"Ya Allah,kau jagakanlah ibu bapaku sebagaimana mereka menjagaku selama ini.Kau kasihilah mereka sebagaimana mereka mengahsihiku.Ya Allah Ya Tuhanku,kau ampunilah dosa dosa ku keatas mereka.Sesungguhnya aku hamba yang lemah Ya Allah.Ya Allah kau permudahkanlah urusanku untuk bertemu dengan mereka kembali.Sesungguhnya aku rindu pada mereka.Besar salahku pada mereka."
Hanya bibir mungil itu terkumat kamit memohon doa pada Yang Esa.Tidak terluah dengan kata kata.Air mata kian bertali arus pada pipi mulus itu.
Dia tampak sempurna,tapi jiwanya rapuh.Hati wanitanya terlalu lemah saat ini.Pada mata manusia,dia kuat,tapi kelemahannya hanya terserlah di sejadah.Tempat dia bersujud.
Apabila sepertiga malam,dia bangun.Hampir tiap hari.Dia percaya,memohon doa itu ibarat mengayuh basikal.Lama lama akan sampai ke destinasinya.Dia pernah dengar bahawa,Allah takkan jentik hati kita untuk memohon doa tersebut,kalau perkara tu tak ditakdirkan untuk kita.Maknanya,apa yang kita mohon tu,pasti kita dapat.
Dia percaya,Allah dengar doanya.
Adam terjaga sendiri apabila mendengar esakan.Setiap malam begitu.Kadang dia sedar,kadang tak.
Dia tak betah memujuk,tapi kadang dibiarkan sang isteri mengadu pada Pencipta sendirian.Dia tak mahu ganggu.
Kali ini dia bangun,perlahan lahan melangkah ke arah isteri yang sedang teresak esak.
"Allah dengar doa Di sayang..."kepala yang dibaluti telekung itu diusap penuh kasih sayang.
"Di takut."luah Diana perlahan.
"Takut apa sayang?"dirapati si isteri mendekatinya.Dia perlu menenangkan fikiran Diana yang kerap kali bercelaru.
"Takut bila Di balik nanti,ibu dengan ayah dah tak ada."
"Shh...Jangan cakap macam tu."dibawa Diana dalam pelukannya.Meredakan tangisan isteri tercinta.
"Di anak derhaka.Di anak yang jahat."suara itu mengongoi sayu.
"Di dengar sini,pandang I."
Pantas Diana bangun.Menghadap wajah kacak Adam.Sungguh indah ciptaan Allah.
"I yakin,ibu dengan ayah dah maafkan Di.Di pergi bukan saja saja.Di pergi sebab cita cita Di.Di dah jadi manusia yang berjaya sekarang.Di bukan balik dengan tangan kosong.Dia orang cuma takut Di terpesong bila datang sini."
Diana tersenyum lesu.Masih segar di ingatannya,ibu ayah dan abah membangkang sekeras kerasnya dia,Amir dan Luqman melanjutkan pelajaran di luar negara.Katanya bahaya dan Malaysia juga punya universiti tempatan yang bagus.Diana akui perkara itu.
Tapi hatinya terlalu kecewa waku itu.Dia ditinggalkan cinta pertamanya tanpa khabar berita.Memang dia masih mentah,tapi mereka telah berjanji.Dan kekasihnya mungkir janji.Diana tiada pilihan selain keluar jauh dari Malaysia.
Mereka dibantah walaupun masing masing dapata tajaan penuh.Tak ada apa yang perlu dirungsingkan.Sampai satu hari,ayah terlalu marah.Ayah kata,kalau nak pergi,pergi,jangan balik lagi.Diana akur.Dia tahu,ibu dan ayah mahukan yang terbaik buatnya,tapi dia juga berhak memilih yang terbaik.Kerana itu jugalah,dia tak balik balik sampai sekarang,bukan ego,tapi dia belum bersedia.
Waktu dia nikah dulu pun,dia hanya panggil abangnya sebagai wali.Tak berani nak jejak balik Malaysia.Agaknya memang kena pelangkunglah.
"Kenapa you tak kejut I bangun tahajud sekali?I pun nak buat pahala juga."dicuit hidung mancung si isteri.Tak puas rasanya menatap wajah manis ini.Tak luak sikit pun walaupun berganjak usia
"You tidur lena sangat.I malas nak kejut."balas Diana sekilas.
"Sebenarnya kan,bila I tengok you solat,I tertanya,apa yang you doa sampai lama sangat."perlahan lahan Adam menyusun kata,tak mahu hati Diana terguris.
YOU ARE READING
MENDUA
Romance☆༻*ੈ✩Karya pertama‧₊˚。 ゚ ꒰ঌ ✦໒꒱ Mendua-Pabila dusta menjadi derita Kisah dua wanita kuat yang diduakan. DIANA INSYIRAH-Melayari bahtera perkahwinan selama empat belas tahun cukup untuk membuatkan dirinya menemui titik kebahagiaan meskipu...