⋆˚⋆˚࿔ Bab 13𝜗𝜚˚⋆

841 27 2
                                    

Tangan Diana ligat membetulkan tali leher milik Adam.Nasib tingginya tak begitu jauh beza dengan Adam,jadi tak perlu dongak dongak.

Ini semua Adam punya pasal,malam malam ajak tengok movie,lepastu dua dua terbabas.Sudahlah ada mesyuarat pagi ini.

"Dah siap!"Diana menepuk nepuk dada bidang suaminya sambil tersengih.

"Dah siap?"Adam berbisik perlahan sebelum menarik pinggang isterinya.Membuatkan kedudukan mereka semakin rapat.

"Dekat office la darl."Diana merengek meminta dilepaskan.Mampus kalau ada orang masuk dalam keadaan mereka begini.Tambah tambah Luqman yang kalau masuk bilik orang tak reti ketuk.

"Tak ada orang."ujar Adam sambil tersenyum senget sebelum merebahkan diri diatas sofa.Diana yang berada dalam dakapannya turut rebah dan kini berada di atasnya.

"Habis tudung I nanti darl..."rungut Diana lagi.Suaminya ini nak menggatal tak kena tempat!

"I love to see this magnificient eyes."dagu Diana diangkat.Bebola mata Adam tak berhenti bergerak menatap sepasang mata hazel itu.

Mata yang menggambarkan perasaan cinta Diana buatnya.Mata itu tak pernah menipu.

"Kita dah lambat darling.Lets go."ujar Diana sebelum mengucup sekilas pipi suaminya dan bangun berdiri.Dia membetulkan tudung bawalnya yang mula kerepot.

"Jom."tangan Diana ditarik dan digenggam kemas menuju ke bilik mesyuarat yang berada pada aras yang sama.

Apabila pintu ditolak dari luar,terpampang muka muka yang selalu dijumpai di rumah.

"Kalau boleh lambat lagi,biar lama lagi kami menunggu."sindir Luqman selamba.Ingat dia tak tahu ke dua makhluk ni berdrama.

"Bising la,kau tak berbini mana tahu."balas Adam sebelum mengambil tempat di sisi Tuan Ziyad.

"Dah dah,sekarang dah boleh mula."sampuk Tuan Ziyad sebelum dia membuka fail dihadapannya.

"Kamu boleh buka fail yang ada di depan kamu.Dalam tu ada semua detail tentang projek terbaru kita di Malaysia."

Diana memberi tumpuan sepenuhnya pada fail projek di hadapannya.

Ave's Hotel X Foodie Catering

"Foodie Catering adalah sebuah syarikat yang sedang meningkat naik di sana.Jadi untuk kembangkan potensi hotel kita juga,papa rasa kolaborasi kita dan Foodie Catering akan beri keuntungan berlipat ganda."terang Tuan Ziyad memandangkan dia sendiri yang memilih rakan kolaborasi kali ini.

"Papa pilih Di sebagai ketua projek kali ni."

Diana yang ralit membaca fail projek itu sedikit terkejut apabila namanya diseru.Dia mendongak lalu mengukir senyum.

"Baik Papa.Di cuba buat sehabis baik."

"Bagus,itu yang kita nak dengar.Bulan depan kita akan balik ke sana dan akan berbincang dengan pihak Foodie Catering untuk projek itu.Kita juga akan rasa sendiri masakan masakan pihak Foodie Catering."terang Tuan Ziyad panjang lebar membuatkan yang lain mengangguk faham.

"Amir,siapkan segala dokumen perjanjian hitam putih dengan Foodie Catering."arahan diberikan pada Amir yang merupakan satu satunya peguam di syarikat Ave's.

"Agaknya berapa lama kita di sana Papa?"tanya Fariz yang mahukan kepastian.

"Dalam 3 bulan.Bulan depan kan dah masuk musim sejuk.Jadi baik kita berpanas di Malaysia."selamba Tuan Ziyad.Dia paling tak suka musim sejuk.Kalau keluar kena pakai berlapis lapis dan kakinya akan mudah kekejangan.

MENDUAWhere stories live. Discover now