⋆˚⋆˚࿔ Bab 3𝜗𝜚˚⋆

795 26 6
                                    

Hariz
Kemas barang barang kau.Petang ni aku ambil kau.

Dahi Khadeeja berkerut seribu.Kenapa Hariz suruh dia mengemas barang barang?Nak halau aku ke?Ya Allah mana aku nak duduk lepas ni?

Khadeeja cepat cepat menggeleng kepalanya.Cepat benar overthinking.Cubalah huznuzon sikit.

Kemudian dia kembali menaip bait bait ayat pada skrin telefon bimbitnya.

Ija
Kenapa?Hariz nak halau Ija ke?Tak kesian dekat Ija?Ija tak ada tempat berlindung tau.

Khadeeja mula mengeluarkan kata kata sedihnya.

Hariz
Apa kau merepek?Aku nak bawa kau jalan jalan.Ke kau taknak?Aku bawa perempuan lain.

Hati Khadeeja mula berbunga riang apabila Hariz ingin membawanya jalan jalan.Sejak mereka berkahwin belum pernah Hariz membawanya ke mana mana.Hatta ke pasaraya pun tak pernah.

Ija
Nak nak.Ija tunggu tau!

Khadeeja lantas mengeluarkan bagasinya.Memandangkan dia tidak tahu ke mana destinasi percutian dia dan Hariz.Semua baju dibawa.Termasuk baju sejuk.

Jam 5 petang,Khadeeja mula menunggu di ruang tamu.Dia sudah tidak sabar sabar.

"Assalamualaikum."belum sempat Khadeeja menjawab salam,Hariz telah ternganga mulutnya.

Cantiknya.Extra cantik hari ni.

"Kenapa?Ada apa apa yang tak kena ke?Ija tak cantik ya?"soal Khadeeja.Dia melihat bajunya kalau kalau comot.

Hariz yang baru tersedar terus menggelengkan kepala.

"Cantik dah tu.Jomlah gerak nanti tertinggal flight pula."bagasi milik Khadeeja terus ditarik oleh Hariz.Manakala Khadeeja terkial kial memakai kasut.

"Kira pergi Bali ya?"hati Khadeeja melonjak riang taktaka melihat tiket di tangan Hariz.Bali merupakan tempat idamannya dari dulu lagi.

"Hmm"

"Ish taknak cakap sudahlah!Yang penting Ija happy!Muahahaha"Khadeeja ketawa jahat.

"Dah kenapa minah ni?Sewel juga bini kedua aku ni."bisik hati Hariz sendirian.

Ketika di dalam flight Khadeeja tidur lena di samping Hariz.Memandangkan Hariz menempah tempat duduk first class mereka tak perlu bersempit dengan orang ramai.

Manakala Hariz ralit menonton filem.Khadeeja dibiarkan tidur dibahunya.Tadi wanita itu mengadu sakit kepala.Mungkin mabuk naik kapal terbang.

Perjalanan yang memakan masa kira kira 16 jam itu begitu memenatkan buat Khadeeja.Ditambah dengan kepalanya yang sakit.

"Kau larat ke nak jalan?Ke nak pergi klinik dulu?"tanya Hariz prihatin.

"Tak apalah,Ija dah makan ubat.Kejap lagi okeylah ni.Ija nak balik ke bilik cepat cepat.Ija nak tidur."

"Okey kau duduk sini.Aku nak register."Hariz medudukkan Khadeeja di sofa yang berada di lobi resort

Memandangkan dia plan last minit,tidak sempat untuk dia menempah resort.

"Jom."sebaik sahaja selesai pendaftaran,Hariz memimpin Khadeeja menuju ke resort.Memandangkan Khadeeja nampak begitu lemah,Hariz mengambil keputusan untuk menaiki buggy walaupun jarak antara lobi dan biliknya tidaklah jauh mana.Risau Khadeeja pengsan ditengah jalan.

"Baring dulu.Nanti nak apa apa panggil aku."pesan Hariz.Dia menyelimutkan Khadeeja.

"Sorry susahkan Hariz."ucap Khadeeja sambil memejamkan matanya.

MENDUAWhere stories live. Discover now