⋆˚⋆˚࿔ Bab 20𝜗𝜚˚⋆

1.1K 37 0
                                    

"Riz minta maaf kak,kalau tak sebab Riz,kemalangan tu mesti tak berlaku.Patutnya Riz halang budak budak tu dari ikut Riz."berjurai jurai air mata Fariz mengalir.Sedaya upaya dia bangun walaupun dadanya terasa sakit.

Setelah 2 bulan menerima rawatan di hospital terkemuka di London,akhirnya Fariz kembali sedar.Mereka terpaksa memindahkan Fariz memandangkan banyak urusan syarikat yang tertangguh.

Diana pula baru berpeluang untuk melawat Fariz selepas 3 hari lelaki itu sedar.Dia perlukan banyak masa untuk menghadam apa yang berlaku dalam masa beberapa bulan ini.

"Riz,akak taknak dengar apa apa lagi pasal tu.Akak dah redha.Akak cuma perlukan masa sikit je lagi."sepatah kata redha itu begitu berat untuk meniti di bibir,tapi memang benar,dia dah ikhlaskan segalanya.

"Akak hilang diri akak.I need time to find myself back."

"Jadinya,akak tak marahkan Riz?Tak salahkan Riz?"

"Buat apa akak salahkan Riz,kalau akak salahkan Riz,sama macam akak salahkan takdir."Diana ukir senyum tipis buat Fariz yang terlantar di atas katil.

"Akak menangis selama ni,bukak sebab tak redha,cuma akak kesal.Bila Riz dah jadi parents nanti,Riz faham apa yang akak rasa ni."luah Diana lagi.Dia pun baru tahu yang Arsya mengandung minggu lepas,itupun sebab dia nampak perubahan ketara pada tubuh Arsya.Sedangkan orang lain dah tahu lama,tapi dia baru tahu sebab dia memang jarang bergaul selepas anak anaknya pergi.

"Akak perempuan yang kuat.Akak dengan Myra sama sama kuat.Sya sendiri tak tahu macam mana nak jadi kuat macam korang berdua."celah Arsya yang dari tadi mendengar perbualan Diana dan suaminya.

"Kami tak kuat,tapi keadaan yang memaksa kami jadi kuat."tubir mata yang mula yang terasa hangat dilap.Dalam apa pun situasi,dia tetap dipaksa untuk menjadi kuat.

"Akak nak kena gerak ni.Nak kena pergi office kejap."pamit Diana.

"Akak dah masuk pejabat?"tanya Arsya.Setahunya sejak balik ke sini,Diana memang tak masuk pejabat langsung.

"Ada some document need my sign.Akak pun rindu pejabat,tapi belum masanya kut untuk akak masuk."

"Akak pergi dulu.Assalamualaikum."Diana yang berjaket tebal itu bergerak meninggalkan wad Vvip itu.

Setibanya di pejabat dia terlebih dahulu melangkah ke bilik Adam.Dikuak pintu dari luar.Kosong.Terangkat kening Diana,kemana pula suaminya pergi.

Kali ini kaki Diana melangkah pula ke arah Serra,setiausaha Adam yang sedang tekun membuat kerja sehingga tak sedar akan kehadiran Diana.

"Serra."

"Yes?Oh Madam rupanya.Are you looking for my boss?"wanita Eropah itu tersenyum hormat pada isteri bosnya.

"Do you know where my husband went Serra?"tanya Diana sebelum dia memanjangkan leher memandang sekeliling.Kut kut ada Adam.

"I'm sorry Madam but Sir Adam go out with your assistant,Malia.They're going to Alaska office to disscuss about our new project."terang Serra.

Dahi Diana berkerut seribu."Malia?"
Malia merupakan pembantu peribadinya dan merupakan warganegara Malaysia yang menetap di sini.Dia ingat lagi,dia yang ambil Malia bekerja kerana kasihankan wanita itu yang hidup susah.

Sejak bila suaminya berbaik dengan Malia?Ah,Diana tepuk dahi sendiri.Projek dengan syarikat Alaska itu dibawah dia dan Adam.Jadi sebab dia tak ada,mestilah Malia yang ambil alih.

Tapi hatinya sedikit tidak enak.

"Oh okay,thankyou."Diana pantas bergerak ke biliknya.Fail fail yang ditinggalkan oleh Malia di atas mejanya disemak satu persatu dan dia lantas menurunkan tandatangannya.

MENDUAWhere stories live. Discover now