⋆˚࿔ Bab 27𝜗𝜚˚⋆

1.9K 73 12
                                    

  "Kau ada dengar tak bunyi sesuatu?Dengar tak?"soal Hadi sambil matanya meliar memerhatikan kawasan sekeliling.

Helmet yang dipegang tadi pantas diletakkan semula di atas motor Kawasaki Ninja 650 milik Hadi.Dia mendekati longkang yang berada tidak jauh darinya.

"Mana ada bunyi apa apa lah Hadi.I tak dengar apa pun."Amyra menggaru kepalanya yang tidak gatal.Sumpah telinganya tak dengar apa apa bunyi.

"Hey Hadi!You nak turun longkang buat apa!Kotor tahu!Yek,busuk!"jerkah Amyra kuat apabila Hadi bertindak melempar jaket ke arahnya dan turun ke dalam longkang.

Beberapa saat menanti sambil mulut membebel,Amyra menangkap kembali bayang Hadi yang naik semula ke atas sambil memegang sesuatu.Baju tshirt putih yang dipakainya sedikit kotor.

"Meow."

"Comelnya kau ni.Tak sia sia aku turun dalam longkang."bebel Hadi sendirian sebelum menimang nimang anak kucing siam yang bermata biru itu.

Hadi berjalan semula ke arah Amyra.Anak kucing tadi didekatkan pada Amyra.Pantas Amyra menjauh.Dia takut kucing dan tak suka kucing.

"Ish apa you ni!Kotorlah!"Amyra menapak beberapa langkah ke belakang.Menjauhi Hadi yang menghampiri.

"Kotor ke takut?Cakap je la takut."ada tawa di hujung kata.Hadi kembali menimang anak kucing itu.Digomol gomol tanda geram dengan kecomelan anak kucing siam itu.

"Aku rasa aku nak bela dia lah.Cuba kau cadangkan nama untuk kucing ni."pandangan dihalakan pada Amyra yang dari tadi memandang anak kucing siam itu dengan gaya tidak puas hati.

"Gedik."jawab Amyra sekilas.

"Kau suruh aku namakan dia gedik ke?Tapi dia jantan."

"Tak kira.Namakan dia gedik juga!Sebab dia mengada ngada gesel dekat you.Ugh!Sudahlah comot,gedik pula tu."Amyra menjulingkan matanya ke atas tanda dia betul betul menyampah.

Anak kucing itu cuba untuk ambil perhatian Hadi.Tak guna betul!

Sebenarnya mereka berdua baru sahaja berjumpa dengan pereka fesyen terkenal bagi membincangkan soal kobolorasi untuk pertunjukan fesyen di Kuala Lumpur bulan hadapan.Hadi pula terlanjur berjanji dengan Amyra untuk temankan wanita itu makan mee goreng mamak.Tapi baru sahaja nak pergi ke kedai mamak,Hadi terlebih dahulu sibuk dengan anak kucing.Mana tak geram si Amyra Sofea.

"Okay.Gedik,jom teman aku makan dengan precious."jaket pada tangan Amyra diambil lalu dia membalut anak kucing itu dengan jaket itu.

Tercebik cebik bibir Amyra melihat Hadi yang sibuk mengendong anak kucing yang dibalut dengan jaket itu di kedai mamak.

"Makanlah,ini dari tadi cebik tak habis habis."tegur Hadi.Dia hanya minum.Sekadar menghilangkan dahaga sambil menemani Amyra.

Amyra hanya diam.Perlahan lahan dia menarik juga pinggan mee goreng itu mendekatinya.Matanya masih ralit memandang Hadi yang sibuk membelek anak kucing siam itu.

Bila dah dua tahun berkawan rapat dengan lelaki itu,baru dia dapat tahu sisi lain seorang Zarif Imran Hadi.Hadi gila gila,Hadi pelawak,Hadi tak reti serius pun sebenarnya.Karakter karakter itu hanya keluar bila bersama dengan orang yang dia rapat.

Hadi juga seorang yang obses terhadap dua benda.

Pertama,kucing.Kalau dia jumpa kucing,mesti dia akan lupakan orang sekeliling dan berada dalam dunia sendiri.

Kedua,lolipop.Kata Hadi,kalau orang lelaki ketagih hisap rokok,dia ketagih makan lolipop.

Hanya itu yang Amyra dapat korek tentang Hadi.Ada satu benda yang Hadi tak pernah bercerita padanya.

MENDUAWhere stories live. Discover now