⋆˚⋆˚࿔ Bab 12𝜗𝜚˚⋆

804 28 1
                                    

"Masuklah."Diana menayang riak wajah kosong sebaik sahaja membuka pintu.Buka buka pintu ada Hariz dan Khadeeja tercacak bersama bagasi besarnya.

Khadeeja dapat mengagak.Kehadirannya di rumah agam ini pasti tidak disukai.Puas ditolak namun Hariz tetap memaksanya.Katanya rumah agam ini terlalu banyak bilik dan peratus untuk terserempak itu kurang.Jadi dia tak perlu risau.

Aryan yang baru datang dari dapur bersama segelas chocolate frappe yang dibuat Kak Tya,pembantu rumah yang menjaga bahagian dapur tercengang.Perlahan lahan otaknya memproses apa yang terjadi.

Di sebelah papa adalah ibu tirinya.

"Aryan,come here."panggil Hariz.Aryan perlahan lahan melangkah.Bebola matanya menangkap wajah manis si ibu tiri.Muda.

"What?"soal Aryan.Berlagak tenang.

"Salam."sepatah kata Hariz sebelum mengerling ke arah Khadeeja.Khadeeja pantas menghulur tangan.

Aryan mengeluh perlahan.Dia tak mahu nampak kurang ajar.Mama dah cukup baik mendidik dia.Dia tak mahu orang kata mama tak ajar pula.

Dicium juga tangan mulus Khadeeja itu walaupun terpaksa.

"You must call her..."Hariz menjeling Khadeeja di sebelah.Keningnya diangkat.

Laju Khadeeja menangkap."Panggil umi."

"Aunty."balas Aryan kembali dengan penuh sarkastik sebelum dia berlalu bersama chocolate frappe.Huh?Umi?Jangan harap!Dia hanya ada dua orang sahaja mak di muka bumi ini.Satu Amyra Sofea,satu lagi Diana Insyirah.

Eh salah,Diana Insyirah itu bakal mak mertua kan sebenarnya hehe..

Kakinya dibawa ke studio di tingkat 3.Tempat kesukaan Aryanna.Tanpa diketuk dahulu,pintu itu terus dikuak.Dia menayang riak wajah tidak puas hati.

"Eh Ryan,what's wrong with you?Kenapa masam je?"soal Aryanna lembut.Baru sahaja dia menekan nekan piano,kemunculan Aryan membuatkan perbuatannya tadi terbantut.

"For you."dalam muncung muncung,chocolate frappe tadi tetap dihulur pada Aryanna.

Aryanna sengih.Menampakkan kedua dua belah lesung pipitnya yang dalam.Cukup jelita.

"Thankyou Yan!"terus disedut minuman yang dibawa Aryan tadi.Sedap betul.

"Now tell me,what happens actually?Papa marah you ke?"soal Aryanna begitu lembut.

Aryan mengeluh perlahan.Dia memeluk tubuh dan memandang Aryanna.

"He come back home with his new wife.I dont like her."jujur Aryan tanpa berselindung.

Dia tak suka Khadeeja.Dia tak suka apa pun berkait dengan wanita itu.Dan sudah pasti dia tak suka anak yang dikandung Khadeeja yang merangkap adiknya.

"At least if you dont like her,please respect her okey.You lupa ke mama ajar kita pasal respect.Jadi you sebagai anak mama,kena jaga imej mama.Jangan biar mak tiri you nampak mama tak reti didik anak,padahal mama dah ajar yang terbaik."nasihat Aryanna lembut.Aryan hanya diam,menghadam butir nasihat Aryanna.

Kadang kadang itu yang membuatkan dia suka berkawan dengan Aryanna.Mereka berkawan dari kecil lagi.Aryanna merupakan kakak kembar kepada Ariq yang juga temannya.Bukan sahaja kakak Ariq,tapi rasanya macam kakak dia juga,selalu beri nasihat.

Aryanna Alyssa Hazel.Wajah dan sifatnya serupa dengan Diana.Lemah lembut,cantik,sopan.Ambil lah semua benda baik kat dunia ni bagi pada Aryanna.

Sebaris nama Hazel itu diberikan oleh Adam pada anak perempuannya kerana memiliki mata bundar bewarna hazel,seperti si ibu.Tapi kerapkali dicop sebagai hazelnut oleh Luqman!Ugh!

MENDUAWhere stories live. Discover now