⋆˚࿔ Bab 17 𝜗𝜚˚⋆

794 25 2
                                    

                  Mata bundar itu ralit memerhatikan banglo 2 tingkat yang berada di hadapannya ini.Macam tak percaya,ayahnya  mampu membeli rumah sebesar ini.

Dah kalau namanya rezeki memang tak akan ke mana.

"Jom masuk,mesti ibu terkejut."Tuan Badrul mengajak anak perempuannya masuk.Diana hanya menurut.Dia datang tadi pun dengan ayahnya.

Adam pula balik ke rumah sekejap untuk ambil anak anak mereka sebelum dibawa berjumpa ibu dah ayahnya.

"Rissa ooo Rissa,abang dah balik ni!."jerit Tuan Badrul,mencari gerangan si isteri yang tiada di ruang tamu.

Diana hanya memerhatikan gambar yang terdapat di ruang tamu.Satu satu bingkai gambar diambil.Cuma ada satu gambar dia bersama rakan rakan sekolah yang lain.

Diana mencapai bingkai gambar tadi,diperhatikan dengan jelas setiap figura yang ada dalam gambar itu.

Diana,Syairul,Bella,Luqman,Mimi dan Amir.

Syairul.

Pertemuan di London baru baru ini memagut resah dalam hati Diana.Entah kenapa,perasaannya seakan kembali hidup pada lelaki itu.Seringkali dia teringat kata kata Syairul padanya dan dia akan terbuai.Puas diingatkan dia telah mendapat seseorang yang jauh lebih baik dan sempurna.

Cinta pertama tak seharusnya dimiliki.

"Saya dekat dapur ni bang!Ada apa jerit jerit ni?"suara Puan Marissa bergema dari arah dapur.

"Sini lah,ada tetamu ni!"laung Tuan Badrul kembali.Briefcasenya diletakkan di atas sofa.Diana pula hanya berdiri memerhatikan gambar gambar yang tergantung.

"Siapa bang?"soal Puan Marissa yang baru datang ke ruang tamu.Apabila dengar suara yang sudah lama tidak didengari bergema di corong telinga,Diana berpaling.

"Syirah?"terketar ketar bibir Puan Marissa menyebut nama anak yang lama menghilang.

Diana hilang kata kata apabila melihat wajah Puan Marissa.Dulu kalau dia rindu dengan ibunya,mesti dia akan pandang cermin.

Kata orang,wajah persis Arabnya itu diwarisi dari Puan Marissa.Kalau dilihat sekarang pun,wajah ibunya masih kelihatan muda dan masih cantik.Sama macam dirinya.

"Ibu..."Diana terus memeluk erat tubuh Puan Marissa.Sungguh tak terkata rindu nya dia pada ibunya.

"Anak kita abang....anak kita dah balik.Syirah dah balik."tubir mata Puan Marissa penuh dengan air mata kegembiraan.Dipandang Diana dari bawah ke atas.

Cantik.

Anak perempuannya dah membesar menjadi wanita yang cantik.

"Jom kita makan sama sama.Ibu ada masak banyak lauk hari ni.Tak sangka ada orang nak balik rupanya."tangan anaknya ditarik ke ruang makan.

Diana mengambil tempat di hadapan Puan Marissa.Dicedok nasi ke dalam pinggan ibu dan ayahnya bagi menghilangkan rasa asing.

"Abang dengan adik tak balik sini ke?"soal Diana memecah keheningan.

"Adik ikut suami dia duduk di Ipoh,abang pula di Pekan."

Diana hanya mengouhkan sahaja.Bunyi keriuhan dari luar membuatkan dia mengintai melalui celah tingkap.

"Syirah ada ajak sesiapa ke datang sini?"

"Ada,anak anak Syirah dengan suami Syirah.Tadi Adam balik ambil budak budak ni dekat rumah."

"Assalamualaikum."serentak 3 orang itu memberi salam.

"Waalaikumussalam!"

"Ini anak anak kamu ke Syirah?"tanya Tuan Badrul apabila melihat kelibat Ariq dan Aryanna yang manis tersenyum ke arahnya.

MENDUAWhere stories live. Discover now