saya sendiri ada pasang mikrocip pada telefon perempuan tu.Bagaimana?Saya rasa madam tak perlu tahu..Tapi saya dah ambil balik,saya dengar semuanya."penuh teratur Stephen menyusun kata.Dia sendiri bersedih dengan keadaan bosnya.

"Apa yang awak tahu?"soal Amyra tidak beriak.Dia dah penat dan bosan.Dia nak mengakhiri semuanya.

"Dia mengandung juga Madam.."

"Mengandung?"Amyra sedikit ternganga.Dia tak sangka hal ini.

"Menurut laporan kesihatan yang saya ambil dari klinik yang perempuan tu pergi,kandungan dia dah masuk 5 bulan Madam."terang Stephen lagi.

Amyra mengetap bibir.Dia tak mahu menangis lagi.Dia penat.Yang dia rasa sekarang sakit.Sakit sangat.

Dipegang dadanya.Cuba menahan rasa.Bibirnya pantas mengucap kalimah Allah.Dia yakin,dia cuma ada Allah saat ini.Allah takkan meninggalkan dia.

"Dan pasal malam tu....Saya dah rakam audionya dan hantar pada Madam.Saya tak nak cakap.Saya nak Madam dengar sendiri."

"I pay you Stephen.Explain."gertak Amyra.

Stephen hanya menggeleng.Dia tak mampu.Dia yang tidak berada di situasi Amyra pun terluka mendengar audio itu.Dia tak sanggup untuk cerita.

"Saya betul betul tak boleh.Madam perlu dengar sendiri.Saya minta maaf."

Sebulan berlalu,hatinya kian terluka.Entah mana silapnya,perkahwinan yang dibina hampir 15 tahun kian goyah.

Terketar ketar bibir Amyra menahan tangis.Dia dengar dengan jelas segala butir bicara Hariz dan Khadeeja pada malam dia keguguran.

Esakannya kian bergema kuat.Ditarik lutut merapatinya.Tersedu sedan dia sendirian di bilik ini.

"It hurts...sakit."dicengkam dadanya berulang kali.Dia menangis semahu mahunya.

Dia pilih perempuan itu berbanding dirinya.

Kalau Hariz pulang lebih awal,pasti dia akan dibawa ke hospital lebih awal.Dan anak mereka boleh diselamatkan.

Segala galanya dah terlewat.

Bukan Hariz tak pujuk dia dalam masa sebulan ini,namun pada akhirnya,hanya cacian dan makian yang Hariz terima.Paling teruk,setiap kali Hariz masuk bilik,ada benda yang pecah.Minyak wangi ribu riban pun Amyra pakai baling aje.

Entah berapa bakul dosa dia pada Hariz,dia tak tahu.

Amyra bersandar pada dinding.Cuba mencari kekuatan dalam diri dia.Teringat akan arwah abinya,membuatkan dia terus menangis.

"Anak abi kuat.Pia anak perempuan abi yang kuat.Kalau ada yang sakiti Pia,tinggalkan.Tinggalkan segala yang menyakitimu nak."

"Pia sayang nak tinggalkan abi.Tolong Pia abi..."

Abi yang aturkan semuanya.Perkahwinan Hariz dan Amyra.Mereka saling berkenalan dari usia 15 tahun lagi.Menginjak usia 18 tahun,abi nekad untuk satukan Hariz dan Amyra.Abi tahu anak perempuannya suka dengan Hariz.Suka sama suka.

Abi perlukan seseorang untuk jagakan Amyra.Dua abang Amyra pula meringkup dalam penjara gara gara kes dadah.Hanya Hariz sahaja harapan mereka untuk jagakan Amyra.

Mereka bahagia.Amyra sangat bahagia walapun kahwin pada usia yang sangat muda bukan impiannya.

"Jagakan anak abi.Dia satu satunya bunga di taman kami.Kalau kamu dah tak mahu pada dia,jangan sakiti dia,pulangkan dia pada kami dengan cara yang baik."

Terngiang ngiang pesanan abi pada Hariz.Hariz memungkiri janjinya pada abi.

Dia sendiri tak pasti mana silapnya,sewaktu membuat keputusan untuk berkahwin dahulu,7 kali Amyra bersujud sepertiga malam,memohon petunjuk.Dia yakin Hariz adalah jodoh buatnya.Namun dia sebenarnya tak ikhlas dalam memohon doa.Doanya terpesong jauh.

MENDUAWhere stories live. Discover now