⋆˚࿔ Bab 24 𝜗𝜚˚⋆

1.5K 73 6
                                    

Beg tangan berjenama mewah itu dicapai.Langkahnya disusun atur ke dalam bangunan yang berdiri gah di hadapannya.

ZarifZhafran Associates

Papan tanda itu dibaca sekilas sebelum dia menolak pintu kaca yang berada di hadapannya.

Hari ini,hari pertama dia bekerja di firma ini sebagai seorang peguam.Sebelum ini Diana bekerja di sebuah firma guaman lain,namun firma itu mengalami masalah kewangan dan menyebabkan dia terpaksa diberhentikan.

Walaupun gajinya sebagai peguam di sesebuah firma tujuh puluh peratus lebih kurang dari gaji dia sebagai ahli lembaga pengarah di Ave's,dia tetap gembira.Kerja sebagai peguam tak sepenat bekerja di Ave's yang memerlukan dia lebih banyak berfikir.

"Puan ni Datin Suhailah kan?Yang datang nak tuntut cerai dengan Dato Alaff yang curang 20 kali tu kan?"kata kata penyambut tetamu itu membuatkan Diana tercengang seketika.Baru sahaja dia nak membuka mulut,terus sahaja dipintas.

Sejak bila dia jadi datin ni?Diana tahan gelak.Terus sahaja diukirkan senyuman manis pada gadis muda di hadapannya itu.

"Bukan.Saya Diana Insyirah.Peguam baru di sini.Semalam Tuan Hadi bagitahu saya yang saya perlu dapatkan kad akses daripada awak.So can I get it right now?"ujar Diana lembut.

Penyambut tetamu itu kelihatan tercengang seketika sebelum mencari kad di atas mejanya.

"Ini kadnya Puan.Saya minta maaf.Silap orang pula."penyambut tetamu itu tersengih malu.

"Tak apa.Terima kasih."Diana terus berlalu menuju ke pintu kaca di bahagian kiri.Kad akses tadi digesekkan dan kini pintu kaca tadi terbuka luas.

Pandangannya dihidangkan dengan dekorasi pejabat yang cukup minimalis.Langkahnya diatur mencari pembantu Hadi yang bernama Sarah.

Rata rata mata memandang Diana.Wajah ayu wanita itu cukup untuk membuatkan mereka tertanya tanya,siapa Diana.

"Cantiknya..Tunang Tuan Hadi ke tu?"

"Eh taklah.Entah entah client Tuan Hadi kut."

Diana hanya mengendahkan gosip gosip liar yang didengarinya.Pantas kakinya melangkah sebelum dia terlanggar batang tubuh seseorang.

"Auch!"Diana pantas menggosok lengannya.Dalam hatinya mula merungut.

Memang hari mula bekerja,perlu berlanggar dengan orang ke?Nanti mula lah jadi macam dalam drama.Langgar langgar lepastu bertentang mata lepastu jatuh cinta!

Cliche sangat!

"Diandra?What are you doing here?"suara serak basah yang menegurnya itu membuatkan dia pantas mendongak.Dia kenal suara itu.

"Syairul?"

"Ya saya Diandra.Awak rindu saya sampai cari saya dekat sini ke hm?"Syairul mula menayangkan senyum pipit yang boleh membuatkan iman mana mana wanita goyah.

"Awak tu yang buat apa dekat sini?Nak stalk saya lah tu."dengan yakinnya Diana menutur kata.Dijeling sepintas Syairul yang asyik tersengih.

"This is my firm Diandra.ZarifZhafran Associates.Do you forgot my name?Okay,let me introduce myself,I am Syairul Zhafran bin Zafeer.I own this law firm."kali ini Syairul tersenyum kemenangan apabila melihat wajah Diana yang semacam.

MENDUAWhere stories live. Discover now